Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad
@ikim.fm (15/5/2014)
Hari ni sudah 66 tahun Palestin berada di bawah cengkaman Yahudi.
@MRSM Alor Gajah (15/5/2010) [*trowback]
Nakbah ialah satu terma yang tidak boleh diterjemah. Ia merupakan satu bencana besar yang merujuk kepada tempoh berlakunya kejatuhan Palestin ke tangan Yahudi.
Sebut sahaja Masjidil Haram, orang yang beriman akan rasa ingin pergi ke sana.
Dalam Al-Quran, Allah telah kembarkan Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa.
Mengapa Palestin/ Masjidil Aqsa?
1. Kiblat pertama umat Islam
2. Masjid kedua dibina selepas Masjidil Haram
3. Kota suci ke-3 umat Islam (Bukan tanah haram, kerana hanya dua sahaja tanah haram iaitu Mekah dan Madinah)
4. Bumi para anbiya'
5. Tempat persinggahan Rasulullah s.a.w. pada malam Isra' Mi'raj (Tempat pertenahan perjalanan)
6. Surah al-Isra' terletak di tengah-tengah al-Quran
7. Peristiwa Isra' Mi'raj berlaku pada pertengahan tempoh perjuangan Rasulullah s.a.w.
8. Al-Aqsa terletak di tengah-tengah benua yang paling ramai umat Islam
9. Bumi yang diberkati
*Mudah-mudahan dengan sedikit catatan ini dapat membantu dalam mengetahui tentang peristiwa ini.
Syukran kepada saudara-saudara yang mengingatkan :)
No comments:
Post a Comment