Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad
*Gambar di atas sebenarnya sudah lama diambil. Semasa Family Day JPM sem 4 yang lepas.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Allah beri peluang kepada ana untuk merasai, mencuba untuk memanah untuk pertama kali itu. Membuatkan Family Day itu menjadi hari yang sangat bermakna untuk ana. Dapat rasai yang dikatakan sunnah bersukan iaitu memanah. Memang tidak puas sebab masa terlalu terhad. Tapi, alhamdulillah. Redha dan bersyukur.
*Lagi sikit ja nak kena kuning!
Hal demikian membuatkan ana rasa ternanti nanti utk next time nya. Moga Allah beri jalan dan masa yang sesuai dengan izinNya, InsyaAllah :)
Ana sangat terharu dan bersyukur sekali lagi.
Perasaan
Waktu nak aim dan nak lepaskan panah tu, Allah saja yang tahu sebenar-benar rasa di hati. Rasa macam; Ya Allah aku nak buat betul2 ibarat aku sedang berada di medan pertempuran bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w.. Allahu... That's why ada rasa sedih, kecewa dan tidak puas hati sedikit sbb x dpt kena pada kuning. Tapi, xpa....
Insya-Allah, kalau diberi peluang lagi, ana akan usaha setajamnya utk dapatkan kuning itu!
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment