Thursday, June 13, 2019

Mimpi Buat Umrah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Subhanallahiwabihamdihi, subhanallahil’azim.

MasyaAllah, jika diingat-ingati, dibayang-bayangkan lagi mimpi pada malam 7 Syawal 1440H (11 Jun 2019), ada satu perasaan unik, kebhaagiaan di dalam hati yang tak bisa dikongsikan. Sungguh hamba ini masih hina untuk menjejakkan kaki ke tanah haram itu.

Jarang-jarang sekali dapat bermimpi melaksanakan umrah terutamanya lokasi mimpi dapat melihat Ka’abah atau menjejakkan kaki di lantai Masjidil Haram. Malam itu, lepas terbangun dari tidur, rasa bahagia dan rasa sayu juga tidak terkecuali sebab setelah begitu lama, baru Allah layakkan/izinkan bermimpi lagi menjemputku ke rumah-Nya. Aku ada terfikir, “ya Allah, tak kisah lah aku dijejakkan dalam mimpi pada zaman bila pun Ka’abah pada waktu itu, yang penting aku yakin itu memang Ka’abah dan Masjidil Haram.”

Ada rasa rugi sedikit di dalam mimpi itu, sebab bila tiba-tiba, tahu-tahu sahaja sudah berada dalam Masjidil Haram, hanya fikir untuk laksanakan solat, manakala, rukun umrah sudah dilupakan. Masa tu tak tahu nak kena tawaf dulu ke, atau Sa’ie dulu. Tapi, takpa… Alhamdulillah Allah sempatkan diri ini berusaha untuk mencari solusi dengan mencari buku berkaitan umrah dalam mimpi yang sama.

Indahnya rasa tak sabar sangat mahu ke sana. Tapi, aku tahu. Aku perlu bersabar dan melakukan persediaan yang betul-betul rapi agar aku benar-benar menggunakan masaku sepenuhnya di sana nanti hanya untuk-Mu. Allah belum izinkan hari ni atau esok untuk saya ke sana sebab, Allah nak bagi masa lagi untuk buat apa yang patut. Iaitu, menuntut ilmu agar bersedia melakukan ibadah di sana nanti, dan juga tidak terkecuali untuk kumpul duit secukupnya agar mampu mendapatkan perkhidmatan umrah yang tersedia.

Setiap sudut mimpi itu aku berharap agar tidak kulupa agar kemanisan kesempatan yang Allah bagi itu tidak lucut dari sanubari. Aku mahu, bila sampai masa aku diizinkan ke sana, aku mahu ingat kembali dan memadankan setiap lokasi yang muncul di dalam mimpi dengan realiti. Jarak aku dengan ka’abah, saatku berada antara Safa & Marwah, saatku mencari tandas Masjidil Haram, saatku mendongak ke langit dan cuba menambil foto kren-kren yang berada di tingkat atas Masjidil Haram. Allahu Akbar. Saatku struggle mencari buku kecil panduan umrah yang pernah kuambil keluar dari rak buku di rumahku semasa di luar mimpi satu ketika dahulu tapi tidak dijumpai, namun, Allah pertemukan dengan buku lain yang aku ingat aku terlihat muka surat berkaitan melontar jamrah. Ya Allah, jangan biar aku lupa.

Terima kasih, ya Allah sebab mengizinkanku menikmati mimpi itu dengan tenang tanpa berlakunya situasi kelam kabut dalam mimpi. Sungguh aku merindukannya lagi.

Di bawah ini saya kongsikan sedikit sebanyak foto yang saya cuba cari mirip lokasi yang muncul dalam mimpi.





Dengan rendah diri,
Siti Mardiana
12 Jun 2019,
8 Syawal 1440H.

No comments:

Post a Comment