Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Ya.. awak kata, bila sekarang, jauh dgn famili, tiada persatuan, tinggal di bandar, tiada 'sahabat', kelas agama berbayar; semua jadi faktor tak dapat nak tingkatkan dakwah.
Kalau betul lah tak mampu,
Jagalah apa yg awak mampu tu.
Apa yg sepatutnya awak mampu?
Iaitu semua yg bersifat 'nafsi'.. atau individual.
1. Solat awal waktu
2. Zikrullah sepanjang masa
3. Baca Quran setiap hari jgn tinggal (kalau boleh selain rutin Yasin di pagi hari tu)
4. Cuba amal al mathurat seperti dahulu kala
5. Amalkan al Mulk & surah sajdah seperti dahulu kala
6. Bila balik kampung, tolong mak abah sedaya boleh.. jgn kasi ada yg miss apa yg mereka minta
7. Kebersihan dan kekemasan bilik, tempat, pakaian, dan lain-lain, jaga!
8. Akhlak, jaga, perkukuh!
9. Jaga pandangan. Jaga hati daripada fikir ajnabi. Kahwin? Fikir kemudian! Solehah kan diri dulu
10. Berbaik sangka. Tepis buruk sangka yang datang terhadap orang lain. Maafkan orang lain.
11. Jaga hubungan dengan manusia semampu boleh.
12. Jangan mengeluh. Haramkan perkataan "alamak" bila melatah. Banyakkan istighfar.
13. Teladani orang-orang yg dimuliakan Allah s.w.t..
14. Kawal nafsu duniawi. Belanja yg perlu dan berpada pada. Banyakkan infaq. Simpan duit utk ziarah Rasulullah s.a.w. dan baitullah 💕
15. Tolong adik beradik. Dyorang banyak bantu kita bila susah.
16. Jangan sia-siakan masa.
17. Tambah ilmu. Baca buku, dengar majlis ilmu.
18. Senyum. Fikirkan yang baik-baik. Tinggalkan perkara tak baik. Buat orang sekeliling tenang dengan kita.
19. Elakkan sertai perbincangan yg mendatangkan murka Allah.
20. Utamakan perkara yg lebih menjamin manfaat dan redha Allah.
21. Menghafaz dan amalkan hafazan.
22. Amalkan amalan sunnah. Basmalah, jaga pemakanan, gosok gigi, puasa bulanan ikut yg Rasulullah s.a.w. buat, dll.
23. Kurangkan, minimumkan ketawa. Bisa menggelapkan hatimu.
24. Qiamullail, jgn tinggal walaupun balik kampung.
25. Jgn susahkan orang lain.
26. Rancang masa supaya setiap jam itu bermanfaat.
27. Tidur awal supaya bangun awal. Jaga kesihatan tubuh badan. Cukup rehat supaya tidak ngantuk untuk beribadah.
28. Jaga batasan pergaulan.
29. Perkara sia-sia, tak perlu cakap. Takut Allah tak redha dan gelapkan hati bila bergurau berlebihan.
30. Jgn bertangguh
31. Mendoakan orang lain
Ingat & buat semua ni.
Kalau awak berjaya buat semua ni, dipersilakan utk memikirkan lebih jauh dpd ini. Dekati ummah. :')
Harini 12 Ogos 2018.
Esok, 1 zulhijjah 1439H. Bulan pengorbanan.
Be a new Mukmin starting now :)
Ya Allah, bantulah aku di jalan-Mu ini.
No comments:
Post a Comment