Monday, May 19, 2014

WS : Sebab Depa Nak Fastabiqul Khairat

“Pelik laa dengan orang yang 'gila' sebar jadual kuliah maghrib, kuliah subuh, kuliah dhuha, khutbah jumaat dalam fb nie, deyy berapa banyak kuliah daa dalam satu hari?!!”.

“Pelik laa dengan orang yang suka sangat sebaq isi2 kuliah yang depa pie. Macam nak menunjuk2 pulak. Nak tunjuk pandai, alim la tuuu”.

“Pelik laa dengan orang yang dok upload pic dengan para Ulama', tok guru dan ustaz2. Awat dengan bergambaq dengan semua depa dah alim kaa? Perasan!”.

“Pelik la dengan orang yang dok buat poyo boh status ajak kebaikan nie. Dah baik sangat kaa? Entah2 hat post tue lagi teruk, Orang ja taktau. Tapi busuk satu badan. Nak berlagak baguihh konon!”.

Pelik tau depa nie sedangkan..

“Lebih ramai lagi orang yang 'gila' post pic makanan hat dia masak tak sat walaupun tak sedap tara mana pun. Post pic makanan hat dia makan di restoran atau hotel lima bintang sampai orang hat tengok terlioq, hatta masak meggi pun nak post kat fb”.

“Lebih ramai orang yang sembang kosong tanpa manfaat 24 jam dalam fb nie. Sembang pasal bola, gosip dan fitnah, maharaja lawak, kilauan emas bla bla bla”.

“Lebih ramai yang up pic dengan artis, penyanyi hat dia minat dan up pic2 yang merapu dan tak katup aurat yang mengundang dosa”.

Pelik laa depa yang poyo moyo nie. Fb nie tempat untuk bersuka ria, enjoy, hilangkan tension, mengorat marka, mintak no awek, chatting dan tempat mendajjalkan orang. Apa yang depa nie poyo terlebih sangat niiii???

Aljawab : “Orang yang poyo adalah orang jijik dengan orang mengajak kebaikan dan kebaikan itu sendiri. Buang la sifat sangka buruk yang bersarang dalam diri tue. Buang la sikap dajjal yang melekat dalam diri tue. Sesungguhnya orang islam yang beriman ini ada satu sifat terpuji yakni fastabiqul khairat”. 

Apa itu fastabiqul khairat?

Itulah ia yang dimaksudkan dengan berlumba2 berbuat kebaikan. Dia tamak untuk membuat kebaikan, Rakus untuk beroleh pahala Allah. Dia tak puas hati kalau satu hari tak buat satu kerja yang dapat meninggikan syiar islam, Sekalipun dia berada di alam maya. Kepakaran yang ada dalam bidang teknologi digunakan sebaik mungkin untuk agama islam. Dia tak berlengah2, Dia tak terhegeh2.

Facebook, Twitter, Whatsapp, Line, Beetalk, WeChat, Kakaotalk, Telegram dan segala mak nenek yang bunyi pelik teknologi nie digunakan sebaik mungkin untuk meninggikan syiar islam. Sebaran jadual kuliah, video ceramah dan isi2 kuliah dan ceramah termasuk wacana dan forum yang berlangsung di masjid dan surau di serata tempat dishare, dikopi dan ditaip hingga semua orang dapat manfaatnya melalui teknologi ini.

Bergambar bersama alim Ulama, tok guru dan para ustaz sedikit sebanyak dapat membuatkan orang kenal akan para pewaris nabi ini. Mana tahu sebelum nie orang tak kenal lepas kenal jatuh cinta pula untuk turun sama menadah ilmu di majlis2 ilmu. Tak ka kita yang menjadi asbab dia berubah kepada kebaikan dapat juga pahala di sisi Allah? 

Kita selalu buruk sangka dengan orang. Kita selalu pikiaq tak elok dengan orang. Orang ajak kebaikan atau tulis status baik2 pun kita nak marah. Marah buat apa? Bukan dia buat jahat pun. Bukan dia ajak orang buat jahat pun. Soal dia buat atau tak apa yang dia sampaikan tue lantak pie kat dia la. Tue dia dengan Allah, Hat kita buruk sangka dengan dia tue guaner pulak?

Memang, Memang orang yang buat kebaikan akan dikata pelik oleh umat akhir zaman. Jadi janganlah kita tergolong menjadi golongan orang yang merasa pelik apabila orang lain buat kebaikan. Nauzubillah.

@srikandi jpm
@jpm
syukran kak Izati :)

No comments:

Post a Comment