Sunday, May 18, 2014

The Perfume and Aurah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

*Maaf, post ini bukanlah in English! :)

Scene:

(Pagi)
Ana bersiap untuk ke UiTM Lendu untuk selesaikan beberapa kerja. Kucalitkan sedikit perfume yang baru kubeli tempoh hari di sebuah booth di Tesco. Adik masuk rumah melalui pintu belakang atau dikenali sebagai pintu kucing (sbb asal buka pintu je, para kucing akan serbu masuk)

Adik : Mak, bau apa ni?!
Mak : Bau kucing awaklah...
Ana (dalam hati) : Kalau bau tahi kucing takdelah dia pelik. Bau perfume ni kah?

Sebelum berangkat ke UiTM, semasa bersalaman dengan mak,

Mak : Wanginya!

(Petang)
Ana sudah balik rumah. Bila duduk dekat ngan mak,

Mak : Hish, bau minyak wangi awak ni kuat sangatlah! Awak tau tak haram?

Ana : Mmm, saya tau... Tapi saya ingat tak kuat sangat. Sebab saya tak bau...

Mak : Tak kiralah. Bila kata haram sama je macam awak dedahkan aurat awak tu! Punyalah awak sungguh-sungguh tutup aurat awak. Rupa-rupanya sebenarnya macam terbuka.

Huuu...
Ku bermuhasabah...

Trowback

Dulu-dulu, memang den tak mau pakai perfume. Fobia atau 'anti' pun ada... Risaukan melampaui batas bila mendengar ceramah agama yang menyebutkan bahawa apabila lelaki terbau wangian yang dipakai oleh wanita, sama seperti zina.

Dan ana juga pernah menasihati sahabat mengenai itu apabila ana dapati bahawa sahabat ana itu memakai perfume yang 'agak kuat' baunya sehingga ada sang lelaki yang menegurnya "Wanginya..." (sama macam mak ana punya intonasi. Jawapan sahabat ana pun sama seperti ana, "Ingatkan tak bau..." (lebih kurang macam tula...

Naik je sem, seorang sahabat ana yang lain ada jual perfume. Ana takdelah nak halang. Sebab wangian juga Allah dan Rasulullah s.a.w. suka. Sahabat ana yg jual perfume ni se biro dengan ana merangkap Amirah biro. Memandangkan biro kami biro yang mengendalikan 'Bulatan Gembira', kami lah yang bertanggungjawab utk buat salinan pamplet setiap minggu. Dan kebiasaannya, kami perlu menginfakkan sedikit wang kami untuk itu. (Mudah-mudahan Allah terima). So, amirah ana offer, "Mar tak nak beli ke?" Then, ana jawab "Eh, takpelah..."

"Macam ni lah... Anti fotostat kan pamplet ni, dan ana akan tebus dengan sebotol perfume ikut pilihan anti" (said her)

Haaa??? Betulkah? Free? *Ana ni pula memang jarang menolak pemberian orang. So, I took that change. Ngee :D Alhamdulillah.

Begitulah sejarah pertama kali membeli dan berjinak-jinak memakai perfume...

Pakai Perfume, Nampak Ringan

Nampak ringan sebab beberapa titis ja dicalit pada pakaian, sudah keluar aromanya.
Namun, tidak disedari sama ada masih dalam batas hukum atau pun melampauinya.
Manakah langkah berhati-hati kita, ya?

Berzina dan membuka aurat?
Fuhhh... Berpeluh dahi memikirkan usaha untuk jauhinya...

Kan???

Tapi, khas ditujukan untuk muslimah la...
Yang laki-laki tu, takdak hukum tuu... Nun!

Nak Buang kah Perfume tu?


*Eh, jangan-jangan!

Simpanlah... Atau pakailah setakat diri sendiri bau, orang lain tak bau melainkan bila terlalu dekat dengan kita seperti bersalaman, berpelukan dan berlaga pipi. *Macam comel je! (Se-mahram, gitu... or... Ukhuwah)
Pakai di dalam rumah pun boleh, melainkan ada yang bukan mahram dalam rumah tu seperti sepupu lelaki, dan yang seangkatan.

Pakailah sedikit, sebab, bila kita wangi, kan orang suka mendekati kita, Allah pun suka yang indah, Rasulullah s.a.w. pun sentiasa wangi, syaitan pula suka yang busuk dan yang buruk-buruk.

*Jadi, tegur-tegurlah ana seandainya ana melampaui batas.



Let's Cover Our Aurah (LCOA)

Dengan ini, ana ingin sama-sama support usaha sahabat-sahabat ana yang menjayakan kempen LCOA yang bertapak di UiTM Lendu. Ana tabik usaha kuat mereka. Waktu cuti semester ni mereka bertungkus lumus untuk deal dengan pihak luar seperti peniaga, penyewa fasiliti dan sebagainya khususnya untuk karnival yang bakal menanti pada awal semester hadapan. Sebelum-sebelum ni pun mereka dah buat teaser yang macam-macam. Awesome! *Subhanallah...




Ana buat post ni yang berkaitan dengan kempen LCOA atas kesedaran yang ana takde membantu apa-apa pun sebelum ni. Mudah-mudahan tercapailah objektif kempen mereka itu. Jaido boleh! (Jaido = Izaida Fazira)

Go go go, InsyaAllah... Bila kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita! :)

Ganbatte ne! Bittaufiq wannajah, minna...

Rasul Yang Kata


Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu.” Seorang sahabat bertanya: Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang haq dan menghina orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)



Anas bin Malik tidak pernah menolak pemberian berupa minyak wangi. Kata beliau, "Rasulullah tidak pernah menolak pemberian berupa minyak wangi." 
(Direkodkan oleh Tirmizi dan Bukhari)


No comments:

Post a Comment