26 Ogos 2018, Ahad.
(Dengan Bismillah)
Orang lain tiada masa utk "fahami" kenapa kita buat salah; atas alasan kita tidak sengaja.
Kita pun tidak mampu untuk ubah kerana ia telahpun berlaku.
Jadi, apa yg perlu atau boleh kita buat adalah dengan BERUBAH. Berubah untuk masa di depan. Yang di belakang kita pejamkan mata, tutup buku itu dan mari "buka buku baru".
Berubah bukan kerana mereka. Kerna mereka cuma sebagai objek di dalam aturan yg Allah susun dalam cerita kita.
Berubahlah kerana Allah.
Untuk Syurga.
Perlahanlah jika kamu perlu bertatih.
Buatlah yang terbaik.
Moga Allah terima.
Dan daripada itu Allah bukakan hati mereka untuk terima kita yang baharu.
Yang penting, belajarlah untuk berubah.
Yakin, percaya Allah bersama orang yang berusaha menuju iman dan takwa.
Jangan berputus asa.
No comments:
Post a Comment