Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala
ali Muhammad.
Review buku “Nasihat Buat Hati”,
Tulisan Habib Ali Zaenal Abidin,
Mohd Khairi Ismail & Nur Mohamad Adli Rosli (2016/2019).
Buku ini mempunyai 29 nasihat; min.
m/s untuk 1 nasihat adalah 3 m/s dan max. = 5 m/s.
Gaya bahasa almost the same dengan
cara Habib berceramah. Lembut, tapi tegas.
Menariknya buku ni, kebanyakan
nasihat pasti akan diiringi dengan satu kisah sama ada Rasulullah s.a.w., para
sahabat atau orang soleh untuk dijadikan contoh gambaran dan tauladan bagi
satu-satu nasihat yang ingin disampaikan, membuatkan kita rasa dekat dan
‘possible’ untuk mengamalkan nasihat itu.
Dalam banyak-banyak nasihat itu, ada
beberapa yang serap dalam ingatan saya (Alhamdulillah) dan hopefully dapat
diamalkan jua, InsyaAllah, iaitu (beserta pengajaran ringkas):
- N1 : Pesanan Buat Penuntut Ilmu – Penuntut ilmu kena mencatat ilmu yang diterima
- N5 : Jangan Menyusahkan Orang Lain – Kisah kayu sugi jatuh dari tunggangan
- N10 : Bertaubatlah, Allah s.w.t. Suka
- N14 : Utamakan Ahli Keluarga – yang lebih utama diinfakkan/diwakafkan
- N15 : Lazimi Ayat Kursi – kisah syaitan yang menyamar jadi pencuri
- N22 : Sedekah Menolak Gundah – Allah akan ganti dengan yang lebih baik
- N28 : Kelicikan Syaitan – kisah yang at last syaitan mudahkan si fulan tu pergi ke masjid supaya Allah tidak mengampunkan bahagian dia selebihnya
- N29 : Air Pemadam Derita – “7 golongan yang akan dinaungi Allah kelak” (seseorang yang mengingati Allah s.w.t. sehingga mengalir air matanya)
Selain daripada intisari nasihat,
antara perkara lain yang menarik perhatian saya dalah biodata Habib Ali itu
sendiri. Bila baca, terkeluar lah ayat, “baru tahu…” sebab he is a verily
educated person. Bacalah!
Sekian sahaja review ringkas
daripada saya :)
Semoga bermanfaat!
Catatan:
Mula dibaca – 9 Jun 2019
Selesai dibaca – 25 Jun 2019
* Alhamdulillah, 2 minggu lebih
tempoh untuk menghabiskan membaca buku yang mempunyai 110 m/s sahaja ini.
Dibeli di Pesta Buku Antarabangsa
2019 (Booth PTS)
Harga tanpa promosi RM10.00
Review ini ditulis pada 27 Jun 2019
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
No comments:
Post a Comment