Tuesday, May 20, 2014

Kenali 'El Nino'

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad

Cakna

Sejak akhir-akhir ni (Bulan Mei), dalam berita asyik cerita tentang El Nino. So, what's going on?

Berdasarkan BHarian online; El Nino dijangka melanda Asia Tenggara pada pertengahan tahun ini.

  • Jika tempias El Nino berlaku di Malaysia, kemungkinan negara kita akan mengalami musim kemarau yang berpanjangan selama 6 bulan.
  • Pengurusan bekalan air : Pihak berkuasa kena buat persediaan awal untuk mengelakkan krisis air yang serius.
"El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik."
  • Rantaian perubahan iklim akan berlaku di seluruh dunia.
    • Sesetengah kawasan berlakunya hujan lebat.
    • Manakala kawasan lain berlakunya kemarau berpanjangan.
  • Kesan negatif dijangka berlaku pada bekalan air dan makanan negara.



Apa itu El Nino? (Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia)

Setiap dua ke tujuh tahun, arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Niño. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.

Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
*Boleh tahu lanjut, antum layarilah website berkenaan.
Southern Oscillation Index (SOI)
Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena ini.

No comments:

Post a Comment