Friday, December 24, 2021

Imaging Unit Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Sekembalinya saya dari tandas, Kak Bib beritahu ada call masuk tadi. Saya tengok hp, no. tu not saved as my contact, so saya biar sahaja kalau orang tu urgent dia akan call kali kedua. Dua minggu ni mood nak focus handover and ajar sebanyaknya kat kak Bib as my pengganti, jadi sebarang gangguan tu macam… urghh. Haha. Termasuklah bila ada yang mai untuk interview, kita terima satunya sebab fikir memang untuk dapatkan manpower, and lagi satu nak train kak Bib.

Suddenly, Ali Raza datang ofis tanya, “kak, ada printer rosak ke,” baru menjawab “eh, takde.. (sambil memikir ‘ada ke..’)” tetiba muncul kelibat wakil vendor printer pegang sebungkus silver plastic which I really familiar with it.. “the imaging unit!!!” jerit dalam hati. Terus sambut, “oh ada.. ada!.. untuk imaging unit ke?!” masyaAllah masa tu happy sangat. Sebab dah lama saya menahan sakit mata bila print/copy je, ada garis putih yang membuatkan cetakan sangat tak smooth. Sebelum ni dah pernah log ticket, tapi tak berjaya menjemput orang untuk datang buat servis. Bila haritu mengadu dekat Abang Wan (IT dari HQ) dan dia belek-belek, dia suggest untuk log ticket sekali lagi dan dalam masa yang sama dia try explain kat orang berkenaan. Saya pun log ticket dan mengolah ayat, taip se-detail mungkin tentang masalah, dan…. That’s it, they came!

Orang tu datang bagi ‘rawatan’ pada printer pagi tadi.. saya until habis break at 2.30pm masih tak dapat move on dengan kegembiraan. MasyaAllah. Tak kiralah tinggal seminggu lagi ke akan guna printer tu, quality is quality! Kak Bib sengih je tengok telatah saya. I just could not hide it! I answered to the vendor bila dia tanya ok kan.. “ok.. ok puas hati!” Dapat wakil vendor macam tadi pun such a seronok tadi.. sebab conversation santai dan dia keep on macam ‘puji’ dengan tindakan saya yang log ticket dengan very clear including attachments yang membantu membuatkan dia lebih faham masalah sebenar yang kami hadapi tentang printer tu. [Below are log ticket (untuk kenangan) a.k.a my case study.. heheh]

Log ticket

Attachment 1

Attachment 2
Attachment 3

I never expected diorang respon dengan begitu ‘laju’ dan log ticket saya tu mendapat perhatian. Lepas ni, no need untuk ‘menapak’ ke Inventory ofis yang bagai ‘hujung ke hujung dunia’ tu jaraknya.. huhu.. demi mendapatkan cetakan yang jelas. MasyaAllah.. 'cause I am too particular tentang benda teknikal macam tu, for me it’s my standard of hasil kerja. Bila tak dapat, ia kan sangat mengganggu emosi, satu je perkataan, “buruk,” and it will keep berpusing kat otak sampailah muncul perkara lain yang mampu mengatasinya. 

That’s how punca stress seorang Mardiana, “benda boleh simple yang tak dapat nak dielakkan untuk tetap menjadikan ia complicated.. sorry to myself.. but it’s ok dear.. that’s your 'uniqueness'. Sebab awak ada style sendiri pula untuk handle.. ok! Keep calm, and kembali pada Allah.. don’t force yourself to worry of not thinking the way other people think.. ilham itu datang dari Allah, kepada Allah jua saya mesti rujuk dan serahkan segala tindakan yang dipilih untuk lakukan”

I said to kak Bib, I am too happy and relieved sebab saya dapat collect another new achievement before I leave. Kak Bib fahaaam sahaja. Hihi. Petang tu saya dapat perkhabaran gembira lagi satu, tentang my ordering for ‘laminating film’ (plastic untuk laminate) yang kerap digunakan untuk kegunaan store (seperti membalut poster dan harga kawalan) tu insyaAllah expected akan sampai by 31/12/2021, means my last day. I know how important it is while nobody bother until they are asked to display those posters/price. Yelah.. dah namanya kita yang admin, kena sediakan semua tu.. haha. Diorang tahu department diorang saja! Hehe. Sabar, Mardiana.. sabar… I’m getting too excited to receive it! Allahuakbar.

Achievement apa lagi saya nak kumpul before ‘meninggalkan’?
Apa-apapun, segala puji hanya untuk Allah. Semua ni takkan terjadi tanpa izin-Nya. Syukur pada-Mu, ya Allah. Moga Allah ampuni dosa-dosa saya, sebab selalu rasa nikmat yang Allah bagi ni lebih daripada yang layak diterima. Allahu :’)

Coretan,
SMardianaMS.
19 Jamadilawwal 1443H,
24.12.2021
“My passion selalunya nak mudahkan urusan orang lain ‘in future’ [walau dengan menyusahkan diri sendiri 'sedikit'] even benda yang orang takkan recognized pun, insyaAllah, moga Allah izin”

Saturday, September 4, 2021

Tarbiah Kutip Sampah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

04/09/2021, 9.23am-9.55am.

-Catatan ringkas dan pantas shj ni-

Kutip sampah di tengah jalan.
Cuma teringat dulu masa sekolah especially lepas dah masuk maktab, memang praktikkan 'benda' ni (amalan kutip sampah). Sebab sayangkan sekolah la katakan.. huhu.. dan terdidik dengan ceramah atau nasihat yg didengari, anjurkan kita berbuat demikian kan. 

Then, nak kata amalan tu pudar, boleh dikatakan begitu juga lah dengan lahirnya pelbagai alasan/faktor. Sebelum Covid-19 muncul, biasanya alasan adalah:

1. Bergantung kepada jenis sampah - basah, kering, kecik, besar
2. Ke mana akan di buang?
3. Ambil masa tak untuk dibuang? (jumpa tong sampah) - ambil masa tu means, tong sampah tiada di situ. Means, jarak dan travel time untuk jumpa tong sampah utk dibuang. Sementara nak jumpa tong sampah tu, nak kena pegang je ke atau simpan dalam beg?
4. Kalau sampah tu basah atau kotor, kena pastikan ada tandas/pili air utk cuci tangan
5. Covid-19. Barangkali sampah tu ada Covid๐Ÿ˜… 

Bila nampak sampah kat tengah jalan memang akan triggered lah. Sebab rasa, kalau tak kutip, rugi pahala, atau hilang peluang untuk jadi qudwah (da'wah bil hal - dakwah melalui akhlak). Cehh, padahal kat rumah selalu je berselerak๐Ÿ˜‚

Cuma itulah yg dikatakan tarbiah.
Tarbiah yg tidak langsung. Sebenarnya tarbiah kutip sampah ni yang lebih penting itu dekat hati: ikhlas tak? rasa riak/ujub/sum'ah tak?

Jawapannya: tegaskan diri to say "no"
Yang dikatakan tarbiah itu tak perlu tunggu ikhlas baru nak buat. Tarbiah perlukan mujahadah (bersungguh-sungguh) danbia termasuk memaksa diri melakukan kebaikan. Keterpaksaan itu bermakna kita paksa nafsu kita buat baik. Dan jangan asyik nak mengelak saja buat baik. Kalau wujud rasa penyakit hati 3 berangkai seperti di atas tu, atasi dengan istighfar dan tajdid niat. MasyaAllah... *ini adalah nasihat buat diri*

Jadi,

Apa yg saya pelajari pada hari ini atau sejak semalam, saya didik diri saya perlahan-lahan utk amalkan semula amalan kutip sampah especially kat tempat kerja (kalau dulu di sekolah). Kenapa mention tempat kerja? Sebab most of my 24/7 are there lively/i move around. Cuma, mungkin pada situasi tertentu alasan-aalasan yg tersenarai di atas boleh jadi rational. Sebab, ia juga melibatkan personal hygiene, health and safety... Kan.... Kumannnn tu๐Ÿ˜‚

Dari segi tandas (utk cuci tangan) tu, ada kelonggaran sebab dah ada sanitizer (hanya utk sampah kering & ringan sahajalah). Kalau besar sikit, sebab kalau dah melibatkan segenggam tangan, memanglah kena pastikan ada toilet atau sinki atau pili. Sampah kalau berabuk, ditambah dengan sanitize banyak kali, tangan pun boleh jadi tepu! ๐Ÿ˜‚

Haha.

Oh.. just nak selit situasi, berbalik kpd apa yg saya belajar harini. Semalam, saya kutip sampah guna tangan dan hati. Sebab dah lama tak buat kan, langkah pertama selalunya tersangatlah BERAT. Tapi, masyaAllah. "Tarbiah" kan.. harini bila nampak sampah, bila fikir "takkan tak kutip? Semalam boleh je kutip?" Then say no more to alasan. Dan moga istiqamah ya! InsyaAllah.

For me, this kind of statement applied to all kind of 'amal. Suka untuk saya highlightkan.

"takkan tak kutip? Semalam boleh je kutip?" 

Tarbiah kadang tak datang daripada nasihat atau teguran, tapi cara kita sendiri bimbing diri kita iaitu berdasarkan juga kepada apa yg kita pernah diajar suatu masa dulu. Sungguh ilmu itu masyaAllah, syukur Allah itu tidak lokek ilmu. Di mana sahaja ilmu kita boleh dapat.

Contoh lain:
"Takkan tak solat dhuha dah? Semalam kan buat?"
"Takkan tak baca al-Mulk harini? Dulu kan aku pernah amalkan?"
"Kenapa nak tengking? Dulu boleh je aku cakap lemah lembut?"

Tarbiah jenis ni, tak perlu tengok orang lain punss.. Macam orang selalu tak kasi kita cakap, "kalau orang tu mampu buat, kenapa aku tak boleh buat?"

Ala... Dia macam ni. Kita selalu rasa kita pada zaman dulu (masa lebih muda) ada suatu masa yg kita lebih baik daripada harini kan.. ha, macam tu laa.

Ok, sekian. Wassalamu.

SMardianaMS,
26 Muharram 1443H.

Wednesday, August 25, 2021

Mujahadah Talaqqi Kitab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

25/08/2021, 11.19pm-11.59pm.

MasyaAllah. Malam ni merupakan pengajian kitab tauhid siri ke-3, buat pertama kali saya berjaya tumpukan perhatian daripada awal sampai akhir (tanpa tertidur/terlelap). Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Saya harap Allah kekalkan momentum seperti malam ini.

Saya catatkan di sini untuk beri motivasi kepada diri saya untuk masa mendatang. Menuntu ilmu itu perlukan usaha yg sungguh-sungguh. Tentang keikhlasan, perlu dididik sepanjang perjalanan.

Semasa siri 1 (11/08/2021), Allahuakbar, moga Allah ampuni saya... boleh dikatakan tak mampu mengutip apa-apa catatan disebabkan saya tertidur seawal pengajian baru bermula. Pengajaran yg saya dapati daripada hari itu adalah:
1. Adalah syarat sebelum memulakan mempelajari sesuatu kitab itu dengan mengenali penulisnya (secara terperinci - ie. perjalanan beliau menuntu ilmu dari satu level ke satu level yg lebih tinggi) terlebih dahulu. Pada malam itu, disebabkan saya "tidak bersedia" mendengar latar belakang penulis, saya telah dihanyutkan mimpi yg deras. Kerana pada malam itu, pada sangkaan saya, ustaz akan terus memulakan pelajaran pertama (tajuk pertama dlm kitab), menurutkan nasihat ustaz yg memesan untuk membaca kitab sebelum pengajian pertama bermula. MasyaAllah, sungguh pengalaman/pengajaran baru untuk saya.
2. "Qabiltu" adalah ucapan penerimaan apabila ustaz mengijazahkan sesuatu doa/zikir amalan, bermaksud "saya terima" mengikut konteks ucapan.
3. Kata adik saya, siri pertama memang akan "drag" masa dengan mukadimah yg disampaikan oleh ustaz. Saya ambil pandangan adik saya ini sebagai peringatan supaya akan datang lebih bersedia, insyaAllah.

Semasa siri 2 (18/08/2021), hari yang sangat mendebarkan buat saya. Saya sangat berdebar kerana merisaukan perkara yg berlaku minggu sebelum itu (siri 1: tertidur sepanjang pengajian) berulang kembali. Takut melanggar adab. Cabarannya, saya ada sedikit sakit kepala pada hari itu tetapi saya cuba gagahkan jua. Pengajarannya:
1. Tanpa mengetahui hujung siri-1, yg menjadi sambungan awwalan pada siri-2, ustaz menerangkan tentang kalimah "ali" (keluarga) dalam selawat yakni "Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad".. Subhanallah rupa-rupanya sangat meluas dan mencakupi beberapa makna antaranya merujuk kepada...
...1) nasab Rasulullah s.a.w.; 
...2) semua orang yg bertaqwa;
...3) para sahabat nabi s.a.w.;
...dan beberapa kategori makna lain.
2. Ustaz mengijazahkan satu amalan iaitu ayat 58 Surah Yasin utk dibaca sebanyak 28 kali setiap hari, seawal masuknya waktu Subuh.

Semasa siri-3 (25/08/2021), merujuk kepada awwalan post ini. Saya sangat bersyukur dengan tumpuan yg Allah izinkan. Walaupun pada awal pengajian saya agak sukar menangkap penerangan ustaz, tetapi, apabila ustaz mula mengembangkan isi, masyaAllah, saya berasa sangat bersemangat dan teruja. Sesuatu yang membuka mata hati dan fikiran saya. Moga Allah kurniakan hidayah berterusan, aamiin. Saya berasa rugi, kerana di dalam saya terlelap pada pertengahan siri 2, saya telah ketinggalan 2 point pertama dalam tajuk pertama kitab.

Secara ringkasnya, saya telah melalui 3 fasa cabaran menuntut ilmu:
1. Mengantuk & tidur sepanjang pengajian.
2. Sakit kepala ringan, tertidur pada pertengahan pengajian, tetapi sempat tersedar saat terdengar ustaz jngin mengijazahkan amalan.
3. Sedikit lewat (1-2 minit). Tetapi, alhamdulillah dapat menumpukan perhatian dari awal hingga akhir pengajian.

SMardianaMS,
17 Muharram 1443H.

Monday, August 23, 2021

Tawar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

06/08/2021, 7.46am-8.26am.

Pagi ni saya keluarkan sebahagian ayam dari peti sejuk. "Masak apa saya harini?"
Kurma, atau kari.. kari lah.
"Asalkan masak,"
Ayam yg dah tak beku lagi tu saya bilas, masukkan air sama paras, dan tenggek di atas dapur. Api dinyalakan lebih daripada medium. Supaya laju sikit mendidih dan masak. Bawang merah, bawang putih, dan halia sikit, saya tumbuk dan masukkan dalam periuk. Rempah kari disebatikan dgn sedikit air, kemudian dituang juga. Daun kari housemate, saya ambil sikit, saya potong-potong supaya lebih halus dgn niat supaya kari tu lebih "berasa". Sebelum itu, saya ada juga letak serai. Mira (Rabithah) rasanya pernah sebut kari tak perlu letak serai. Saya tetap letak sebab nak selamatkan serai tu daripada terus kering. Sambil tunggu ayam lebih masak, kentang dan carrot saya potong utk dimasukkan kemudian. Ayam nampaknya masih belum betul-betul empuk. Rasa dahululah kuah tu. Tadinya pun ada letak garam dan sedikit gula, konon dikatakan akan menyeimbangkan rasa. Kuah diambil sedikit menggunakan sudu. Digoyang sedikit supaya tak terlalu panas, lalu dimasukkan dalam mulut.
"Mm.. makan sahajalah, Mardiana," saya berkata pada diri sendiri.

"Tak payah fikir apa yg sedang rasai ni menyedihkan sangat la, sedangkan orang lain lagi kesian,"
- Teguran yang sering menepis lamunan. Pasti akan diikuti membayangkan orang-orang yg macam dekat Ethiopia. Negara yg bancuh tanah jadi macam biskut utk makanan harian. Allah.. Bagaimana pula seorang ibu di sana yg mengandungkan anaknya tanpa makanan yg berzat, bagaimana pula nak itu membesar dengan diet seharian begitu. Tapi, mereka terus hidup. Saya jauh beza dgn mereka. Jauh.. Mengapa saya perlu melayan rasa "tawar" ini?

Bisikan begitu membantu utk move on, tetapi, hakikat tetap kekal. Rasa "tawar" itu setiap hari mendatangi, terutamanya bila makan.

Degil

Selalu saja saya "ter"-mention dekat orang-orang yg rapat dgn saya bahawa saya beralasan kurang makan, kerana kurang selera disebabkan kerinduan pada keluarga. Saya tahu saya tak patut. Apa tujuan saya, kan? Nak minta kesian? Itu bukan point...

(Tertangguh di sini)

SMardianaMS.

Saturday, August 14, 2021

Nekad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

14/08/2021, 8.14am-8.27am.

Beg belakang ditarik dari bawah katil,
Bungkus baju-baju yg sempat dibungkus.
Entah pukul berapa jadual KTM pagi ni.
Saya nak balik kampung.
Saya nekad.
Komuter sampai,
Saya duduk dekat kerusi panjang yg boleh berhadapan dgn kerusi panjang yg lain.
Tingkap tren yg besar, dengan memilih koc yg cerminnya tidak retak.
Saya duduk diam. Tren bergerak.
Pemandangan luar, daripada nampak bangunan-bangunan, kepada pokok-pokok dan semak-samun.
Stesen ke stesen melepasi.
Saya mula memikirkan takdir ini.
Ya. Saya berhenti kerja.
Sebab, kalau tak berhenti, entah macamana saya nak balik semula ke KL dan menghadap rutin yg mengeluhkan fikiran. Saya tahu, if saya berhenti serta merta macam ni, i will be titled as "absconded". I will never be accepted by the company dah.
Tak sabar nak sampai rumah jumpa mak abah.. ya Allah...

---
(Stop it)
Nope. I just cannot do that.
Life is not easy as like that.
Saya tak boleh bertindak terburu-buru macam tu. 
Kuatkan langkahmu.
Bertahan.

Saat dirimu rasa terhimpit,
Ingat, kamu buat kerana Allah.
Bukan kerana lainnya.
Bertahan.
Sedang orang yg telah mati, merayu-rayu utk kembali ke dunia untuk mencukupkan bekalan.
Kamu belum bersedia lagi.

Catatan,
MimRa.
05 Muharram 1443H.

Wednesday, August 4, 2021

Berasa Cukup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

04/08/2021, 10.19am-10.43am.

Gaji masuk haritu, saya sedar ada kekurangan. Mungkin sebab ada kesilapan pada attendance yg dihantar. Saya boleh isukan "salary problem" maka insyaAllah payback akan masuk dalam gaji bulan seterusnya pula.

Duit kalau berkurang sikit mesti terasa. Dan, akan bertanya, bilalah ia akan meningkat luar biasa.
Pujukkan diri, "sabar... dgn apa yg saya dapat harini, saya perlu berasa cukup dgn rezeki yg Allah bagi,"
Berasa cukup dgn rezeki yg Allah beri. Bukan bermakna, tak perlu usahakan jadi banyak, tapi, biar kena pada situasi atau prosesnya. Bila dikecilkan kpd skop gaji semasa, memang selalu rasa, ya Allah gaji aku ini sikit.. tapi, hakikatnya, banyak lagi nikmat lain yg Allah izin jadi milik kita (pinjaman Allah di dunia), sedang org lain tak merasainya.

Setiap kali hati mula mengeluh, alhamdulillah syukur sangat ada satu bisikan nurani yg Allah izin untuk sentiasa didik hati untuk sabar dan bersyukur.

Pujuk...pujuk.. dan pujuk. 
"Sabar...apa yg aku ada sekarang ni Allah bagi cukup-cukup. Tidak akan ada kurangnya. Yang kurang itu sebab kau tak bersyukur..kau belum cukup bersyukur.. Bersyukurlah, wahai diri sang hamba. Muhasabahlah... Allah uji dan ingatkan, ke mana duit-duit tatkala "ada" itu dibelanjakan."

Dalam pada masa yg sama, sentiasa ingatkan diri, duit yg ada di tangan, rezeki kesihatan, makanan dan apa-apa saja, barangkali ada hak orang lain. Jadi, laksanakanlah "hal" yg sepatutnya.

Mohon Allah ampunkan dosa kita, saat bisikan nurani itu tak mampu memujuk hati seawalnya, disebabkan kesulitan yg dihadapi dan terasa sempit. Sudah sifatnya manusia itu berkeluh kesah. Tetapi pada hakikat sifat itu, Allah dah sediakan panduan supaya tetap kembali pada-Nya, walau apa jua yg dihadapi, susah dan senang. Dengan itu, Allah menilai mana hamba-Nya yg mengusahakan taqwa.

Ingatlah, wahai diri.
Pastikan dirimu sentiasa mendekat pada Tuhan. Dengan itu, insyaAllah Allah Maha Pengasih, takkan mudah melepaskan kita menjauh dari-Nya, dan terus melimpahkan kurniaan-Nya yg tak disangka-sangka.

Catatan,
SMardianaMS.
25 Zulhijjah 1442H.

Saturday, July 31, 2021

Lembut Hati

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

31/07/2021, 3.00pm-3.26pm.

Bila susah dicari, bila tak diperlukan, ditolak ke tepi.
Itu lumrah manusia kan.

Berbudi bahasa.
Kalau di tempat kerja, semua orang kebiasaannya mengakui mereka sibuk..

Tidak mahu saya panjangkan cerita, cuma ingin berkongsi prinsip saya.
Saya selalu berangan-angan utk menjadi "orang yg terbaik" mengikut hadis Nabi s.a.w. yg mengatakan bahawa, "orang yg terbaik adalah orang yg bermanfaat utk manusia lain"

Diambil kesempatan? Pada sesetengah orang melihat pada pandangan sedemikian. Alhamdulillah, setakat ni setiap perkara yg saya lakukan adalah dalam keadaan "sedar" (sedar yg mungkin orang menggunakan kebaikan kita utk kepentingan diri mereka) cuma di dalam hati itu ada reda atau tidak atau mungkin mengambil masa setelah dipujuk-pujuk oleh iman. Berbaik sangka, jika sukar berbaik sangka pada dia, berbaik sangkalah pada aturan Allah yang sedang menguji kepekaan kita untuk menyambut tawaran pahala dari-Nya, terutamanya pahala "sabar".

Pernah dengar, bila seseorang perlukan bantuan walhal dia telah jadi punca kepada masalah, tetapi dia kata, "takpe, cakap je dengan dia.. aku tau hati dia lembut tu,"

Dan sebaliknya, bila orang yg diminta bantuan itu sekadar melaksanakan tugasnya, tapi memberi kesan buruk padanya, dia akan "mengata" kerja orang itu.

Lumrah kan?
Pernah dengar, "betulkan yang biasa, biasakan yang betul"?

Ada perkara yg lumrah, tapi sebenarnya barah yang menanah.

Orang yg mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain, takkan merugikan orang yg diambil kesempatan. Mungkin, akan rasa dia menang. Tetapi, orang yg memberi manfaat itu lebih "berjaya" di sisi-Nya jika dia betul-betul IKHLAS.

Bila sampai masa kita memerlukan bantuan mereka, mereka menolak, "aku sibuk!" Dan kita dikemudiankan, lalu bila sampai masa kita cuba lagi, dan masih dijawab "aku sibuk!" 

Bila meminta pada kita, sesopan bicara. Bila tak diperlukan, diherdik pula.

MasyaAllah, bersyukurnya saya, bahawa Allah masih menyedarkan saya bahawa ujian kesabaran ini adalah sebahagian didikan dari-Nya untuk achieve jadi orang bertaqwa. Moga layak jadi hamba yg dicintai-Nya dan mendapat kasih-Nya sentiasa.

Ni semua warna warni ragam manusia di dunia. Faham. 

Tunjukkan kami (jalan mendekat pada-Mu) sentiasa ya Allah.

Catatan,
SMardianaMS.
21 Zulhijjah 1442H.

Thursday, July 29, 2021

Pemergian

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

29/07/2021, 8.20am-8.37am.

Kak Eja, atau nama penuhnya, Saharizal Binti Abdul Rahman, telah pergi meninggalkan dunia ini semalam, 28/07/2021.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
"Usahlah berpanjangan meratapi pemergian ini," pujuk diri.
Wahai teman,
Sekarang, kita lebih dekat, bukan?

Jika mahu dicoret, banyak kebaikan kak Eja, selalu beri dorongan pada saya sewaktu bekerja sebagai pelatih SLIM (Protege) di PKNSB, Jalan Chan Sow Lin dulu. Selesa untuk saya membawa diri sebagai budak kampung dengan Kak Eja, serta kakak-kakak bahagian Production yg lain.
Sedih, tak sangka. Kita tidak sempat bertemu lagi di dunia ini.
Allah.. Ya Allah, rahmatilah roh-Nya di sana.

Pemergian kak Eja memberi peringatan kepada saya. Akan perasaan dan persediaan. 

"Esok atau lusa, kita tak tahu mungkin giliran kita pula," monolog hati.
Kematian itu datang tanpa memberitahu dengan lebih awal. Dan, di mana-mana, dan bila-bila sahaja.

Kalau diikutkan, pelbagai hajat kita mahukan daripada Tuhan, tentang ketetapan pada masa kita mati nanti.
Izinkanlah ya Allah.
Sempat berkumpul bersama keluarga tercinta, lengkap semua ada.
Matikanlah kami dengan kematian yg baik.
Jadikanlah kematianku diredhai oleh diriku (dengan terdahulu diredhai-Mu), dan diredhai orang di sekelilingku.
Aamiin.

Jika kita punyai keluarga, sahabat yang kita sangat sayangi dan cintai, telah pergi meninggalkan alam fana ini, hadiahkanlah mereka. Jadikan pemergian ini kesempatan untuk kita lebih mudah memberi hadiah kepada mereka. Sedekahkanlah bacaan ayat suci Al-Quran kepada mereka, niatkanlah sedekah ke atas mereka, doakanlah kebaikan buat mereka. Moga kita sentiasa miliki hubungan akrab dengan mereka di sini dan di sana. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun.

Catatan,
SMardianaMS.
19 Zulhijjah 1442H.

Tuesday, July 27, 2021

Suratan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

27/06/2021, 8.06am-8.20am.

Semalam/malam tadi saya teringatkan tentang "kesihatan menurut Islam" yg saya pernah catatkan di Catatan MimRa (fb). MasyaAllah. Lama dah saya tak publish apa-apa dekat page tu. Last penulisan, mungkin bulan Februari atau Mac yang lepas, melainkan petikan yg saya share dpd IG saya pada bulan Ramadhan (Mei) haritu.

Scroll punya scroll, MasyaAllah. Terasa, where am i now? Catatan-catatan dalam tu penuh dengan nilai dan buah fikiran. Sesuatu yg punyai makna dan tujuan. Nostalgia. Dan, tertanya pada diri, "how did i stop for a long time?"

Catatan dalam tu basically peringatan buat saya sendiri. Itulah manfaatnya pada diri saya. Saya tak boleh nak expect ramai orang peroleh manfaat dari situ, tapi sedikit sebanyak memberi peringatan pada diri. Niat saham selepas mati, saya serahkan pada Allah.

Terus terlintas lirik lagu "Dalil Cinta". Sebab lagu tu pun seolah-olah membacakan surat untuk diri yang ditulis pada masa lalu.

"Ke hadapan diriku,
Di hari kemudian?
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana..

Apakah kau berduka?
Hadapi hari itu.
Masihkah ingat dahulu,
Duka sama pernah dirasa?"

Subhanallah. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah, sebab kembalikan saya lagi.

Pagi ini pula,
Terlintas kat fikiran.
Satu lirik juga,
"Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah, kekal abadi,
Itulah cinta yg hakiki."

Ya Allah,
Tetapkan aku/kami dalam agama-Mu.
Dalam keredaan-Mu.

Catatan,
SMardianaMS.
17 Zulhijjah 1442H.

Malam tadi saya organised buku catatan saya. Moga beri motivasi kepada saya untuk terus menuntut ilmu Allah secara istiqamah, walau dengan apa jalan sekalipun, insyaAllah, moga Allah izin. Sebelum nafas terakhir❤️

Thursday, July 1, 2021

Kena Marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

01/07/2021, 1.12pm, 2.22pm, 5.33pm-5.49pm.

Siapa suka kan? kena marah.
Tapi, tula. Banyak points (kesalahan) pula saya dapat harini, especially ada satu yang melibatkan jika diisukan (sebab pending) boleh sampai ke BOD kerana melibatkan RM.
1. Own use, store
2. Contribution, RM
3. Log ticket

Ada tu, kecewa dimarahi sebab perihal kerja yang saya support (bukan task HR/Admin). Tapi, tidak kurang juga yang memang skop sendiri. Hehe.

Ada juga dalam masa baru-baru kena marah tadi, biasalah, mesti rasa down, sampai rasa: 
- banyak sangat kerja kan... see... i'm not compatible dah; utk handle all the multitasking 
- i'll search for other job... 
- saya bukan berdendam, tapi tercabar.. (almost ke dendam - tapi bukan dendam pada orang tapi dendam pada punca burden/workloads)
Ni masa mood "ambil hati" (terasa) lah.
Gituhhh..

Alhamdulillah bila dah petang ni dah berkurang (rasa kecewa tu) sebab masa meeting dengan HOD yang lain after take lunch break tadi, sir susuli teguran dengan bagi tempoh (until 01 Disember 2021) dan guide sedikit sebanyak. Sir kata HOD meeting akan terus dibuat every week sampailah paperwork yang sir mentioned dalam meeting achieved.

---

Hmm.. biasanya hari yang buat saya upset ni saya lawan dengan makan samyang๐Ÿ”ฅ tengoklah nanti.. ๐Ÿ˜Œ

InsyaAllah malam ni ada daurah, 9.15malam-10.30malam, diajak oleh kak Fathihah (akk usrah/naqibah) sebagai pengganti usrah minggu ini. Hopefully, tidak terlampau mengantuk nanti.. aamiin!

Link Daurah:
https://www.youtube.com/watch?v=AsoN0t3PmL0
Tajuk: "Atheis - Golongan yang menolak Tuhan dan agama"

SMardianaMS,
20 Zulkaedah 1442H.

Tuesday, June 29, 2021

Attached

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

29/06/2021, 8.43pm-9.30pm.

"Attached dengan Al-Quran,"

Lama dah, tak dapat rasa manisnya, rasa dekatnya jiwa dengan Al-Quran. Tidak tahulah "sibuk" (leka) lah sangat dengan urusan lain sehingga kadang-kadang ada tempoh yang "tidak sempat" baca Al-Quran bukan sehari, tetapi beberapa hari yang berterusan, astaghfirullahalazim.

Jauh sekali pada hafazan, memastikan hafazan yang terhafaz, tidak pudar. Bila kali terakhir tasmik yang berjaya recall keseluruhan hafazan? 

"Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku kemampuan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku daripada memberatkan diriku dengan perkara-perkara yg tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yg Engkau suka. Ya Allah yg menciptakan langit dan bumi, yg memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yg tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu. Ya Allah, yg Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yg Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yg Engkau kehendaki. Ya Allah, yg menciptakan langit dan bumi, yg memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yg tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu ya Allah, yg Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (daripada belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhkan tiada sesiapa yg sebenarnya dapat memberikan pertolongan selain-Mu, dan mendatangkannya melainkan Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung." (Riwayat al-Tirmizi)
- Doa ini, jika sempat, saya mensyaratkan diri agar dilintaskan pada hati setiap kali membaca surah Al-Fatihah iaitu, sebelum membaca sambungan Al-Quran yang saya telah berhenti pada sebelumnya.

Tajuk post kali ini, adalah perkataan yg datang dekat fikiran sejak tengahari tadi.
Ketika, saya seorang diri perlu ke Ibu Pejabat Polis di daerah tempat kerja untuk satu urusan permohonan menjalankan aktiviti di tempat kerja (dlm tempoh PKP 3.0). Sambil menunggu, Allah ringankan tangan untuk membuka aplikasi Al-Quran dengan niat untuk tasmik antara hafazan yg telah pudar. Iaitu, Surah Al-Kahfi, ayat 1-10. Pada awwalannya, tersengguk juga saya, menunggu panggilan bertemu dengan Ketua Polis yg tak kunjung tiba, sambil duduk di ruang menunggu yg tiada orang lain kecuali saya, dan 2-3 staf yg sesekali lalu lalang di ruang itu. Mula-mula, ingat nak putus asa dah, sebab mengantuk.

Tetapi, Allah ringankan tangan buat kali kedua. Alhamdulillah, nampaknya ada sedikit tautan jiwa pada tasmik itu, walaupun masih belum lancar. Kemudian, ditutup dan termenung menunggu panggilan. ---

Ketika pulang dari kerja, masyaAllah, perasaan yg dah lama tidak hadir, iaitu rasa berkobar-kobar; perjalanan menuju ke stesen menunggu tren punyai niat untuk sambung tasmik. Ada "aim" untuk meneruskan tasmik supaya lebih lancar.

"Aim" itu alhamdulillah, saya berjaya tunaikan daripada perlu berdiri, kemudian dapat tempat duduk. Tsumma alhamdulillah, nikmat rasa "attached" yang dah lama saya tak rasa. Allahuakbar, masyaAllah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah❤️

Ketika dalam tren itu, semasa dapat tempat duduk, saya mula menangkap ayat mana yang saya tertukar/terskip, iaitu pada ayat 7 dan 8 (Surah al-Kahfi). Dalam hati, "oh, saya skipped!" masyaAllah seronok rasa, dapat menangkap kelemahan agar dapat diperbaiki.

Saya mengharapkan momentum perasaan seperti ini agar berterusan dan jangan tinggalkan saya. Sedih bila sedar jiwa tidak selekat masa-masa (dulu); yang rasa tidak boleh lepas dengan Al-Quran, walaupun kita sedar, kita mungkin bukanlah orang yang mahir dengannya seperti para ahli tafsir, hafizah, asatizah, dan qariah. Selagi saya Islam, Al-Quran punyai hak ke atas saya. Kelak, ia akan jadi teman dan beri syafaat kepada kita dari alam barzakh ke alam akhirat yang seterusnya, insyaAllah moga cukup bekalan itu.

Sesekali tu, ada juga terlintas di hati (berangan), andainya saya boleh request bakal teman hidup untuk hadiahkan saya satu surah yang boleh dihafaznya, sependek Surah Al-Mulk. Tetiber kan,, Nevermind.. ada ke orang suka disuruh-suruh untuk kepentingan diri kita sendiri?

Wallahu'alam. Semoga kita meraih kebaikan dan keberkatan pada setiap ibadah yang kita usahakan, insyaAllah ๐ŸŒธ

SMardianaMS,
18/19 Zulkaedah 1442H.

Saturday, June 26, 2021

Staf

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam diucapkan ke atas Rasulullah s.a.w. dan ke atas keluarga baginda s.a.w..

26/06/2021, 3.40am-4.24am.

Conversation saya dgn seorang staf semalam membuatkan saya banyak berfikir/kekhusyukan saya terganggu. Berpusing-pusing dekat fikiran. Allahuakbar!

Staf saya tu tak berpuas hati dengan layanan semua orang terhadapnya termasuk bos. Bagi dia, semua orang nak attack dan kenakan dia, barangkali sebenarnya termasuk saya walaupun bila saya tanya saya cari pasal dengan dia ke? Dia menidakkan. 

Saya tegaskan pada dia (lelaki), seseorang tu saya takkan tiba-tiba panggil pergi ofis tanpa sebab munasabah atau untuk meminta tolong. Beberapa kali saya telah panggil dia kerana isu/kesalahan pada kehadiran, appearance (mewarnakan rambut, pakai gelang solid, berseluar jeans). Petang semalam dia dipanggil untuk sign warning letter sebab 2 kali absent pada bulan Mei, then, "salah saya ke?" (saya bertanya)

Dia banyak kali sebut, "saya tak ada buat masalah, saya pun tak tahu kenapa orang mau kacau saya. Saya buat kerja macam anjing, masih orang tak suka pada saya," agak-agaknya kalau kalian lah, akan jawab apa?

Saya sedar, masa dia meluahkan tu bukan masa yang sesuai untuk saya argue kesalahan dia lagi. Kenyataan dia ada benar dan ada yang hanya "benar" pada mata dia. Lagi-lagi pada masa itu, ada candidate sedang menunggu saya untuk di-interview. For sure lah, candidate tu kalau tak dengar banyak, dah dengar sikit apa yang sedang diluahkan itu.

Saya agak pantang bila staf kata saya "unfair" sedang saya dah cuba buat yang terbaik. Staf tu kata semua salah dia kena, orang lain tak kena. Alhamdulillah kebetulan waktu tu datang staf lain yang pernah terima warning letter beberapa kali. Dia ingat dia seorang sahaja terima surat tu. Dia tak tahu berapa ramai staf yang saya perlu panggil seorang demi seorang demi nak jaga P&C. Tapi akhirnya diketahui juga oleh mulut-mulut yang tak reti dikunci.

MasyaAllah.. Allahuakbar. Isu staff memang susah untuk saya berehat daripadanya. Ada saja. Isu "unfair" yang paling menyakitkan hati. Selain isu-isu lain yang telah banyak masa saya terpaksa dihabiskan untuk semua tu. Dan at the end of the day, kerja saya kebanyakannya terbengkalai. "Kamu tak buat kerja," the "best" label that is expected to be stamped on me. 

"Ini kerja HR," ---

"Saya tak reti guna komputer,"
"Saya tak pandai tulis,"
"Saya baca saya takkan faham,"
- if i would be rude, i would saya "eh bodoh sangat ke?" "Eh kau yg bodohkan diri kau sendiri ke?"

Tak tahu, usahalah untuk tahu. Ni nak malas dan bebankan orang lain!

Bila minta patuh peraturan dan ikut prosedur, taknak ikut dan macam-macam alasan, seolah-olah peraturan tu sesuatu yg tak rational, tak logik. Bila ada masalah, ada "akal" pulak nak desak-desak saya untuk selesaikan!

Bila rasa kecewa macam ni, rasa marah mula tiba, ia bukan sesuatu yang saya redha dengannya. Saya ada prinsip untuk menghormati orang, dan jaga akhlak diri saya. Saya tak mahu disebabkan manusia, saya terpaksagadaikan akhlak dengan mengeluarkan kata-kata yang takkan sedap didengar oleh orang walaupun pada masyarakat, they deserve it!

Islam tak ajar saya macam tu. Cukuplah saya tak mampu dakwah to the higher level, saya mesti maintain akhlak yang baik.

Walaubagaimanapun, untuk maintain akhlak yang baik, bukan tiket untuk menjadikan saya "kerbau yang dicucuk hidungnya,"

I will do as long as i think, there are reward (di sisi Allah), it is a part of ibadah, a part of "kebajikan" eventhough people wouldn't respect or appreciate which that's not the main motive for me in doing my work. I know "sabar" is the key.

Semua ni saya takkan mampu hadapi tanpa kesabaran yang tinggi. Berapa banyak kali saya rasa nak "meletop", rasa tak mampu bertahan "I can't bear this,", rasa "i am enough of this," "i want to stop" "susahnya," "banyaknya" "bila nak siap ni" "jangan ganggu saya" 

Sometimes, saya sedar kadang saya "curi" masa berbalas mesej buka perihal kerja. Tapi, itulah masa dan peluang untuk saya kurangkan "tekanan" pada diri. To balance my mental health and responsibility/accountability at once. To have a companion is a blessful ni'mat. Mereka me"lega"kan dan membersihkan kekacauan fikiran ibarat air sejuk yang mengalir. Segala puji bagi Allah, izinkan rezeki "ada juga kawan" untuk saya. 

Moga Allah mudahkan urusan saya, dan urusan kalian. Moga beban yang ditanggung, kita mampu terus sabar menghadapinya dan supaya kelak kita layak mendapat syurga yang selayaknya di sisi Allah.

SMardianaMS,
15 Zulkaedah 1442H.

Wednesday, June 23, 2021

K.E.R.J.A

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Fuh.. fuh~
Berhabuk.

23/06/2021, 8.54am-9.33am.

Bukan kerja kat ofis je pending. Dengan blog sekali ikut pending. Allahuakbarr.. Huhu.

Pagi tadi, masa tunaikan solat, fikiran tentang kerja kat ofis lepas satu, satu menerpa fikiran.

Ya.. banyak kerja nak kena kejar.
"Ya Bari'.." hmm.. masa kesulitan, cepat je zikir datang. Bila free sikit senang lupa nak zikir. Why lah begitu...

Sampai ofis, duduk sat.
Tak lama lepastu, bos masuk.
"Good Morning," sapa Sir.
"Morning Sir," saya balas.
Bos pun meneruskan apa yang hendak diperkatakannya, serta luahan tentang isu berbangkit yang terkena pada dia. Selagi isu dia datang dari cawangan kami, walaupun staf yang buat hal, tetap bos yg kena dengar keberangan dan jawab kat pihak atasan.

Saya biasanya, memandangkan semalam offday bos, saya akan sebutkan beberapa masalah yg sedang dibuat/dihadapi oleh saya (dlm tanggungjawab saya), "Sir, saya ada 2 isu nak beritahu sir,"

Bos pun akan dengar, "apa dia?"
Selesai menyampaikan apa yg patut tu, kami pun bincang sikit tentang perkaran berkaitan kedai. Seperti barangan kelengkapan untuk staf, "manpower" dan lain-lain, untuk "next step". InsyaAllah, kalau sempat-sempatlah saya buat pada hari ini.

Saya appreciate bila bos menunjukkan concern bahawa kerja saya terlalu banyak. Dan banyak itu sebab saya sibuk membuat kerja-kerja lain yang kalau diikutkan bukan skop kerja saya. 

Masa awal-awal bos bertugas di cawangan saya ini, dia dah terkejut sebab kalau dibandingkan dengan cawangan lain, sepatutnya Admin dan HR tu adalah orang yang berlainan.

Concern, concern juga. Tapi, bila nak kena selesaikan, saya tetap kena selesaikan๐Ÿ˜‚
Itulah namanya antara kerja dan prihatin. Haha. Ada "dicotomy", gituh..

Bos highlightkan tentang kerja saya yg banyak kepada "akak" yg berkenaan dan perlukan staf yg sepatutnya buat kerja yg bukan skop saya tu. Kerana terpaling membimbangkan sekiranya BAT Audit datang ke cawangan kami untuk misi mengaudit mereka. MasyaAllah, memang tak readyyyyy!

Bos kata, dia risau bila bahagian saya hasilnya teruk dan pihak atasan akan menganggap saya tidak buat kerja padahal saya sibuk buat tugasan lain.

Apakan daya. InsyaAllah saya try lah apa yg mampu. Kadang, fikir macam, kena OT lah gini. Tapi, bilanya sesuai nak OT pun tiada. Allahu.. Mahu saja kerja yg boleh dibawa pulang ke rumah itu, saya bawa. Tapi, selalu, tidak menjadi bila dah bawa balik rumah. Sebab, kalau dah namanya rumah, home is home! Haha. Bukan tak boleh langsung, tapi masyaAllah liat sungguh nak buka hal kerja kat rumah.

Sekian coretan.

SMardianaMS,
12 Zulkaedah 1442H.
*Curi masa kerja sikit utk post kali ni.

Friday, June 11, 2021

Kuat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam dipanjatkan kepada Rasulullah s.a.w serta ke atas keluarga Baginda s.a.w..

10-11/06/2021, 11.46pm-12.35am.

Dalam kita merasa sempit dengan kehidupan,
Tanpa disedari, sebenarnya peluang yang luas terbentang di hadapan kita yang Allah hamparkan.
Pada setiap ujian/masalah/kesulitan itu ada hikmah.
Pada setiap masalah itu ada peluang untuk kita menambah nilai dalam diri. Pada setiap check point, ada bendera yang kita pasti cabut, untuk ke check point seterusnya.
Kita takkan mampu ke check point seterusnya, melainkan kita telah terdahulu mencabut bendera pada check point sebelumnya.

Jika sebelum ini, kita cuma ada 10 nilai, maka apabila sesuatu cabaran mendatangi diri dan kita mampu menghadapinya walau segetir mana ia menekan, insyaAllah akan beri sesuatu nilai tambah. Daripada 10 kepada +1 +1 +1 dan ++ lagi. Kita akhirnya tetap berjaya mengharunginya. Semestinya, dengan berbekalkan sabar, maka nilai itu akan lebih berkualiti, lebih mahal, dan kukuh masyaAllah. Peliharalah sabarmu ke darjat tertinggi di sisi-Nya.

Maka ia akan sangat berguna untuk perjalanan yang mendatang.
Hidup ini sebuah pengembaraan, kan.
Mungkin, engkau tak mampu mengembara seperti cara orang lain yang mampu, iaitu mengembara ke segenap pelusuk dunia. Tapi, kita lihatlah pada kemampuan dan kaca mata kehidupan kita yang lebih luas. Kita meletakkan diri kita seadanya

Kita kuat hari ini adalah hasil kekuatan kita sebelum ini, dengan izin Allah.
Kita kuat.
Ya, kita kuat❤️
Hug and trust yourself, dear.

Ingat prinsip hidup yang pernah engkau tanam,
"Dunia di tangan, akhirat di hati,"

Allah menantikan hamba-hamba-Nya, yang merasakan dan meyakini bahawa Dia sentiasa bersama-sama mereka yang bersusah-payah (mujahadah) untuk berada pada jalan taqwa.

❤️❤️❤️Giving love to ourselves 'cause we deserve it❤️❤️❤️
Look at how strong you are now, Subhanallah๐Ÿ˜Š

---
Setinggi-tinggi penghargaan kepada insan-insan yang menitipkan ucapan kekuatan/keyakinan kepada saya semasa saya dijangkiti Covid-19 tempoh hari. Siapa sangka, ucapan ringkas, boleh memberi makna yang berpanjangan. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
#kak Shafinaz, Sam's
#kak Farhana, Sam's
#Nabila, BAS
#Syafiqah, BFF

Alhamdulillah, haza min fadli Rabbi๐ŸŒธ
Inna haza larizquna ma lahu minnafad.

SMardianaMS,
29/30 Syawal 1442H.

Sunday, May 30, 2021

Laptop

30/05/2021, 8.36pm-9.05pm.

Jika diikutkan, saya mempunyai keinginan yang membuak-buak untuk menaip dan lebih kerap publish post.

Namun, saya selalu rasa sedih atau tak dapat capai matlamat/keinginan saya itu setiap kali memandang kepada capability semasa. Ya. Saya sedar, itu cuma alasan kepada penangguhan. Tetapi, saya tetap merasakan ia satu kekurangan.

Ya. Saya patut bersyukur. Bukannya saya tiada laptop langsung. Tetapi... Saya rasa saya perlukan yang lebih cekap dan efisien. Laptop saya yang sedia ada sekarang, 
1) patah
2) perlahan - kelajuan sama ada offline apatah lagi online
3) tidak pernah servis
4) bila online jadi lebih slow bila pop-up anti-virus - argghh, yang ni terpaling annoying

Saya ada minat yang sangat mendalam untuk mendalami software yang selaras dengan minat saya. I love to do editing, designing. Walaupun, ya saya tahu, saya tak ada ilmu. But I love to explore them! Dengan bantuan manual yang ada.

Saya pernah nekad, duit simpanan yang saya kumpul bulan-bulan, saya nak beli laptop. Cuma.. itu cerita dulu. Ketika tiada matlamat "lain" (yang lebih utama). Lepastu, bila dapat beli tu, saya nak install software yang boleh edit gambar, video dan semua microsoft yang ada. Lepastu, saya boleh explore satu per satu. MasyaAllah, seronoknya. Itulah angan-angan saya.

Hmm. Bila saya melihat ini sebagai suatu kekurangan kan, saya jadi tak bersemangat nak menaip, berkongsi. Asalkan terfikirkan content, tertangguh. Jika dilihat pada bahagian draft, berapa banyak yang tertulis separuh jalan. Dan berapa banyak pula yang dah posted dan diakhiri dengan "bersambung", tidak pula disambung hingga ke sudah. Bagi saya jika mengharapkan menaip menggunakan handphone ni, leceh.. cepat penat. Sebab jika dah terlalu panjang, saya sendiri bosan (disebabkan penat menaip dengan cara mrnyentuh skrin) atau perlu mengejar untuk melakukan perkara lain.

Huhu. Nak laptop...
Tapi, laptop mahal. Nak notebook (laptop saiz kecil, mungkin lebih murah) lah kalau macamtu... Tapi, nanti tak cukup ruang pula. Hmm. Tab? Cannot... Penat jari sentuh-sentuh jugaaa.

Ya Allah, jika hajatku ini baik untukku, kehidupanku, agamaku dan natijahku, Engkau permudahkanlah ia.

๐Ÿ˜ญ
Saya tahu... Kalau saya ada semua tu, dan saya boleh buat apa yang saya impikan tu, apa pulangan/manfaat yang saya akan dapat? Huhu. Jawapannya, mungkin dapat berikan keseronokan atau kurangkan stress saya sehari-hari. Huhu. Then, soalan lain, kalau betul saya akan luangkan masa untuk itu, maka cukupkah nanti masa untuk saya rehatkan badan saya, masa untuk beribadah? Huwaa.. Saya tak boleh nak jawab. Allah sahajalah tahu yang terbaik.

Jika keinginan saya ni memang tak baik untuk saya pada masa mendatang dari segi nak mendapatkan keredaan Allah, tidak mengapalah. Itu memang yang terbaik. Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi Rabbil'alamin. Better, don't.

Moga Allah reda akan seluruh kehidupan saya.. Aamiin.

SMardianaMS,
18/19 Syawal 1442H.

Thursday, May 27, 2021

Day 10 of Quarantine

27/05/2021, 9.16am-10.06am.

Alhamdulillah, sekarang saya rasa saya stabil berbanding awal pagi tadi dan malam tadi sebelum tidur. 

Allahuakbar, untuk ingat apa yang terjadi lewat malam tadi, menakutkan bagi saya. Perut saya masuk angin. Padahal saya baru je "makan". Memang dari lebih kurang pukul 6.30petang semalam kepala saya mula sakit. Saya makan panadol 2 biji. Bila malam tu, saya rasa saya masih dapat kawal diri dan rasa kesan panadol tu mengurangkan sakit kepala.

Dan, alhamdulillah, sebelum pukul 10, Allah beri hidayah kepada saya untuk mencuba menunaikan solat sunat Gerhana Bulan. Bila pertama kali melakukannya, rasa nervous dan excited, sebab rukun solat itu agak berbeza berbanding solat-solat sunat yang lain. Saya berniat, itu sebagai pengalaman dan proses pembelajaran buat diri saya.

Dalam pukul 10.40malam, saya baru persiapkan makan malam. Ya. Mungkin memamg betul kata kakcik, jadual makan saya tak betul. Saya berbuat demikian sebab saya rasa saya kurang lapar. Jadi, saya sediakan juga makan lewat malam tu untuk sekadar melapik perut saya.
Ya. Ni lah yang saya masukkan dalam perut saya malam tadi. Tapi tart tu saya tak larat habiskan kesemuanya. Separuh tart yang sebelah kanan tu saya simpan semula dalam peti. Mungkin, hidangan chese manis (desert) agak tak sesuai dengan perut saya pada waktu ini. Maafkan saya, bukan saya sengaja untuk lambat-lambat menghabiskannya. Pada masa itulah, saya sedar bagaimana rasanya tekak orang yang terpaksa memilih makanan. 

Bancuhan susu dan oat saya dapat habiskan. Sambil makan, saya membaca buku Arkitek Jalanan. Lambat betul saya nak habiskan baca. Selesai makan, saya tak sedar dengan berlalunya masa, bermakna, sepatutnya cukup 4 jam saya perlu makan panadol lagi sebab sakit kepala tu belum betul-betul hilang. 

Saya terus mengalihkan emosi saya untuk melukis. Siap melukis yang mengambil masa 1 jam, kepala saya makin berat, sakit. Masa tu saya dah tak keruan. Allah. Sakit. Saya makin rasa angin kipas dicampuri dengan keadaan udara sejuk (kesan hujan lebat petang itu) mula memberi kesan pada badan saya, perut saya.

Saya nak cepat-cepat tidur. Katil saya persiapkan. Kibas-kibas apa yang patut, lampu saya tutup. Saya baring. Allah.. saya tak selesa. Saya capai balm angin, saya sapu pada perut. Ya Allah, tolong redakan perut saya. Dalam masa yang sama, kepala makin sakit. Beberapa saat lepas tu, perut saya betul-betul rasa tak selesa. Membuatkan saya mula rasa mual. Saya terus menuju ke tandas. Tak sangka, pada masa itu saya mula muntah-muntah. Lepas satu, satu. Saya tak sanggup nak hadap. Saya jirus tandas. Kembali ke katil, nak cepat-cepat tidur supaya rasa itu hilang sebaik sahaja melelapkan mata. MasyaAllah. "Dia" (rasa loya) belum pergi. Mata saya terus menangkap baldi biru dalam bilik saya, yang kebiasaannya saya guna untuk ampai baju. Saya letak tepi katil. Tak sampai seminit baring, saya terus muntah dalam baldi tu. Lebih dua kali. Banyak๐Ÿ˜ข Saya jadi takut. Saya tengok kat handphone, kakcik online. Masa tu dah pukul 1.30am. Saya mengadu dekat kakcik.
Tentang tidur, for sure, saya memang tak lebih tidur. Dah lama saya tinggalkan habit tu. Tapi, saya tak dapat nafikan waktu makan yang salah๐Ÿ˜ข

Saya tak ada milo, saya tak boleh nak bancuh susu (sebab teringatkan tadinya saya memang dah minum susu). Masa tu, serius saya dah longlai dah. Kakcik nak suruh saya makan panadol juga, tapi kena lapik perut dulu. Masalah saya, saya dah mual nak makan apa pun walaupun "kurma + madu". Dengan panadol saya tak sempat makan, saya terlelap jua.

Sebaik azan subuh berkumandang, Allah kejut saya bangun dari katil. Mimpi famili lagi, alhamdulillah๐Ÿ™‚ Tapi... Sakit kepala ada lagi, samar-samar. Saya aim, lepas solat saya nak makan nasi dan lauk yang saya simpan dalam peti. Makan sikit pun tak apa lah, asalkan lepas tu saya boleh makan panadol lagi. (bersambung..)

---

SMardianaMS,
15 Syawal 1442 H.

Wednesday, May 26, 2021

The Same Breeze

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

26/05/2021

Hari ini saya bangun pukul 4.50pagi. Terasa berat kepala, sakit di belah bawah belakang telinga. Bangun-bangun, bila sakit kepala tu, saya kaitkan dengan bebanan fikiran semalam. Ya Allah, besar sangat ke masalah-masalah tu sampai buat saya sakit kepala?

Bangun dari katil. Nak minum air, tapi, tak boleh. Saya belum basuh tangan. Mengikut sunnah, kalau bangun tidur, tak boleh terus capai bekas minuman, melainkan sudah basuh tangan.

Saya bergerak ke tandas. "Allahumma inni a'uzubika minal khubsi wal khoba-is," Kaki kiri melangkah masuk. Eh. Patah balik keluar, cukup sekadar keluar tandas. Berdiri depan bilik air. Saya belum baca doa bangun tidur! "Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinnusyur," Astaghfirullahalazim, dalam hati. Kemudian kembali masuk tandas, disarungkan selipar, tutup pintu. Treng, treng, treng. Pengurusan diri tandas dan bilik air pun selesai, diakhiri dengan berwudhuk.

Solat apa saya nak buat pagi ini? Oh. Saya ada hutang. Solat qada' salah satu solat yang berjumlah 4 rakaat didirikan. Kekhusyukan tidak berapa mencukupi. Masih memikirkan, "apa saya patut buat hari? Apa saya patut buat harini? Mampu ke saya kejar apa yang saya sudah tertinggal?" Saya mula memikirkan saya mungkin ada satu "disorder". Ia mungkin belum ada definisinyang sesuai.

Tetapi, saya mula memikirkan, saya sudah terlalu memandang rendah dunia. Saya mungkin gagal menyeimbangkan titik berat tentang apa yang berlaku di dunia ini. Pada saya, "saya tak peduli, itu tidak penting, tak akan beri kesan pada saya pun," masyaAllah.

Masih tengah solat. Pada sujud terakhir, "Ya Allah, ampuni aku, kerana aku tidak khusyuk sepenuhnya. Dan aku tidak tahu pada rukun mana yang aku berjaya khusyuk tadi. Aku harap, ada pada solat ini yang Engkau terima khusyuknya walaupun sedikit. Saya akan cuba lagi dapatkan khusyuk pada solat selepas-selepas ini,"

Habis solat. Saya menyedari, "breeze" angin sejuk/udara/bayu yang mententeramkan ini sama macam zaman saya rajin bangun stay up pagi-pagi untuk belajar masa zaman diploma dulu. Semasa sem terakhir di Lendu, kolej kediaman saya paling dekat dengan masjid. Bilik saya menghadap tasik tapi, adala pokok-pokok yang menghalang, jadi, tidak boleh nampak tasik directly. Kalau Aqila, dia akan rajin baca Surah Al-Muzzammil pagi-pagi. Dia baca kuat. Mahu pula tingkap bilikdan langsir kami buka seluas-luasnya. Sedap. Angin sejuk masuk, mengubah kebahangan udara dalam bilik jadi sejuk. Takkan terfikir nak air-cond lah masa tu.

Ya. Bayu itu. Saya rindu. Bayu itu mengingatkan saya kepada ilmu. Betapa rajin saya dulu menelaah ilmu sama ada untuk akademik mahupun buku-buku yang saya beli pun untuk saya cakna dengan kontemporeri. Tetapi, masih lah. Takkan lari dengan kaitannya dengan agama.

Pelik juga. Masa bila saya berubah sehingga hari ini, amat jauh saya telah ketinggalan. Dulu, masa bergelar pelajar politik, eh tak pun, mungkin pelajar polisi. Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), lazim dengan subjek-subjek berkaitan politik sebab melibatkan polisi yang digubal oleh kerajaan. "Legislative, Executive and Judiciary" masyaAllah, rajin dan bijaknya saya dulu. Berbezanya dengan sekarang๐Ÿ˜…

Harini, saya harap bayu yang Allah bagi rasa ni, yang membuatkan saya teringat zaman belajar itu, ini adalah semangat yang Allah sedang kirimkan pada saya. Jangan "menyakitkan kepala" lama-lama dengan menyalahkan diri. Walaupun mungkin saya akan agak perlahan untuk mengejar apa yang saya telah ketinggalan, tapi, insyaAllah saya boleh melakukannya. Ini semangat dari Allah. Ini bisikan semangat yang Allah kirimkan. 

Tentang menyalahkan social media pun, tak guna lah saya asyik salahkan kalau saya sendiri gagal memprioritikan penggunaannya. 

Saya tak mampu nak teruskan solat lain. Sebab fikiran masih belum elok. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuka Al-Quran, membaca Yasin. Jam menunjukkan kurang 15 minit hendak masuk waktu Subuh. Saya takkan sempat baca semua "hajat Surah Yaasin" saya. Jadi, saya fokuskan kepada insan-insan dalam senarai sedekah saya. Moga Allah kurniakan keafiatan, kasih sayang-Nya, belas kasihan-Nya dan keampunan kepada mereka. 

Tidak sempat habis baca surah Yasin, azan berkumandang. Dan saat itulah saya capai telefon bimbit saya ini. Dan, membuka aplikasi Blogger untuk entri ini ๐Ÿ˜‰

Sekian.

Catatan,
SMardianaMS.
14 Syawal 1442H.
Ya, saya ambil keputusan tak bersahur dan tak teruskan puasa sebab nak jaga makan dan berat saya buat masa ni (sementara kuarantin dan teringat-ingat memen terkejut doktor yang menelefon saya semalam mengatakan saya "underweight") InsyaAllah.

Tuesday, May 25, 2021

Day 8 of Quarantine

25/05/2021, 7.30am-7.51am.

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah. Awal pagi ini Allah beri kesegaran dan semangat untuk saya. Semoga momentum berterusan sehingga mata ditutup pada malam ini.

Saya mulakan pagi hari ke-8 saya ini dengan bersahur! Alhamdulillah, insyaAllah dengan kesembuhan yang Allah beri kepada saya, saya akan berusaha untuk berpuasa qada' + puasa 6 bermula hari ini. InsyaAllah, biiznillah.

This was my first coffee after long break (due to quarantine - to avoid dehydration). Hari-hari sebelum ini risau nak ambil sebab risau dehydration, dan penat kepala (taknak clash dengan ubat yang memerlukan kita untuk tidur). Jadi, harini insyaAllah saya memberanikan diri untuk minum sebab saya nak elak ngantuk after Subuh. Bila berpuasa, kalau mengantuk tak boleh nak minum air, jadi kita gunakan bantuan kafein untuk kekal terjaga. At least 6 jam pertama. Selain se-mug kecil coffee, saya juga bersahur dengan sebiji kurma, sebiji epal hijau, semangkuk kecil bihun goreng semalam (yg dah siap simpan & reserved dalam peti sejuk utk sahur pagi ini) dan +-400ml air masak. Alhamdulillah, moga kesemuanya membantu saya untuk bertahan +-13 jam ini. Wayazidkum quwwatan ila quwwatikum wala tatawallau mujrimin. Aamiin.

Selepas selesai solat Subuh, saya sempat tengok kejap notifikasi di FB, masyaAllah Allah jodohkan untuk bertemu dengan Live Azdan yang sedang membacakan surah Yaasin! Saya ambil kesempatan untuk turut serta. Masa tu ustaz Anas tengah baca ayat ke 15, jadi saya ambil keputusan untuk mengejarnya, baca dari awal surah. Disebabkan ada makan masa untuk ambil gambar untuk posting ini, ayat ke 35 baru dapat baca bersama-sama dengan ustaz. 
Agak terkesan apabila ustaz ada berikan sedikit tazkirah, refleksi untuk ujian yang sedang berlaku pada harini especially, tragedi malam tadi iaitu perlanggaran antara 2 tren LRT Kelana Jaya Line yang melibatkan kesemua penumbang tercedera sama ada parah atau ringan, dan juga wabak Covid-19 yang masih belum berkesudahan. Ustaz juga mengingatkan penonton/pendengar kepada kematian dan persediaan kita untuk mendapatkan husnul khatimah. InsyaAllah, moga Allah izin❤️

Baiklah, jom kita teruskan pagi ini dengan perkara yang mengingatkan dan mendekatkan diri kita pada Allah.
Have a nice day!

----
25/05/2021, 8.36pm-8.59pm.

3 kali down + 2.
1. Isu vaksin (mengapa saya susah nak faham? And yes, i'm too outdated)
2. Keliru dengan status kuarantin dan discharge.
3. Bila keliru, nak dptkan kepastian daripada Dr.. tapi.. Dr lambat reply (skrg masih belum dpt reply.. sent 5.46pm & 7.28pm).. skrg cuma bluetick๐Ÿ˜ข
4. "Underwight"
5. #hrjourney: perubahan schedule staf, % staf yg kerja everyday alternate, status staf baru.

MasyaAllah. Ya saya sedar. Puncanya, saya yang "suka" sangat menyusahkan/memeningkan keadaan. 

Moga semangat saya tak patah.

---

25/05/2021, 9.30pm-9.40pm.

Saya tak sangka harini would turn a difficult day for me. Saya sedih dengan diri saya. Tapi, wahai diriku, maafkanku atas kelemahan, aku redha akan kesilapan, kelembapan, yang tertonjol pada hari ini. Kita takkan putus asa, kan? Ya, wahai diri, masa jatuh kita sama-sama jatuh, bila bangkit, kita sama-sama bangkit. Keep faith!

Yes, i have myself.
Allah always wait for my sincere return.

---

SMardianaMS,
13 Syawal 1442H.

Monday, May 24, 2021

Day 7 of Quarantine

24/05/2021, 3.46pm-4.15pm.

Alhamdulillah... Baru lepas late lunch. Hehe. I have successfully cooked my favorite bihun goreng putih! ❤️ Tapi, kurang best sikit lah, sebab tak dapat nak offer kat housemate since masih berstatus kuarantin.

Kena lah masak... Sebab dah rasa fobia nak membeli sebab semalam baru kena. Kejap je fobia ni. Hehe.

Hopefully, tengahari tadi merupakan kali terakhir saya perlu ke toilet (4 kali) kerana diarrhea. Diarrhea adalah salah satu gejala Covid-19.. tetapi, untuk kes saya harini, saya yakin disebabkan keracunan makanan sahaja (tengoklah menu apa saya makan semalam... Lepastu, bawak dari pagi sampai malam. Mendapatlah.). Alhamdulillah syukur sebab kedatangannya (diarrhea) tak begitu ekstrim, tidak menyebabkan saya kepenatan ๐Ÿ˜‚ Saya cuba cari air garam yang biasa klinik bagi tu, tapi tak jumpa (yang tak expired). Kalau saya beritahu mak, mesti mak akan tanya, "dah buat air beras?" so, jangan beritahu mak. Sebab, kalau mak tanya soalan tu, jawapannya, "belum" ๐Ÿ˜ Air lemon pun belum buat ni.. huhu.

#swab test 2nd batch. Harini hari group kedua staf saya kena buat swab test. Terdiri daripada pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Jadi, pagi tadi agak stress (sikit saja) sebab ada yang baru nak tanya pasal permit (pekerja asing). Haish, malam tadi masa orang lain menanya, tak reti nak menyelit tanya sekali. Dan... Tubtub, dapat arahan yang kedai kena buka harini, melibatkan staf yang dah melepasi swab test -ve atau yang tak termasuk dalam kumpulan yang terjangkiti. Alhamdulillah, mujur saya masih work from home + kuarantin, maka, respon mereka saya tak perlu hadap secara face-to-face. Pheww.

Staf-staf dah sudah 2nd batch swab test, saya ni pula bila?? Wallahu'alam.. tunggu sahajalah dengan tenang. Asalkan ia tak menjejaskan gaji saya.. (please).

Saja ambil gambar roti ni. Kenapa ya? Sebab dah berkulat. Harini baru 24/05/21. Biasanya walaupun dah expired boleh tahan lagi seminggu. Haha. Ni mungkin dah terdedah kepada sinaran matahari yang menbusi cermin tingkap bilik saya, jadi, ia tidak mampu bertahan lama. Maka, bermakna, saya telah membazirrr baki roti itu. Hmm. Tak dapat nak makan dengan Delfi.

Oh.. sebelum terlupa.
The love not disappear, it just go deeper. Hiks. (Third take ni, tahu). Jadi, inilah breakfast saya pagi tadi. Alhamdulillah. Lapar ya. Tapi inilah sedikit sebanyak menyelamatkan perut daripada masuk angin. Nak masak awal, maleh. 

Sedikit kelakar nya, alhamdulillah mujur saya sempat juga guna 2 scoops susu Fernleaf saya di dapur pagi tadi untuk bancuh Nestum seperti gambar di atas. Sebab, semasa saya nak masak bihun tu, tengok-tengok balang susu saya (yg ada lagi saki baki susu boleh buat bancuh 2-3-4 kali nestum/oat) dah selesai dikemas dan dibasuh oleh housemate, tak mengapalah dia tidak tahu... Tak ada rezeki saya di situ ๐Ÿ˜‚

---

24/05/2021, 6.57pm-7.00pm.

Hmm. Saya rasa saya dah bebas Covid-19. Boleh tak, kalau saya nak keluar bilik tanpa pakai mask? Hmmm. ๐Ÿ‘‰๐Ÿฝ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿฝ
Tahu... Jawapannya, kena bersabar. Belum boleh lagi.

---

24/05/2021, 8.49pm.

Ya Allah, segera tamatkanlah wabak ini.. 
Penat bila buka socmed, topik itu sahaja tak berkesudahan... 
Angka kes baru, SOP, isu langgar SOP, kematian, kesedihan, kepenatan, kepasrahan, vaksin, PKP, kontroversi berkaitan, dan.. macam-macam.
Lebih sedih melihat keluarga, sahabat handai sendiri yang sedang bertarung dengannya.
For sure, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul๐Ÿ˜ข
Ampuni kami ya Allah.. kami memang banyak dosa. Ampuni kami. Ampuni dosa kami.
Kurniakanlah hidayah kepada kami agar terus menyedari dosa dan tidak tangguh untuk bertaubat memohon ampun kepada-Mu. Engkau Maha Berkuasa.
Aku yakin perasaan sedih ini tidak lain mrlainkan Engkau mahu kami kembali kepada-Mu. Allahu GhafururRahim๐Ÿฅบ

SMardianaMS,
12 Syawal 1442H.

Saturday, May 22, 2021

Day 5 of Quarantine

22/05/2021, 10.01am-10.22am.

Alhamdulillah, baru selesai "menguruskan diri" pada pagi hari. Malam tadi, ubat batuk dan lozenge sore throat dah habis. Hari ni dah hari ke-5, still KKM belum "call" atau beritahu next step that i should do. Daijoubu.. Daijoubu.. I'm still fine. Cuma, ya, nobody yang saya ada share tentang what i felt every morning. 

Sehingga ke hari ini, memang kalau bangun tidur tu ada sedikit lesu, dan rasa berat di kepala. Kebiasaannya, bangun-bangun sahaja saya akan rush ke bilik air untuk take a bath from up to toe. The morning bath everyday not my favorite one, sebab.. a kind of "sakit". Walaupun dah tak sakit tekak, tak batuk, tetapi, setiap kali morning bath mesti akan terbatuk-batuk, dan saya akan cuba sedaya upaya mengeluarkan "sputum" yang saya mampu keluarkan. Mungkin sebab sudah tidur semalaman kan, benda tu dia dah terkumpul dalam badan, and that's why it turns that way. 

Lepas morning bath, i prepare myself for my breakfast/brunch (sebab bangun dah lambat, since tak perlu solat Subuh - ABC). Ia jadi rushing sebab saya perlu makan ubat! Lagi lambat saya makan ubat, lagi tulah rasa berat kepala tu menganggu diri ini. 

Hari-hari sebelum ini biasanya ubat yang dimakan termasuklah ubat batuk, tapi, harini disebabkan ubat batuk dah habis, jadi mungkin tengahari ini... entahlah, akan have a nap ke tak ya? (bukan boleh percaya sangat diri sendiri ni.. hehe)

Oh, sedikit tambahan tentang my current health improvement. Ya, alhamdulillah pada saat ini, saya dah tak sakit tekak dan dah boleh bau dan rasa. Cuma, ada satu sahaja yang saya tak boleh nak deny atau nak kata "I'm totally fine," iaitu pada mata saya. Saya tak pasti, ianya salah satu symptoms atau tidak, cuma saya pernahlah dapat info yang keadaan mata macam ni memang one of the symptoms la. "Eyes turn pink," atau saya selalu describe untuk diri saya, mata keluar urat merah. Nak kata mata merah, tak adalah betul-betul merah. Dan kalau sakit kepala (yang "sikit") tu datang mesti rasa ada connection dengan mata. Wallahu'alam. Cuma itula.. start malam tadi memang tak rasa selesa dengan mata dan kepala. Ya.. InsyaAllah saya try la tanya-tanya kan dekat orang yang berkenaan. Hopefully its not the sign that i'm... Hmm. Tak sanggup nak taip. 

---

22/05/2021, 8.26pm-9.21pm.
Alhamdulillah rasa "tidak sihat" seperti yang di-dramakan pagi tadi tak berlanjutan mungkin kesan menelan panadol 2 biji seperti hari-hari sebelum ini. Kata-kata semangat by uncle Mat supaya "kena cergas" membuatkan saya bangun daripada katil. Selain itu, ada task kerja yang perlu saya selesaikan harini (yes, make it only a day!). 

Task kerja itu membuatkan saya dapat merasai apakah itu "Work From Home" (WFH) wuuu, tahniah๐ŸŽ‰. Syukur alhamdulillah haritu bila dapat tahu, ke-kuarantin-an kami semua staf, gaji berjalan. Kalau tidak, mungkin separuh gaji saya bulan ini akan dipotong, can you imagine it? 

#Aunty Dieda. Sedih bila dapat mesej daripada uncle Mat bahawa (Aunty),
Semoga Aunty Dieda saya cepat sembuh. Allahu Rabbi..

#TerkiniPalestin Semalam saya terlupa untuk muatkan juga (di blog ini) bahawa bermula semalam saya telah joined channel Telegram #TerkiniPalestin yang telah dikongsikan oleh kak Fathihah (my akak naqibah). Saya ada kongsikan di IG dan FB juga.

#Menuju Sedia. Oh lagi satu (semua nak cerita). Semalam saya sempat mendaftarkan diri untuk webinar "Menuju Sedia" oleh Aiman Azlan. Tak sempat tengok live, cuma sempat tengok rakaman bagi Siri yang sebelum ini (April). Untuk slot semalam, mungkin saya akan tengok nanti, memandangkan ia tidak ada expiry date. Ya. Ianya siri persediaan kahwin. Antara catatan penting semalam adalah;
- "pilihlah pasangan anda untuk anak anda."
- "kewangan bukan ranking kepentingan yang pertama - mungkin no. 4; kerana ada yang lebih penting."
- Key Performance Indicator (KPI): kena capai 80%
- "punca retak hubungan bukan sebab bergaduh tetapi sebab tak reti bergaduh."

#Pistol check suhu. Oh harini sudah hari ke-5 kuarantin tapi pistol ni baru sampai. Alhamdulillah syukur, sepanjang 4 hari berstatus positif Covid-19, saya tidak diuji dengan demam seperti orang lain. Mungkin sebab saya tak mampu galas, jadi Allah tak beri saya ujian itu. Alhamdulillah. Thanks to abang Yameen sebab sponsor bukan sahaja untuk beli pistol ini, tapi, sponsor keseluruhan perbelanjaan (ie. Makanan dan keperluan lain) semasa saya kuarantin ni. Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakaan keafiatan buatnya sekeluarga❤️

#Menu hari ini.
Sarapan: 3 keping roti Gardenia Wholemeal yang disapu Delfi Choco Hazelnut Spread.
Late lunch: Nasi + Tomyam Daging, dibawakan oleh Food Panda (beli dengan Chicken Chop semalam, just simpan dalam peti sejuk dan panaskan + kobis) - sambil tengok 1 horror movie, first and last I think for this quarantine period.
Dinner: leftover lunch tadi (currently not taken yet).

#hand-printed. Pengalaman WFH. Kalau duduk di ofis, kita print and conteng saja dekat tepi. Harini, since tiada printer, kita salinlah semua absenteeism list ni. Harini dah 22/05 jadi memang tak boleh tunggu dah. Tempat kerja saya dijangka tutup sehingga 27/05. Manakala, 25/05 dah closing. Maka InsyaAllah, kerja saya bulan ni siap awal, yeay! Alhamdulillah, saya dapat kerjasama yang baik daripada semua staf bagi maklumat ketidakhadiran mereka bagi bulan ini. Alkisah tentang kertas bergaris ni, saya tak ada test pad di rumah, jadi saya tanya housemate, sama ada dia ada atau tidak. Katanya, tak ada, tapi kertas graf ada. So, I said, "boleh la.. kertas graf" and it turns... ada muka surat bergaris macam test pad di belakangnya, alhamdulillah! Mujur saya tak menolak. Hehe.

SMardianaMS,
10 Syawal 1442H.

Friday, May 21, 2021

Day 4 of Quarantine

21/05/2021, 11.30am
Alhamdulillah pagi ni dah mula boleh rasa sikit-sikit. Makanan pertama yg dpt nikmat "rasa" kembali adalah nasi goreng! (leftovers malam tadi). Alhamdulillah... Cuma, semakin banyak saya menelannya, perut saya rasa tak sedap. Tak tahu lah sebab nak adapt rasa ke apa. Rasa seperti ingin mengeluarkannya semula. "Please, perut. Bagi saya peluang nak betul-betul menikmatinya," Jadi, saya cuba dan cuba menahan lagi supaya saya tak membazir makanan yang telah saya nikmati tadi. InsyaAllah kita dah betul-betul sihat nanti, kita makan aiskrim ya perut☺️
*Nasi goreng yang telah dipanaskan, pembuka rasa setelah 5 hari Allah tarik kejap nikmat itu. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah❤️

---
Let's see. Gambar apa yang saya ambil hari ini, 21/05/2021.

1. Moment to remember, kuarantin di rumah/bilik untuk hari ke-4.
2. Buku-buku yang di-target untuk progress bagi hari-hari kuarantin yang berbaki ini, InsyaAllah.
3. Buah mangga yang dibekalkan oleh aunty Dieda & uncle Mat ❤️๐Ÿ˜‹ (dapat rasa & bau, masyaAllah nikmat!)
4. My second with-taste meal, alhamdulillah! By Food Panda, kedai D'Tasik Keramat/Jelatek, satisfied ๐Ÿ‘๐Ÿฝ
5. Buah Lemon yang dibeli melalui Shopee Mart! ๐ŸŽ‰ Sangat berterima kasih dekat rider yang sudi menghantar kepada alamat yang ditukar pada masa dia dah sampai tempat kerja saya, masyaAllah, Allah sahaja dapat membalas kebaikannya. Sebab, dalam keadaan kuarantin macam ni, tak tahu nak handle perkara yang melibatkan keterbatasan pergerakan begini. Alhamdulillah, Allah mudahkan ❤️

---

SMardianaMS,
09/10 Syawal 1442H, 11.00pm.

Sunday, May 16, 2021

Nak Jadi Bijak Semula

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Masa terus berlalu.
Meninggalkan saya,
Iaitu, seandainya saya memilih untuk jadi orang yang ketinggalan.
Terlalu banyak perkara yang saya sudah tertinggal.
Dan, banyak perkara dalam diri yang perlu diperbetulkan.

Ilmu yang perlu dikecapi.
Bertunas setara dengan isu semasa & perkembangan teknologi.

Penat sebenarnya menjadi "katak di bawah tempurung".
Penat dengan peperangan minda, yang seolah-olah terus tenggelam dalam kebodohan dan kelembapan.

Allah... Bantulah aku.

05 Syawal 1442H,
16 Mei 2021.

Happy Teacher's Day 2021


A little sad story.

I think my passion in doing my own study and reasearch on certain matters either I'm interested in it or how significant the matter is, started to fade away.

I wonder why?
It makes my brain starts to "blunt" (tumpul).

I still have the "curiosity"
But, why it doesn't motivate me enough to do the quick research?
Why so dull?

Am I alright?
I want the character of "best student" back. Eventhough, it was said once long time ago..

04/05 Syawal 1442H,
16th May 2021.