Monday, May 24, 2021

Day 7 of Quarantine

24/05/2021, 3.46pm-4.15pm.

Alhamdulillah... Baru lepas late lunch. Hehe. I have successfully cooked my favorite bihun goreng putih! ❤️ Tapi, kurang best sikit lah, sebab tak dapat nak offer kat housemate since masih berstatus kuarantin.

Kena lah masak... Sebab dah rasa fobia nak membeli sebab semalam baru kena. Kejap je fobia ni. Hehe.

Hopefully, tengahari tadi merupakan kali terakhir saya perlu ke toilet (4 kali) kerana diarrhea. Diarrhea adalah salah satu gejala Covid-19.. tetapi, untuk kes saya harini, saya yakin disebabkan keracunan makanan sahaja (tengoklah menu apa saya makan semalam... Lepastu, bawak dari pagi sampai malam. Mendapatlah.). Alhamdulillah syukur sebab kedatangannya (diarrhea) tak begitu ekstrim, tidak menyebabkan saya kepenatan 😂 Saya cuba cari air garam yang biasa klinik bagi tu, tapi tak jumpa (yang tak expired). Kalau saya beritahu mak, mesti mak akan tanya, "dah buat air beras?" so, jangan beritahu mak. Sebab, kalau mak tanya soalan tu, jawapannya, "belum" 😁 Air lemon pun belum buat ni.. huhu.

#swab test 2nd batch. Harini hari group kedua staf saya kena buat swab test. Terdiri daripada pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Jadi, pagi tadi agak stress (sikit saja) sebab ada yang baru nak tanya pasal permit (pekerja asing). Haish, malam tadi masa orang lain menanya, tak reti nak menyelit tanya sekali. Dan... Tubtub, dapat arahan yang kedai kena buka harini, melibatkan staf yang dah melepasi swab test -ve atau yang tak termasuk dalam kumpulan yang terjangkiti. Alhamdulillah, mujur saya masih work from home + kuarantin, maka, respon mereka saya tak perlu hadap secara face-to-face. Pheww.

Staf-staf dah sudah 2nd batch swab test, saya ni pula bila?? Wallahu'alam.. tunggu sahajalah dengan tenang. Asalkan ia tak menjejaskan gaji saya.. (please).

Saja ambil gambar roti ni. Kenapa ya? Sebab dah berkulat. Harini baru 24/05/21. Biasanya walaupun dah expired boleh tahan lagi seminggu. Haha. Ni mungkin dah terdedah kepada sinaran matahari yang menbusi cermin tingkap bilik saya, jadi, ia tidak mampu bertahan lama. Maka, bermakna, saya telah membazirrr baki roti itu. Hmm. Tak dapat nak makan dengan Delfi.

Oh.. sebelum terlupa.
The love not disappear, it just go deeper. Hiks. (Third take ni, tahu). Jadi, inilah breakfast saya pagi tadi. Alhamdulillah. Lapar ya. Tapi inilah sedikit sebanyak menyelamatkan perut daripada masuk angin. Nak masak awal, maleh. 

Sedikit kelakar nya, alhamdulillah mujur saya sempat juga guna 2 scoops susu Fernleaf saya di dapur pagi tadi untuk bancuh Nestum seperti gambar di atas. Sebab, semasa saya nak masak bihun tu, tengok-tengok balang susu saya (yg ada lagi saki baki susu boleh buat bancuh 2-3-4 kali nestum/oat) dah selesai dikemas dan dibasuh oleh housemate, tak mengapalah dia tidak tahu... Tak ada rezeki saya di situ 😂

---

24/05/2021, 6.57pm-7.00pm.

Hmm. Saya rasa saya dah bebas Covid-19. Boleh tak, kalau saya nak keluar bilik tanpa pakai mask? Hmmm. 👉🏽👈🏽
Tahu... Jawapannya, kena bersabar. Belum boleh lagi.

---

24/05/2021, 8.49pm.

Ya Allah, segera tamatkanlah wabak ini.. 
Penat bila buka socmed, topik itu sahaja tak berkesudahan... 
Angka kes baru, SOP, isu langgar SOP, kematian, kesedihan, kepenatan, kepasrahan, vaksin, PKP, kontroversi berkaitan, dan.. macam-macam.
Lebih sedih melihat keluarga, sahabat handai sendiri yang sedang bertarung dengannya.
For sure, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul😢
Ampuni kami ya Allah.. kami memang banyak dosa. Ampuni kami. Ampuni dosa kami.
Kurniakanlah hidayah kepada kami agar terus menyedari dosa dan tidak tangguh untuk bertaubat memohon ampun kepada-Mu. Engkau Maha Berkuasa.
Aku yakin perasaan sedih ini tidak lain mrlainkan Engkau mahu kami kembali kepada-Mu. Allahu GhafururRahim🥺

SMardianaMS,
12 Syawal 1442H.

No comments:

Post a Comment