Thursday, June 20, 2019

EIM : Entrepreneur In Me

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Throwback to dulu-dulu punya post: "Dia- Besar Harapan"

I think it's time.
Saya merancang dan membuat apa yang termampu.
Nak menaip post ni ibarat, "Yakinnya kamu!"
Risau kita share apa yang kita rancang tapi mungkin ia tak menjadi. but, just don't give up k, myself!
Lagipun, kan Allah uji apa yang kita ucapkan (itu yang takut). Ada juga saya pernah terbaca, "Don't share your goals to others,". Tapi, takpa laa... Saya bertawakkal dengan gerak hati untuk share juga. Sebab apa nak share juga? Sebab rasa, saya pernah nak cari macam apa yang saya nak cerita hari ini. Walaupun, bukannya besar sangat pun inti nya. tapi, zaman sekarang kan ramai orang rely on "Google". Almost semua benda refer kat Google sebab senang. Cuma sahih tak sahih tu bab lain.

Throwback
Post yang saya mentioned kat atas tu sebenarnya merujuk kepada saya. Dulu, masa awal semester degree, ada seorang lecturer subjek akaun sebut macamtu semasa saya dan kawan berjumpa dengan dia untuk tanya berkaitan tugasan/soalan yang tak tahu nak jawab. Bila ayat tu ditujukan khas kepada kita, dan mata kita bertentang dengan masa lecturer yang duduk berdepan dengan kita waktu tu. Dia jadi, "Erk.." (why so sudden?). Walaupun, mungkin untuk orang lain, ayat tu biasa je. Tapi, melekat pulak dekat hati sanubari ni dah nak masuk 5 tahun berlalu. rasa dia macam... "aku percaya apa yang miss kata ni. Cuma bila masanya tiba sahaja,"

Business Thinking

1) "Kampung Girl"

Dulu, masa awal-awal grad degree, hehe, rasa nak gelak je sebab awal-awal dah rasa give-up nak cari kerja (makan gaji). Awal-awal dah sampaikan hasrat hati kat abah kononnya takmau cari kerja lah, sebab nak cuba usahakan ternakan ayam. Abah pun supportive, so, abah siap bawakan kita ke ofis Pertubuhan Peladang dekat Alor Gajah dan daftar sudah (tak ingatlah daftar apa secara spesifik). Yang penting Pertubuhan Peladang ni fungsi dia nak bantu golongan yang nak buat perusahaan.

Dulu, sementara dapat kerja lepas grad degree, i am too excited dan 'bangga' being a "kampung girl". Bangun pagi, kena bagi ayam makan. Lepastu, sapu-sapu koridor belakang sambil menikmati suasana kampung dan berangan... Tanam-tanam pokok sambil berangan hasil pokok tu nak jual. Contohnya, pokok - aloevera, cili & nenas abah. Then, pusing kat corner rumah yang lain, pandang kolam udang abah (udang kara) yang memanjang tu, dan ada satu lagi dekat belakang bilik mak. "Boleh jual ni nanti," - memang statement ni selalu lah terlintas dekat fikiran bila nampak something yang menarik, terutamanya bila fikir yang abah pernah try buat dan nampak potensi. Cuma, mungkin kekurangan projek-projek abah adalah "hala tuju".

Lepastu, yang kelakarnya, bila saya mendapat tawaran kerja yang saya kena pindah KL. Bila tanaman saya, saya tak dapat nak monitor. Bila balik kampung, nak pusing-pusing tapak-tapak tanaman, tengok-tengok pokok-pokok ku sudah mati diracun. Haha. Nak buat macamana kan. Sis redha sahaja. Adalah mengomel sikit sebab sayangkan pokok.. Tapi, itulah risikonya bila tak buat clear pagar/barrier daripada terkena racun rumput abah. Kejadian tu, sepatutnya dah expected. Sebab, sebelum ni ada pokok mak yang dah pernah kena jugak.. hihihi. Almaklumlah, abah mungkin tak perasan pokok-pokok baru nak up ni... Lepas daripada peristiwa tu, usaha kepada tanaman terus stop, kecuali mungkin kami ada beli pokok lemon yang berbungkus dengan polybag saiz yg sederhana. Maunya, kita bagitahu awal-awal, bila pokok tu dah mula membesar, "jangan transfer ke tanah" sebab takut kena racun lagi... masa tu laa... tapi, sekarang alhamdulillah telah selamat di-transfer kat tepi pagar nun kat belakang reban, dan setakat ni masih terselamat daripada terkena racun. Selain tu, pernah juga beli anak pokok kacang panjang (malas nak semai sendiri sebab selalunya tak menjadi), kita tumpangkan dekat pokok jambu air, nampak dia membesar dan mengeluarkan hasil dengan jayanya. tapi, itu la, bila kita tak encourage ke mana pokok tu nak menjalar, mungkin menjadikan jangka hayatnya pun pendek 😂

(to be continued)


2) Karipap Mak
3) Jumbo Returns, 2017 - MRSMAG
4) Ofis - Support
5) Almond London, 2017
6) KL
7) Buku Bisnes
8) "Sambal Omak Den"

Yang merancang, mencuba & berusaha,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
20 Jun 2019

No comments:

Post a Comment