31 Ogos 2018.
Bismillah...
Selamat hari merdeka!
Notification selalu masuk kat hp up to date.
Tak done la semua sempat nak dibaca, English pula tu 😅
Hari ini saya terfikir, yaa... Isu politik selalu membuatkan rakyat bersuara.
Cara melontarkan suara itu satu ujian.
Kerana kebiasaannya berbaur kemarahan.
Bukankah orang yg kuat itu orang yg mampu menahan amarahnya? MasyaAllah.
Saya menaip ini melontarkan kepada diri ini jua. Lebih-lebih lagi jika diri ini seorang yg suka menyampuk & melatah.
Agama ajar untuk diam lebih baik.
Melibatkan diri dalam isu politik selalu mencalarkan akhlak seseorang jika mendahulukan emosi daripada segalanya. Dan emosi ini bersifat nafsi (individual) manakala politik itu bersifat kenegaraan. Seorang pemimpin itu lebih layak... Namun, kita sendiri boleh menilai daripada mata kasar akan akhlak dan kredibiliti yg ditonjolkan seseorang pemimpin itu. Bagaimana atau apa yg menjadi batu asas mereka dlm mentadbir negara.
Saya teringat pernah share post politik dan menyertakan sekali pendapat, telah mendapat mesej dpd seorang rakan tentang tidak samanya cara kami berfikir dalam melibatkan peraturan agama dalam pentadbiran negara yg berbilang agama dan kaum yg tidak semua muslim.
Ya, insyaAllah suatu hari nanti saya berniat untuk membaca cerita tentang Imam Badiuzzaman Said Nursi yg kembali memperjuangkan agama saat negara Turki diserang sekularisme setalah membaca Cerita Cinta Ahmad Ammar yg terinspirasi daripada perjuangan imam Nursi itu. InsyaAllah.
Sesungguhnya ilmu kita masih belum cukup untuk memberi hujah tetapi berniat untuk berdakwah. Moga Allah redha akan usaha sedikit-sedikit lama-lama jadi gunung ini.
Aamin.
No comments:
Post a Comment