Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma
solli ’ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
Kadang-kadang,
kita memang ada masa kita rasa kurang bersemangat, tiada sokongan.
Namun, bila
Allah bagi juga hidayah (kerana sifat Maha Baik-Nya) membisik di hati kita
bahawa “Aku bersamamu… Ingatilah Aku, dan Aku akan berimu ketenangan,”
Allah
kurniakan keyakinan kepada kita untuk bangkit, memberitahu bahawa kita masih
boleh berharap kepada-Nya, walaupun sebelumnya tadi kamu terlalai. Yang penting
kamu IKHLAS.
Sang iman
turut berpesan dalam hati, “kamu kena terus berbaik sangka dengan aturan yang
Allah takdirkan kepadamu. Teruskan usaha semampumu, Allah sentiasa melihatmu,”
KISAH TELEKUNG
Sebelum raya
haritu, ada satu brand telekung terkemuka datang ke ofis untuk jual dengan
harga promosi, namun, disebabkan tiada keperluan, saya tidaklah ada keinginan
untuk membelinya walaupun ada yang kata ada yang murah tapi kualitinya masih
tinggi cuma rejected. Harganya RM70 sahaja. Then, masa pun berlalu tanpa ada
isu/dilema.
Naik sahaja cuti
raya, dikhabarkan bahawa brand itu membuka lagi order untuk telekung yang
disebut tadi. Akak dekat ofis cuba convince kita untuk beli sebab peluang dapat
yang murah bukan selalu katanya. Ditambah lagi, katanya eloklah dihadiahkan
kepada mak. Hm… Bila disebut terma “MAK” itu, sudah tentu bermain sensitiviti di
hati. Dalam hati ada berkira-kira bahawa, ‘mak sudahpun ada banyak telekung
yang mak guna bergilir-gilir’. Akhirnya, saya memberi kata putus untuk membeli
juga. Keputusan dibuat tanpa hala tuju. Tidak tahu telekung itu mahu diberi
kepada siapa, atau beli sahaja untuk diri sendiri.
Dua hari
selepas pesanan dibuat, maka, datanglah khabar bahawa telekung itu sudah
sampai. Nervous sebenarnya. Disebabkan diri ini sudah terbiasa, ‘kalau betul
beli, beli pastikan ada tujuan bukan setakat suka-suka gitu sahaja (pastikan
bermanfaat)’. Dengan RM70 sudah dilaburkan. Namun, di sini tidaklah kata saya
merasa rugi membeli sebab saya pasti sungguh insyaAllah sepasang telekung mesti
akan digunakan juga tidak kira ke mana perginya atau siapa pemiliknya, gunalah
sehingga lusuh, gitu. Jadi, telekung itu diambil dan dibawa pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah itu, mata dijeling-jeling kearah beg
telekung tersebut. ‘Apalah rupa sebenar telekung RM70 ini…’
Sesampai
sahaja di rumah, lepas buat apa yang patut, saya terus capai beg itu dan buka,
belek satu persatu label, baca tulisan yang ada pada beg dahulu, dan kemudian
barulah lipatan dibuka. Nampak elok. Lalu, kusarung telekung itu dan dikemaskan
ikatan di kepala. “MasyaAllah, cantik juga telekung ni,”. Mulalah
tersenyum-senyum di depan cermin seorang diri. Tak lama lepastu, mulalah dilemma
datang. ‘So, telekung ni saya nak bagi siapa?’. Di lubok hati mula berkenan
untuk memilikinya. Namun, bagaimana pula dengan anjuran untuk bagi mak atau menghadiahkan
kepada orang lain? Ku pandang refleksi mataku di cermin. “Hmm,”. Ku buka
telekung itu, kulipat kemas dan dimuatkan ke dalam beg khas telekung itu
semula. Dimasukkan ke dalam beg kertasnya, lalu, kusimpan sahaja dahulu di tepi
katil. Tunggu sahaja gerak hati lain yang mungkin akan hadir tentang hala tuju
telekung itu.
...
Hari ini,
saya datang ke ofis untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Lama sebelum
masa lunch break tiba, ada satu panggilan yang ingin bercakap dengan saya.
Orang itu memang saya kenal. Katanya mahu berjumpa sebentar. Baiklah. Of course
lah ada tanda tanya, tapi tidaklah terlalu overthinking. Susuk tubuh orang itu
pun mula terlihat datang menghampiri. Dibisiknya kepada saya, “Mar, akak ada
beli telekung, untuk Mar. Nanti Mar lah ambil ya,”.
Subhanallah,
terkelu juga seketika. Tapi, saya memberikan respon menerimanya dan kudoakan
kemurahan rezeki untuknya. Terima kasih kuucapkan. Terima kasih, ya Allah.
Kini, aku tak perlu fikirkan lagi tentang telekung yang baru kubeli itu. Kerana
Allah dah beri jawapan. Kini, di tangan saya sudah ada dua telekung baru untuk dimanfaatkan. Alhamdulillah.
Sungguh, ini
adalah nikmat yang tidak disangka-sangka, yang Allah beri. Moga saya terus
sedar diri supaya sentiasa tidak lupa untuk panjatkan kesyukuran kepada Allah,
dan tidak kufur dengan segala nikmat yang diberi.
TAQWA
“Taqwa itu di sini,”
teringatkan sebuah hadis mengenai taqwa. Dalam hadis tu merakamkan Rasulullah
s.a.w. menjawab tentang taqwa sambil menunjukkan ke dada.
Untuk hamba
biasa-biasa seperti kita, pada zaman mencabar ini, cabaran iman dan taqwa datang
daripada pelbagai sudut dan di mana-mana sahaja. Susah nak kekalkan momentum.
Tapi, ramai sahaja guru dan sahabat-sahabat yang selalu tegaskan kepada kita
bahawa sememangnya “jalan nak masuk syurga penuh dengan kepayahan,”. Yang
terlebih sukar, bila ujian itu bukan ujian fizikal, tapi, bila datang daripada
diri sendiri, dan juga godaan syaitan (yang sepatutnya kita pun kena pandai
melawannya, kalau nak berjaya).
Kita sedar kan, ayat
seribu dinar ni Allah tegaskan kepada kita perihal rezeki. REZEKI. Rezeki yang
kita duduk mengharapkan setiap hari. Yang tiada siapa mengetahui kecuali Allah.
Yang kita duduk usahakan setiap hari supaya kehidupan kita berjalan lancar dan
dimudahkan.
Jomlah sama-sama kita
ingat kembali, dan sentiasa ingatkan diri selalu dengan isi ayat seribu dinar
itu. Walau apa pun berlaku, kita kena cuba untuk mendapatkan taqwa. Walau
macamana kita rasa kita dah terlalai sama ada sedikit atau terlalu jauh, usaha
juga untuk hasilkan taqwa dalam diri. Sebab, ingat, perkataan dari Allah itu
satu janji. Kita kena yakin. Dan, jaga diri. Allah janji bahawa Allah akan beri
JALAN KELUAR & REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA
bagi sesiapa yang BERTAQWA.
Kalau nak sebut
tentang saya. Ya, saya pun lemah. Kekuatan itu memang hanya akan wujud bila
kita betul-betul yakin pada Allah. InsyaAllah. Dan, bila kita rasa yang ALLAH
SEDANG BAGI rezeki yang tidak disangka-sangka tu, at first memang kita kena
panjatkan kesyukuran kepada Allah. Walaubagaimanapun, jangan kita berasa senang
hati 100% bahawa kita dah mencapai “TAQWA”. At second, kita kena menyedari diri
sendiri bahawa Allah nak bagi nikmat sedikit daripada rahmat-Nya untuk
menggembirakan kita atas hubungan baik kita dengan-Nya DAN JUGA mengajar kita
agar TERUS DI JALAN TAQWA. Allah beri rasa kepuasan itu sedikit, berbanding
nikmat syurga yang kekal abadi nanti. MasyaAllah. Sungguh berasa diri kita
tidak layak. Tetapi, seperti doa yang selalu dialunkan, “Aku tidak mahu ke
neraka-Mu, oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku,”. Dan, dunia untuk masa mendatang akan terus menguji kita. Menguji taqwa yg kita usahakan.
Kita sama-sama
berusaha ya. Tambah dan mantapkan lagi ilmu agar mampu menyingkap sebanyak mana
hikmah yang ada di sekeliling kita. Dunia ini Allah yang punya.
Wallahu’alam. Sekian.
Yang masih melawan
musuh kepada ikhlas,
Siti
Mardiana Binti Mohd Saini
13 Jun 2019
No comments:
Post a Comment