Thursday, June 13, 2019

Bila pula mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.?

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Baru tadi saya menaip tentang mimpi ke Baitullahilharam. Dalam tempoh mimpi itu sehingga ke hari ini, saya sedar satu perkara. Iaitu kebahagiaan ke tempat suci Tuhan. Dan, dalam masa yang sama, saya terbayang bagaimana pula lah jika diizinkan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. kekasihnya? MasyaAllah. Sungguh terasa jauh daripada layak. Setiap hari, berapa sahaja selawatku kepadanya? Dibandingkan dengan satu kisah yang aku jadikan ingatan sehingga ke hari ini (walaupun tidak ingat pula periwayatannya), iaitu kisah seorang wanita yang satu hari tu dia mengekspresikan rasa sedihnya bahawa malam itu dia gagal bertemu dengan Rasulullah s.a.w. (di dalam mimpi) seperti selalu/setiap malam yang sebelumnya sedangkan dia masih mengamalkan selawat sebanyak 5,000 kali sehari bagi melayakkan dirinya bertemu dengan baginda s.a.w.. (hopefully dapat jumpa kisah ini lagi dengan tepat, sebab risau juga ada sudut yang salah).

Jadi, cuba dan cuba lagi, jangan berputus asa. Banyakkan lagi berselawat dan cuba amalkan sunnah baginda s.a.w.. Walaupun wujud dalam hati ini rasa sangat nervous andai ditakdirkan bertemu juga dengan Rahmatan Lil’alamin s.a.w. itu. Moga dengan nikmat mimpi indah lagi diredhai dan hidayah yang Allah beri ini menggerakkan diriku ini agar sentiasa perbaiki amal dan diriku sehari-hari. InsyaAllah.

Terngiang-ngiang di kepala ini serangkap lirik lagu Lah Ahmad:
“Walau dalam mimpi,
Inginku, bertemu denganmu (Rasulullah s.a.w.)…”

Sekian.

Dengan rendah diri,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
12 Jun 2019,
8 Syawal 1440H.

No comments:

Post a Comment