12 Zulhijjah 1439H,
24 Ogos 2018.
Ya Allah.
Hari ini kemalasan melanda diriku lagi.
Tubuhku berat untuk bangkit melaksanakan ketaatan.
Waktu solat telah tiba,
Dan aku masih asyik dengan henfon ku.
Ibuku memanggil banyak kali menyuruhku buat itu dan ini,
Tetap aku leka dengan diriku sendiri.
Walhal, aku sedar waktu itu akan tanggungjawabku dan apa akibatnya nanti.
Hati ibuku akan sakit.
Anak-anaknya tak mahu dengar kata-katanya, tak mahu penuhi permintaannya,
Sedangkan waktu kami bersamanya bukanlah lama untuk diminta pertolongan dan meringankan beban.
Dalam pada yg sama,
Aku sedang menghabiskan drama "kerna syurga bukan percuma,".
Aku cuba cari kebaikan dalam kelekaanku.
Aku tahu itu salah kerana ada yang lebih utama yg harus aku utamakan.
Tetap aku kalah dengan keadaan dan kemalasan yg menghimpitku.
Aku mulai tertarik dengan pendekatan "#tarbiahsentap".
Aku mulai mencarinya.
MasyaAllah. Yg pertama aku jumpa adalah artikel tahun lepas bertajuk "30 kesan maksiat ke atas diri"... Dan, salah satunya yg sangat dekat dgn diriku adalah (lebih kurang);
... Apabila melambatkan solat menjadi biasa
... Malas dan banyak tidur
Itulah punca kehancuran diriku.
Aku mungkin selalu rasa aku tidaklah seteruk orang lain dalam ibadah dan taat kepada Allah.... Tapi aku lupa hakikat ketaatan.
Hari yg sama aku berjalan ke dapur..
Radio ikim.fm sedang terpasang.
"Kalau hati ibu kita sakiti, ke mana kita akan PERGI nanti?"
Mustahil lah jawapannya Syurga.
Ya Allah...
Aku sedar betapa sakit dan lemahnya diriku ini. Dalam kebuntuan merasakan aku tidak punyai persekitaran "tarbiyah" yg memuaskan atau cukup, aku kadang terfikir orang lain yg hebat-hebat (pendakwah) semua punyai ujian besar tersendiri yg membuatkan mereka semakin kuat. Aku pun mencuba, tapi, jarang ditimpa ujian besar...
Aku sedar hari ini mengapa begitu...
Sebab Engkau tahu aku belum layam ke darjat itu...
Melawan kehendak dan kepentingan diri sendiri pun masih belum berjaya dengan istiqamahnya... Bagaimana pula aku nak hadapi ujian berat dengan iman yg sempurna?
Sungguh imanku terlalu banyak cacat cela... Hina.. kebaikan masih diselimuti kemurkaan. Aku tidak mengutamakan ketaatan.
Ya Allah, dengan hati penuhbhina ini, sungguh aku merayu, tolong aku ya Allah, ikat aku pada jalan-Mu.. bantu aku untuk melawan tarikan, pengaruh yg membawa aku kepada kelalaian kerana lemahnya hatiku bermujahadah melawannya sendiri.. hantarkanlah malaikat untuk teguhkan pendirianku ke jalan-Mu. Aku mahu berubah... Aku mahu merasai kembali kebahagiaan yg dikecapi pada saat aku berjaya menepis segala tarikan ke lembah kehinaan itu lagi. Aku mahu rasa puas hati dan ingin melangkah ke depan dan bukan asyik tersangkut di darjat yg sama... Tingkatkanlah darjatku. Letakkanlah aku bersama-sama dengan orang yang dimuliakan-Mu.
Syurga bukan percuma... Aku harus ingat akan itu.
Masa semakin suntuk.
Tidak lama lagi akan masuk tahun baru.. dan aku masih ketinggalan dan tmasih belum mencapai goals yg aku set pada awal tahun lalu.. insyaAllah ya Allah. Aku akan usaha lagi. Aku cuba utk BERKERAS kepada diriku. Dan aku mohon agar Engkau selalu mengingatkanku, menolakku bangkit ke Syurga-Mu dan tidak berputus asa dengan ujian beruoa pekerjaan dan orang-orang di sekelilingku. Aku mahu petunjuk Engkau sentiasa denganku, Ya Allah.
Beberapa juzuk terakhir masih tinggal utk ku khatam tanda kejayaanku bagi tahun ini dalam istiqamah bersama kalam-Mu.
Masa yg tinggal mungkin sedikit. Tapi, aku yakin, ia pasti akan kukejar ke garisan penamat. InsyaAllah, aamin!
No comments:
Post a Comment