Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
10 Zulhijjah 1439H,
22 Ogos 2017, Rabu.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Ustaz-ustazah & para pendakwah selalu ajar, "jangan benci si pelaku, tetapi benci kepada maksiat yg dilakukan,"
I try, ustaz-ustazah. Tapi, tak mudah.
Yela, sepatutnya fikir juga, mahu ke kita, orang benci kita sebab mereka tahu dosa yg kita buat walaupun kita sudah cuba tinggalkan dosa itu dan tetap masih mengulanginya.
Post kali ini Mar ingin khususkan kepada "perokok".
Hmm, tau je seseorang tu merokok, lebih-lebih lagi "membawa" bau rokok tu, memang menjadi punca jangan tanya why I am avoiding you. Hmm.
Membau rokok melahirkan rasa sakit di hati kiter ni, huh!
Sesak dada yg cuba menahan nafas namun akhirnya kecundang juga sebab tak sempat melarikan diri daripada situasi yg diwujudkan oleh perokok itu!
Yang paling tak boleh diterima adalah waktu awal pagi otw nak ke tempat kerja, kena lalu depan bus stop dan terpaksa melintas di hadapan orang-orang yang mementingkan diri ini, yakni si perokok la, siapa lagi! Atau sedang berjalan, orang yang berjalan dihadapan kita tu merokok, "potong dia laju-laju!" Atau, "tahanlah selagi mampu, dan tudung kutekup di hidung dan mulutku, jika terhidu juga, aku pasti batuk!"
Kemarahan ini bisa berlanjutan.
"Tiada maaf bagimu" terkadang berbisik-bisik. Bila dalam ofis, pagi hari kau bau wangi, bila masa berlalu, kau keluar ke tandas barangkali, dan pulang membawa bau itu, cukup aku pantang... Tak mampu menahan nafas termasuklah dgn berbatuk-batuk sebab taknak bagi dada yg tersedut bau itu tadi terseksa. Memang aku kalau boleh lari, aku lari terus tangguh urusan dengan kau! Tiada makna aku yang nak kena mohon maaf dengan kau sebab tiba-tiba lari dan tarik muka dari kau. Kau tak layak, sebab kau tak pernah tunjuk usaha yg kau nak hormati org dengan tinggalkan amalan rokok kau tu! (Jahat hati bermonolog)
Dan kalau seperti di atas inilah hati bermonolog, no sorry from me yg saya akan cuba mengelak berurusan dengan orang macam ni... Aku mungkin akan tetap berurusan, tetapi, hati tak redhakan kau dan aku terpaksa.
Betul ke?
Kalau ikutkan sebelah hati memang insist kan begitu. Satu sahaja... Mengapa mesti diteruskan merokok? Rasanya zaman sekarang ni orang kita tak jahil dah. Terlalu banyak iklan educative nak suruh dan meyakinkan si perokok utk berhenti. Tanda kasih sayang, itu yg utama selain kesihatan diri sendiri. Dan how do you respect others in your life. Smoking melahirkan banyak negative expectation daripada Mar. Ya, Islam ajar utk tidak berburuk sangka sepatutnya. I've tried and i'm tired with them.
Doa pendek umur untuk kalian yang tetap *berdegil* tak mau berhenti, agar tak memudaratkan orang lain
Dan doa diberi kesihatan yg baik, dan umur yg panjang, dan kehidupan yang lebih baik buat kalian yang ada terlintas di hati untuk meninggalkan merokok dan berusahan ke arahnya.
Akhirul kalam,
"There's no way for me to accept a smoker as a husband who should be my imam and my protector dunya (physical health) wal akhirah (menjaga kesihatan akal & iman)" (23 Ogos 2018, in remembrance of AA)
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment