Friday, May 21, 2021

Day 4 of Quarantine

21/05/2021, 11.30am
Alhamdulillah pagi ni dah mula boleh rasa sikit-sikit. Makanan pertama yg dpt nikmat "rasa" kembali adalah nasi goreng! (leftovers malam tadi). Alhamdulillah... Cuma, semakin banyak saya menelannya, perut saya rasa tak sedap. Tak tahu lah sebab nak adapt rasa ke apa. Rasa seperti ingin mengeluarkannya semula. "Please, perut. Bagi saya peluang nak betul-betul menikmatinya," Jadi, saya cuba dan cuba menahan lagi supaya saya tak membazir makanan yang telah saya nikmati tadi. InsyaAllah kita dah betul-betul sihat nanti, kita makan aiskrim ya perut☺️
*Nasi goreng yang telah dipanaskan, pembuka rasa setelah 5 hari Allah tarik kejap nikmat itu. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah❤️

---
Let's see. Gambar apa yang saya ambil hari ini, 21/05/2021.

1. Moment to remember, kuarantin di rumah/bilik untuk hari ke-4.
2. Buku-buku yang di-target untuk progress bagi hari-hari kuarantin yang berbaki ini, InsyaAllah.
3. Buah mangga yang dibekalkan oleh aunty Dieda & uncle Mat ❤️😋 (dapat rasa & bau, masyaAllah nikmat!)
4. My second with-taste meal, alhamdulillah! By Food Panda, kedai D'Tasik Keramat/Jelatek, satisfied 👍🏽
5. Buah Lemon yang dibeli melalui Shopee Mart! 🎉 Sangat berterima kasih dekat rider yang sudi menghantar kepada alamat yang ditukar pada masa dia dah sampai tempat kerja saya, masyaAllah, Allah sahaja dapat membalas kebaikannya. Sebab, dalam keadaan kuarantin macam ni, tak tahu nak handle perkara yang melibatkan keterbatasan pergerakan begini. Alhamdulillah, Allah mudahkan ❤️

---

SMardianaMS,
09/10 Syawal 1442H, 11.00pm.

No comments:

Post a Comment