Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali
Muhammad.
Saya suka ‘nak’ baca buku. Saya suka ‘nak’
jadikan ‘membaca buku’ tu as hobi saya. Namun, saya sedar, saya masih belum
layak jadi pembaca buku sejati (pada perspektif saya la). Sebab, nak
dibandingkan dengan orang lain yang ‘suka membaca’ (pembaca buku sejati),
mereka mampu menghabiskan baca at least 1 buku dalam sehari, terutamanya
pembaca novel. Sedikit ringkasan ciri-ciri ‘pembaca buku sejati’ pada
persepektif saya:
- Mampu membaca lebih daripada sebuah buku sehari (contoh: novel, jurnal)
- Bagi pembaca novel, dia mampu menceritakan storyline dengan baik
- Bagi pembaca buku atau bahan ilmiah;
- dia mampu menyampaikan atau berkongsi isi kandungan buku itu kepada orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan (sosial media)
- dia mampu untuk mengingati dan mengamalkan apa yang dia pelajari daripada buku itu
- dia istiqamah dengan ilmu itu
- Selain itu, pembaca buku sejati juga mampu menjaga bukunya dengan baik, sama ada cara dia membalut buku itu, membawa buku itu, menyimpannya mahupun menawarkan untuk dipinjam oleh orang lain (atau wakaf).
Ragam membaca buku (Jenis Buku)
1) Membaca buku novel
Oh no. MasyaAllah, buku novel adalah jenis
buku yang sangat mencabar untuk saya mebacanya. Sebab, ia memerlukan komitmen
yang tinggi terutamanya dari segi masa dan ingatan pada jalan cerita. Saya
selalu ambil masa atau mood baca novel (kalau time sudah bekerja ni) semasa
naik train. Itu pun tidak tentu juga. Naik train pada awal pagi, selalunya ada
rutin bacaan lain.
Novel pertama saya berjaya baca memakan
masa ½ tahun kalau tak silap, semasa tingkatan 4-5, iaitu bulu tulisan Ustazah
Fatimah Syarha bertajuk “Tautan Hati”(buku pinjam). Novel kedua, pendek sedikit
tempoh daripada buku pertama, bertajuk “Sinergi” tulisan Hilal Asyraf.
Seterusnya, “Rabiatul Adawiyah” (tidak ingat publisher atau penulisnya) dan
“Hassan al-Banna”, tulisan Latif Talib. Ada juga yang saya baca tidak sampai
habis iaitu “Fatimah” (penulis yang sama dengan novel “Rabiatul Adawiyah”) dan
“Cinta High Class” tulisan Ustazah Fatimah Syarha. Bila nak pulun beli buku
jenis novel memang fikir banyak kali sebab sedar diri dan ada rasa takmau
membazir.
Tapi, bulan Mac (Pesta Buku Antarabangsa
2019) yang lepas, disebabkan saya terpengaruh dengan arwah Ahmad Ammar, saya
mula tertarik untuk baca novel sejarah dan cuba la untuk berjinak-jinak. Huhu.
Hakikatnya.... masih susah. Sekarang saya tengah baca novel “Mustafa Kamal
Atartuk” since bulan 4 haritu (dah nak masuk 3 bulan tak habis lagi). Baca buku
berlatar belakangkan sejarah seperti zaman penaklukan ni sangatlah mencabar.
Baca punya baca, tak habis-habis, macam nak give up. Tapi, tak boleh give up
sebab nak disiplankan diri. Huhu. Walaubagaimanapun, alhamdulillal laa, saya
sulamkan baca novel tu dengan satu buku kategori lain (ilmiah/motivasi) sebab
nak hilangkan jemu baca novel yang belum habis-habis tu. Hopefully, bermanfaat
untuk perkembangan (potensi) diri.
2) Buku ilmiah/motivasi – content yang
ringan (untuk diterima)
My fav all the time, alhamdulillah! Selalunya
buku ni saya cuba untuk buat review supaya dapat attract orang lain membacanya.
Biasanya tentang akhlak, sunnah, hati (tazkiyatunnafs – dalam bahasa mudah tapi
membekas di hati), pembangunan diri, hubungan dengan al-Quran, dan supaya diri
tak jauh dari Allah s.w.t..
3) Buku ilmiah – berat isi kandungannya
Biasanya buku-buku berkaitan fiqh dan
hadis terutamanya olahan daripada kitab. Biasanya buku macam ni memang buka
bila perlu atau ada isu sahaja. Then, selebihnya refer kepada ustaz yang
diyakini atau dipercayai.
4) Travelog
Saya rasa macam pernah baca lebih daripada
satu buku travelog. Tapi, yang melekat dekat jiwa ini satu buku sahaja bertajuk
“Travelog Ramadhan”, penulisan yang menyentuh jiwa. Tapi, buku tu hilang,
setelah saya dapat selesai membacanya.
5) Komik
Minat pada membaca komik untuk saya
sekarang sudah lapuk. Hehe. Minat baca komik dah hilang. Dulu-dulu time sekolah
menengah rendah je ada minat tu. Sekarang, mungkin sebab dah lebih matang kot.
Saya memilih untuk cari buku yang boleh beri kesan pada diri secara tidak
langsung sebagai usaha untuk membangunkan diri ini. Walaubagaimanapun, saya
tidaklah memandang teruk kepda pembaca komik, sebab ada orang baca komik
sebagai hiburan kan. Jadi, terserah kepada diri masing-masing k.
6) Majalah Islamik
Dulu rajin beli sebab biasanya majalah ni
akan ikut isu semasa. Tapi, sekarang dah tak beli dah. Tak tahu kenapa. Antara
majalah yang saya suka dulu: al-Ustaz, Jom & Gen-Q. Majalah Solosi ada
juga, tapi bagi saya isi kandungan dia agak panjang dan tak ringkas. Tak tahu
lah kalau sekarang macamana, mungkin dah ada pembaharuan.
7) English
Allahuakbar... Hehe. Dulu time masih belajar kat uni, adalaa jugak baca berita in English, dan buat catatan vocabulary bagi perkataan baru (rajin). Selain tu, buku-buku berkaitan dengan subjek yang diambil. Namun, hari ni, kerajinan merosot. Baru-baru ni, masa balik kampung naik KTM, ada nampak seorang budak perempuan ni baca buku in English. Bagusnya lahai... Kita mampu tengok je, dan fikir, 'agak-agak saya boleh make a try ke, untuk baca buku English (English story)?'. Soalan yang tiada jawapan.. Kecewa juga sebab tak dapat nak selitkan baca English dalam goal, lagi-lagi bila teringat dulu-dulu pernah bercita-cita nak jadi English teacher 😂
Ragam membaca buku (Style Membaca)
1) Baca dari kulit ke kulit – Baca
daripada isi kandungan, kata penerbit, kata penulis, mukaddimah sehinggalah
inti buku habis kecuali glosari atau lain-lain di halaman belakang.
2) Guna highlighter atau pen, pensil,
pensil warna & pembaris – Terutamanya untuk buku ilmiah/motivasi (bila
rajin atau buku yang sangat memberi makna)
3) Siap keluarkan point buat ringkasan –
(Ini kalau betul-betul terlebih rajin atau buku tu beri makna – jarang berlaku
tapi tak mustahil)
4) Baca dalam train
5) Bawa buku tapi tak baca pun
6) Baca sambil berjalan (kalau yakin jalan
tu tak sibuk)
Sekian sahaja perkongsian kali ni tentang
buku. Wallahu’alam. Wabillahitaufiq walhidayah.
Yang masih cuba untuk jadi ‘pembaca buku
sejati’,
Siti Mardiana
23-24 Jun 2019
No comments:
Post a Comment