Saturday, May 17, 2014

Kerisauan Seorang Ummah

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad
"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah (petunjuk) kepada kami..."

Muqaddimah

Masya-Allah. Ana baru sahaja menziarahi page Murtads in Malaysia and Singapore.

Sungguh aku terkedu saat membacanya
Ilmuku tentang Islam belum cukup tinggi
Bagaimana seandainya aku terjumpa face-to-face dengan golongan manusia seperti mereka?
Sungguh... Allah Maha Pemurah...
Maha Mengasihani Allah hanya pada hambanya yang taat.
Allahu... :'(



Malaysia

Hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir.
Ya Allah, lindungilah kami"

Risau... Aku risau... Sungguh...
Wahai Malaysiaku...

Saban hari aku risau akan prestasi iman diri sendiri,
Namun,
Dengan tujuan diciptakan sebagai khalifah,
dan sebagai ummah yang bersaudara,

Aku risau melihat remaja kini
Aku risau melihat rakan-rakanku
Aku risau akan umatku!

Ancaman Ummah

Bila buat karangan, selalunya isi-isi yang kita guna (klise) iaitu gejala sosial meliputi buli, dadah, khalwat, dan macam-macam lagi.

Secara umumnya, semua itu datang daripada status aqidah ummah ini.

Dear,
masalah ummah bukan setakat gejala sosial tu sahaja. mohon ketahuilah... itu kira bibit-bibit sahaja.

Ini bukan 'satu hal':

  • Ajaran sesat, syiah, bid'ah, wahabi, dll
  • Khurafat
  • Serangan pemikiran dari Barat, budaya kuning, 5F, dll
  • Segala -isme yang berkaitan; liberalisme, sekularisme, pluralisme, dll
  • Riddah (Murtad)
  • dan macam-macam lagi...
Sedikit faktor yang terlintas:
  • Malas menuntut ilmu
  • Tidak jaga aqidah
  • sikap tidak ambil peduli akan orang lain
  • Takbur, sombong, ego
  • Keras hati
  • dan banyak lagi...
Kami pun begini, kalian pula bagaimana?

Kami yang berpersatuan Islam, bersatu untuk berdakwah ini ada ujian dalaman kami tersendiri. Ada yang tidak sefahaman, dan tidak dapat komited dalam bergerak bersama, bagaimanakah pula kawan-kawan kami  yang belum lihat dan menaiki gerabak ini, yang sedang terkapai-kapai, masih belum temui ketenangan dan kebahagiaan hakiki, yakni mengingati Allah s.w.t.?

Kami yang sedang berusaha untuk jadi baik ini selalu termakan dek pujuk rayu nafsu, bagaimana pula kawan-kawan kami yang sedang tidak mengenali diri dan terus hanyut dek 'cintakan dunia, takutkan mati'?

Allah... Allah... Allah...

Mengapa ya?

Berbalik kepada page yang ana mention dalam muqaddimah, ana share dengan kakak sulung ana. Kakak ana baca dengan rasa terkejut dengan bahasa-bahasa yang digunakan, serta hujah-hujah mereka bagi menjatuhkan agama ini. Terutamanya pada Islam lah... Istilah murtad pun bermakna golongan yang keluar dari Islam, bukan?

Kakak ana yang pernah menuntut ilmu di UIAM (sekadar mention, kerana memikirkan tahap pendedahan ilmu disana) berkata;

"Mardiana, diorang jadi macam ni sebab macam kita,
bila kita malas, kita akan kata.. 'eh tak taula..',
sedangkan bila tak tahu, kita boleh menuntut ilmu dan berjaya."

Apa yang ana faham berdasarkan pendapat kakak ana ini, ana sokongnya. Bila kita dah menolak sesuatu tu, tentu kita akan blok ia daripada nak terima. Sama seperti mereka...


Cari Persamaan

Bila menulis poin-poin di atas, dengan perkataan 'sama' yang berulang, ana teringat perbualan antara ana dengan seorang adik junior sepersatuan.

Adik Junior : Akak, macamana akan boleh rapat dengan biro akak? Saya tengok biro akak rapat, kerja sama-sama.

Ana : Dik, dulu akak pun berdepan dengan persoalan macam tu jugak. Bg akak, akak rasa, kita kena cari persamaan antara kita dengan diorang. 

*[sekadar tambahan] Contohnya, kalau awak nak rapat dengan si A tu, cuba awak cari persamaan antara awak dengan dia. Contohnya (lagi), si A sukakan berniaga dan awak pun sukakan berniaga. Cuba awak cuba sedaya upaya untuk dia share ngan awak dan bertukar-tukar cerita sendiri. Tentu lepas tu korang akan rapat. Bila jumpa je, nak bercerita!

Ditambah dengan teringat satu ceramah tentang agama lain yang melibatkan penceramah yang berlatarbelakangkan sbg mualaf.

Penceramah berpesan untuk cari persamaan antara Islam dengan agama lain, dan selepas itu baru tinggikan Islam di hadapan mereka (agama lain).

Educated vs. Non-Educated

Bila ana naikkan perbincangan tentang page yang ana sebut sebelum ini tu dengan mak ana bersama kakak sulung ana, mak ana timbulkan pula tentang nilai orang lain.

"Kita boleh nampak perbezaan daripada 'cara' diorang.."

Yakni cara mereka berkata-kata, nak memulakan perbualan, dll. Kita boleh nampak perbezaan antara orang educated atau non-educated, cara orang kampung bercakap, dan macam-macam kategori orang lagi.

Dengan ini, berbalik tentang page itu, kita boleh nampak mereka berhujah atas dasar apa? Ilmu kah?

Bukanlah Menghukum

Bila ana bangkitkan page itu, bukanlah tujuan ana nak kritik, hukum atau apa-apa terhadap mereka. Harapan ana mudah-mudahan mereka diberi hidayah Allah untuk kembali pada Allah.

Ana tidak mampu untuk berikan komentar dalam page itu sbb bg ana nak berdepan dengan mereka nak kena ada hujah yang kukuh, ada dalil. Al-Quran dan hadis. Kerana nampaknya mereka mencabar hujah yang kita gunakan untuk istilah 'mengalahkan' atau 'berdakwah' pada mereka. Mengalahkan di sini bukanlah bermakna nak jatuhkan mereka pula, tapi, untuk tunjukkan kebenaran itu kebenaran.

Parti Politik

Dalam perbincangan dengan mak dan kakak ana, ana selitkan pengalaman ana membuat presentation tentang parti politik. Untuk assignment itu, kumpulan ana ambil Barisan Nasional sebagai parti yang dipilih untuk isi assignment. Sebagai presenter, kami diajukan beberapa soalan.

Soalan yang paling ana ingat pada masa itu, ada seorang rakan yang membangkitkan isu hukum hudud dengan gunakan hujah ayat al-Quran iaitu, "La ikrahafiddin..." bermaksud "Tiada paksaan dalam agama".

Lantas ana menjawab dengan pendapat ana yang serba kekurangan dan sekadar dapat melepasi jawapan untuk Q&A session dalam presentation. Sungguh banyak cacat celanya.

Mak ana kata, "Awak tak boleh nak bagi pendapat sesuka hati..." sebab itu ayat al-Quran. 
Dan ana jawab, "Saya tahu..."

Nak buat macamana, ana tetap kena jawab soalan itu untuk teruskan presentation itu. Situasi pada masa itu memang tegang, itu pun ana dapat rasakan. Tentu terkejut lecturer ana pd masa itu (tapi tak hairanlah bg beliau, sbb mmg kos kami belajar ttg itu, tentu beliau sudah mengerti dan masak dengan ragam pelajar-pelajar)

Daripada soalan classmate ana tu, dapat dilihat bahwa sbenarnya kita cakna walaupun hanya tempias sahaja ttg isu di Malaysia. Cumanya kadang kala kita memahaminya dengan ilmu yang sedikit. Sebagai cth ayat Quran tu, perlu diteliti tafsirannya kalau nak beri pendapat ke apa. Dangkalnya ilmu kita :(

Tindakan

Untuk diri ana dan kita pula, mak ana berpesan, 
"Awak kena tambah ilmu awak lagi... Tambah dan tambah... Awak kena alert dengan isu semasa..."

Untuk kenali dunia ini, kakak ana berpesan...
"Masuk universiti jangan fikir untuk kerja, tapi, fikir untuk timba ilmu sebanyaknya" 


Insya-Allah
Wallahu'alam
Wabillahitaufiq wal hidayah

No comments:

Post a Comment