+ istikharah
Tuesday, December 31, 2013
Gunakan Akal Untuk Buat Pertimbangan Dengan Bijak
+ istikharah
Ciber Cafe & Kanak-kanak
30 Disember 2013
dah lama x ke cc (ciber cafe) luar uitm. hrni, adalah hikmahnya ana perlu ke kedai luar utk print dlm 53 keping sijil [lpas ni xnak print kt luar lg dah].
Sunday, December 29, 2013
Kekurangan Pada Peningkatan Teknologi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
semoga para pengunjung blog sihat iman dan tubuh badan.
straight to the point.
kekurangan di sini adalah kekurangan jiwa.
apabila semua peringkat umur terutamanya golongan muda yakni dpd peringkat kanak-kanak ke peringkat remaja, yang obses pada 'advanced tecnology'. ana juga reflek pd diri ana yg juga telah dikaburi olehnya.
banyak pro pd pningkatan teknologi. dan tentu ada juga cons nya. namun, apabila menghayati kesan dpd cons yg dibawa, mampu meranapkn segalanya.
ana beri contoh yg sangat dekat yakni penggunaan telefon bimbit atau android atau yg seangkatan. cuba kita lihat bagaimana yg dikatakn mnghancurkn...
apabila panggilan ibu bapa mnjadi remeh,
mangganggu keghairahan saat fokus bermain dgn gajet,
saat tumpuan pd tujuan sebenar diciptakn di dunia ini hilang
astaghfirullah...
Allah Maha Mengetahui...
bla... bla...
ana kagum pd orang Jepun yg mampu maintainkn budaya murni mereka seperti budaya membaca, mghormati antara satu sama lain sbg manusia, dan disiplin diri serta masa. mereka mampu walaupun negara merekalah pencetus pembaharuan teknologi moden yg memudahkn urusan seharian manusia atau rakyat. inovasi tak menjadikan mereka malas.
namun, kesedihan dan kekecewaan di sini krana masih tidak mampu dan kalah dgn ghazwul fikr(pnjajahn pemikiran) yg dibawa oleh barat. na'uzubillah.
sebenarnya, pd saya pemikiran yg brgantung pd teknologi itulah yg dikategorikn jumud(sempit) bg pengklasifikasi minda ana.
mengapa ya??
ya... not open minded. iaitu tidak memerhati realiti kehidupn sebenar. kurang pd pengalaman dan praktikal iaitu salah satu 'usaha'. usaha mncungkil dan mngorek ilmu pd sumber sahih serta rujukn ilmuan yg dpercayai agama serta bidangnya. dan hanya brgantung pd peng'update'an dpd semasa ke semasa yg dilakukn oleh manusia yg terlalu banyak cacat celanya pd pemikiran terutamanya zaman skrg. yg mostly mrupakn khabar angin shj. yang selalunya mnjadi penyumbang dan punca fitnah berleluasa. tuaian benih pemikiran dicemari oleh titik peluh pemikiran orang lain.
'everything is on your finger tip' katanya. bukan drpada akal yg subur dan suci.
sedih bukn?? jua termasuklah pd diri sendiri. moga tidak terus hanyut dgn 'dajal' teknologi. masyaAllah. na'uzubillah.
think for the future; "mampukah aku memberi sumbangan pd 'ustaziatul 'alam'???"
insyaAllah!!! Allah, pimpini diri kami!
moga bermanfaat dan Allah redha.
"mardiana, jgn tahu fikir... fikir... dan fikir... shj... tp, tindakan nya tidak ke mana..." (psan buat diri yg mudah lupa)
Saturday, November 30, 2013
"Lets Tighten Our Ukhuwah"
Pada : 2 Disember 2013
Di Masjid Al-Hikmah
Selepas Solat 'Isya'
Mesej buat ahli-ahli :
"Assalamu'alaikum sahabat2 yg dirindui. Bagaimana iman dan amal? Jom kita jejak ukhuwah kita yg telah terbina dr sem lepas. InsyaAllah pd isnin mlm (2/12/2013); Bulatan Gembira (jpm) akan diadakn di masjid alhikmah, selepas isya'. Pertemuan bertajuk: "lets tighten our ukhuwah!". Moga Allah redha dengan hubungan kita keranaNya :) Jom3!"
Senarai rujukan artikel/pamplet :
Buku :
Abu Ahmad Yasin. (2010). Wasiat 4 Imam. Perniagaan Jahabersa.
Zahazan Mohamad, & Nik Wafdi. (2011). 101 Rekreasi Hati. Telaga Biru Sdn. Bhd..
Hilal Asyraf. (2012). Fanzuru Maka Lihatlah. Perpustakaan Negara Malaysia. Galeri Ilmu Sdn. Bhd..
Laman web :
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia. (2013). Memahami konsep ukhuwah Islamiah.
http://wanita.ikram.org.my/
Thursday, November 28, 2013
Self- introduction For New Semester
My name is Siti Mardiana Binti Mohd Saini. I am 19 yrs old. Im from Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka (too detail about wbere im from, bcause those lecturers will eventually ask same thing... then most of them will say "ooo... just near here" n my fellows will laugh.. heee)
im the sixth from seven siblings. my parents; my mother work as ... my father ... (keep as private)
my favourites / i am interested in Islamic knowledge and practices, Japanese cultures, and animals.
to elaborate my interests, my BEL 312 lecturer, miss Ifa had asked me about what kind of animals? then i replied, "mammals, insects ... but i am not really like (to correct it: i dont really like) reptiles, bcause i hate lizards!" with some description addition to answer a few of later curiousity.
next; japanese culture. ohh! i thought none of my lecturers will notice this. then eventually it came from my PAD 310 lecturer, mdm Suhaiza. but, kanashii ne (so sad, u know..) that i have realised i am not prepared to answer that such exciting question for me to tell people. (ohh.. how excited and happy me are about Japan..) then i only answered, "their ethics; their innovation, and they are such disciplined people..." (huhu...)
actually, alhamdulillah that a few of my lecturers asked us to introduce ourselves in English. because only these times i have the opportunity to speak in English neithei formally nor too informally without been judged for marks (like assignments or tasks presentation).
insyaAllah thats all. Wallahua'lam. :)
Tuesday, November 26, 2013
Semester Baru, Betulkan Niat!
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Kaifa Halkum?
Today is the second day of classes (betui ke ayat ni?) 25 November 2013, merupakan hari pertama bagi semester ke 4 di UiTM Lendu ini. Hari pertama, kolej baru, subjek-subjek baru dan lebih mencabar, dan macam-macam lagi. Hari pertama berjalan seperti hari-hari pertama seperti sem lain sebelum ini.
Mungkin kelainannya pada tahap pemikiran, semestinya perlu dipertingkatkan agar lebih matang dan berasas. Alhamdulillah, malam pertama juga disertai dengan syura bersama persatuan. Ya. Amanah syura tak perlu diungkapkan di sini. Tetapi, amar makruf tetap berjalan.
Masing-masing yang memberi pesanan sem baru mengingatkan diri bersama sahabat-sahabat lain bahawa perjuangan yang mencabar sem ini akan kembali didepani. Dakwah tak pernah tamat. Muka-muka kepimpinan lama sudah menjadi minoriti menyambung khidmat dalam kepimpinan baru ini. Adik-adik yang menjadi junior dalam langkah berpersatuan sebagai satu medan untuk menyampaikan keindahan Islam ini masing-masing memberi peringatan segar. Mereka sangat hebat. Ya, pemikiran pemuda.
Alhamdulillah, meeting yang pada awalnya ana kurang berisi, ditamatkan dengan kata-kata yang penuh tarbiyyah. Tapi, ana kurang ingat yang sedetailnya. Penghayatan itu perlu. Yang penting semuanya bergantung pada niat. Kehadiran ana pada mulanya tidak dijelaskan dengan niat yang benar. Namun, dengan peranan sahabat-sahabat yang mengingatkan, itulah bukti ayat-ayat Allah dalam surah Al-'Asr.
"Watawasoubilhaq, watawasoubissobr..."
(Saling berpesan-pesan dengan kebenaran, dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran)
Ukhwah itu sangat manis - Hidup ini perjuangan - Dakwah 24 jam - Rasulullah sebagai ikutan (CINTA)!
Insya-Allah.
Ingat, semuanya kerana Allah. Moga Allah redha ke atasku dan ke atasmu :)
19 November 2013 PMDS Day 5
18 November 2013 PMDS Day 4
Thats all about her.
Ular bergelut dgn cicak
Perjalanan ptg hari ni dpenuhi dgn mengaktifkn diri berjalan ke libry -> HEP -> pjbt HEA -> pjbt Bendahari.... Dan berakhir dgn pelarian ke bilik setelah dkejutkn dgn ular...
InsyaAllah, tgklah video di bawah ini. Dharap jeritan itu x mdtgkn apa2 effect. [maaf x dapat bagi atas kekangan tertentu... gambar sahaja ya! :) ]
Tuesday, October 29, 2013
Vloggers, Pelajari Daripada Mereka
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakah
"Addinunnasihah"; "Agama itu nasihat" (Hadis 40: ke 7 Imam Nawawi)
Alhamdulillah... sejak semalam, ana berfikir tentang kebaikan yang kita boleh grab from those vloggers i mean from Youtube. Mungkin ana agak ketinggalan zaman berbanding orang lain, kerana setahu ana, fenomena vloggers sudah lama dipopularkan. Then, ana baru sedar... huhu~
Mat Luthfi?
Apabila disebut nama Mat Luthfi, dan Anwar Hadi, ana yakin ramai sungguh orang yang kenal dan meminati mereka. Ana ingat lagi masa mula-mula kenal nama Mat Luthfi... memang blank sungguh, tak kenal siapa dia, tetapi, yang peliknya orang sibuk berbicara tentangnya. "Nak Mat Luthfi...la..." hmm... Siapa dia??
First thought ana adalah, ana fikir 'mungkin dia seangkatan dengan Mat Sentul...' (memang jauh sungguh daripada realiti) tapi, yang peliknya, kenapa famous pada golongan remaja ni pula??? tell me, why! (heee..)
Lama kelamaan, bila singkap beberapa video daripada utube, mmg jumpa video oleh Mat Luthfi, tapi, memang tidak berkenan langsung. In short, lama kelamaan, adalah yang tertarik kepada pengisian yang dibawa.
Fahami Pemikiran
Mengambil pesanan daripada Ustaz Zaharuddin (UZAR), beliau kata, kalau kita mendengar sesuatu ucapan itu, bukan hanya kita ambil apa yang dia sedang sampaikan, tapi, kita cuba fahami jenis pemikiran yang dibawa oleh seseorang itu.
Dan, pesanan ini memang ana gunakan sepanjang masa, Insya-Allah, kerana ana yakin pengajaran yang ana dapat. Alhamdulillah, setakat ini. Cuma kadang kala tu, tidak dapat diaplikasikan secara 100% atas gangguan dan halangan yang selalunya berpunca daripada diri sendiri. MasyaAllah. "Astaghfirullah"
But, point di atas bukanlah point utama yang ana nak sampaikan. Sekadar muqaddimah... ya? Gomen ne...
OK! Bismillahirrahmanirrahim (Moga ana tak tersilap dalam mengambil pelajaran)
Di sini bukanlah ana nak sebut tentang pemikiran yang dibawa oleh insan-insan di atas. Sebab mereka sudah menjadi orang yang dicontohi bagi golongan remaja. Ya... Mungkin, boleh kata, kerana mereka berpelajaran tinggi... (wallahu'alam...) dan dapat menjaga sensitiviti penonton ketika menyampaikan video. Dan mungkin juga, mereka ada memasukkan mesej-mesej kebaikan atau keagamaan dalam video-video mereka itu. Ana tak tahu, bagaimana relitinya, up to them... Innamal a'malu binniyyat, kan?
Jadi, bagaimana pula dengan mereka (vloggers)yang bukan seperti mereka?
Sebagai contoh, orang yang membuat video-video itu untuk menghiburkan orang lain dan sekadar mengisi masa lapang atau cipta hobi. Dan perhaps, nak popular? (wallahu'alam) Bagaimana tanggapan anda semua?
Its about DA'WAH
Yes.. Da'wah.. Dalam proses nak mengajak 'amar makruf nahi munkar', kita perlu memahami orang yang kita nak da'wahkan (mad'u). Supaya, proses da'wah akan menjadi lebih smooth kerana kita faham apa yang kita perlu sampaikan dan dengan cara apa. Yang penting, kita ambil kira jugalah, 'matlamat tidak menghalalkan cara' [kaedah fiqh : Al-umur bi maqasidiha]
Ana akui, dalam ramai-ramai kawan ana, ana belum dapat mendekati golongan yang agak kasar atau orang kata, berlemah-lembut, atau apa-apa sahajalah yang seangkatan. Mungkin, ana belum cukup kuat untuk menghadapi golongan seperti itu. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk selami cara hidup mereka? Salah satunya adalah dengan cara menonton video mereka lah...
tetapi, seperti yang ana sebutkan sebelum ini, 'matlamat tak menghalalkan cara'; iaitu, dalam video-video yang kita nak tonton dengan niat fahami mereka ini, janganlah sampai kita pilih video yang menambah dosa kita pula. Contohnya, macam video yang mendedahkan aurat secara clear (menambah dosa kita yang melihat), atau gossip/mengumpat/ memburuk-burukkan orang (dengan sebut nama) dan kita tahu kita memang takkan dapat klu pun daripada video.
Husnuzzon / Berbaik-sangka dan Berilah Pandangan Kasih Sayang kepada Mereka
Jadi budaya negatif masyarakat untuk cari keburukan sesuatu itu untuk dikritik-kritik... and I've ever done it before, ketika zaman 'tidak tahu/jahil'. but, that's not the akhlak that Islam tought us. So, be patient and hear what they want to share, eventhough, it can be bored.. In da'wah, cannot have that term ('bored') right? So, dengarlah dan fahamilah dengan mata hati. Insya-Allah. Yang baik jadikan contoh atau panduan dakwah, yang buruk pula dijadikan satu perkara yang kita nak cari solusinya untuk perbaiki.
Lama kelamaan, kita akan rasa macam kawan mereka... boleh ketawa tengok perkongsian yang mereka nak sampaikan. Tambahlah baik sangka kita pada golongan seperti mereka. Dan, satu je yang sangat saya highlight kan pada diri saya, bahawa, sebenarnya, amar makruf nahi munkar itu, bukan orang yang pakai tudung je boleh lakukan, mereka yang dikatakan 'free hair' pun boleh...
Apa yang menyentuh hati ana, apabila salah satu tajuk post insan yang ana ikuti ini, tentang pandangannya tentang 'bertudung, untuk tutup lovebites, dan elak daripada dilihat oleh ibubapa'... banyak lagi sebenarnya... sebenarnya baru seorang sahaja yang ana tonton beberapa videonya.. tp, banyak membuat ana berfikir, dan reflek diri ana yang dulu-dulu, serta dakwah ana yang sekarang.. Masya-Allah... semuanya bantuan Allah.
Bagi, sahabat-sahabat muslimat, seorang ini yang ana tonton videonya di utube, cuba taipkan 'ftnfdzl'. Banyak yang ana belajar daripada apa yang dia nak sampaikan dan mengubah perspektif ana pada orang-orang macam dia. Ana kagum juga dengan dia... Semoga Allah beri hidayahNya pada ana, kita dan pada dia juga. Pangkat kakak pada ana, dia tu.. hihi...
CopyPaste from youtube:
1. Mat Luthfi - http://www.youtube.com/matluthfi90
2. Aman Wan - http://www.youtube.com/AmanWan
3. Anwar Hadi - http://www.youtube.com/IniAnwarHadi
4. Maria Elena - http://www.youtube.com/shortnap
5. Aiman Azlan - http://www.youtube.com/aimanazlan90
6.Jinny Boy - http://www.youtube.com/jinnyboytv
7. KyoPropaganda - http://www.youtube.com/kyopropaganda
8. Mentol Pecah - http://www.youtube.com/mentolpecah
9. Polkadot Dougnut - http://www.youtube.com/maccaboyz91
10. Ustaz al-Andre - http://www.youtube.com/1994khairul
11. Shahrin Cool - http://www.youtube.com/shahrincool
12. Danial Smile - http://www.youtube.com/Danialsmile97
13. Iman Syippo - http://www.youtube.com/starwars6751
14. Mr The Allshared - http://www.youtube.com/MrTheAllshared
15. Khairul Nizam - http://www.youtube.com/matjey93
Yang Penting Sekarang ini!
Daripada banyak-banyak ana bercoret di atas, wallahu'alam... Mungkin ini cara dan kemampuan ana untuk da'wah... banyak lagi cara lain, kan? terserah... Yang penting, Allah lihat usaha kita... Keberkesanannya, bab lain pula, ya.. Insya-Allah... Ingat, dakwah bukannya jalan yang penuh senang dan selesa... tetapi, dijamin penuh dengan ujian... Wallahu'alam...
Harap faham, ya! Syukran...
Thursday, October 24, 2013
Inspirasi Kontemporeri
Alhamdulillah, sepanjang permulaan cuti semester ini hingga ke hari ini, ceramah mereka menjadi santapan rohani. Ijlis bina tu'man sa'ah. Semuanya ku tapau dari Youtube. ^_^
Bismillahirrahmanirrahim...
1.Ustaz Zahazan Mohamed
Tajuk: 1; Agar Hati Sentiasa Hidup, 2; Rumah Yang Disinari Cahaya
- Nada beliau tenang-tenang sahaja
- Sentiasa mengaitkan dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. , yakni kita dapat menghayati kehidupan para sahabat dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
2.Aa Gym (KH Abdullah Gymnastiar)
- Nada yang turun naik mengikut apa yang ingin disampaikan, bijak dalam menarik perhatian pendengar
- Sentiasa meraikan pendengar yang berbeza peringkat umur dengan memberi contoh-contoh yang sesuai
- Sentiasa merendah diri dan berlemah-lembut
- Doa di pengakhiran ucapan beliau sangat menyentuh jiwa-jiwa ramai pendengar
3.Ustazah Fatimah Syarha
- Pendiriannya tegas; untuk isu fiqah, iaitu dalam menerangkan apa yang benar dan betapa sportingnya Islam ini dalam soal hukum
- Peminat hujah dan penerangan Yusuf Al-Qaradhawi
- Kebanyakan penilaian ana terhadap sesuatu, dekat sungguh dengan pemikiran beliau (tapi, tentu sahaja beliau berfikir dengan hujah Al-Quran dan As-Sunnah, ana pula cuma mengaitkan dengan ilmu yang ana pelajari tentang agama yang masih banyak yang kurang ini)
Insya-Allah...
Wednesday, October 23, 2013
Biarlah Idea Ditolak, Asalkan Keputusannya Terbaik
setiap apa yg kita lakukn perlu dgn ilmu
apabila tersilap menyusun kata, kadangkala menggagalkan penyampaian mesej secara berkesan.. penerima mungkin tersalah faham.. dan bg ana... seringkala saja atau.. bolah kata selalu sahaja pendapat serta ideaku ditolak... walaupun minda ini sekuat dayanya memikirkan idea itu... hakikatnya mudah... Allah knows the best... "innalillahi wainnailaihirajiun" semuanya datang dari Allah.. termasuk idea ku.. kepada Dia jualah ia kembali..
"mana milik kita???... tidak ada milik kita... semuanya Allah yang punya"
keputusannya atas dasar syura... itu sunnah dan jalan terbaik... jika majoriti menyepakati serta setujuinya, maka itulah yg diambil...
ideaku... biarlah diletak tepi... menunggu masanya diterima semula.. x usah khuwatir... kata Syed Alwi Atas "mudahkan jgn susahkan".. ya... Alhamdulillah.. aku terima..
kita perlu memikirkan sedalamnya kata-kata para ilmuwan.. mereka sangat teliti dalam pembicaraan.. letaklah sesuatu pada tempatnya...
InsyaAllah.. moga Allah tunjukkan jalan terbaik buat kita, hamba-Nya yang hina....
MasyaAllah.. AllahuAkbar...
Sunday, October 13, 2013
Ringkasan Panduan Bermusafir
Assalamualaikum.. InsyaAllah kali ini ana kongsikn mngenai solat Jama' iaitu rukhsah atau keringanan bg musafir.
Jawapan ringkas untuk sahabat ana yg bertanya. Jika ada kesilapan harap ditegur agar dapat diperbaiki.
jama' tuu.. syarat nk jama' msti kta niat nk bmusafir lbih 2 marhalah. jgn kliru dgn jama' qasar. kalau jama' sahaja tanpa qasar sudah boleh dlakukn when we already reach outside from our qariah. cthnya kalau kta tggal di qariah A, bila kta dh jln sampai qariah B, bolehla buat jama'.
jama' ada 2. jama' taqdim; jama yg kta buat pd waktu solat yg pertama. contohnya waktu zuhur, buat solat zuhur dulu baru asar. jamak taqdim caranya waktu kta solat zuhur tu, spnjg dr kta takbiratul ihram sampai salam kta kta niatkn yg kta nk jama taqdim. in between tu jgn bcakap. jama ta'khir: dlakukn pd waktu kedua. niatnya kna lbih awal. cthnya waktu zuhur tu kta dh kna niat yg kta nk buat jama takhir time asar.
Saturday, October 12, 2013
Kampung Life
Alhamdulillah.. hr ni hari kedua cuti semester ni.
but, the question is what have i that along this two days? our obligation to our beloved mother?
i hope this holiday will be improved so that it'll be better and benefitial than before... hmm...
muhasabah is the most important.. but sometime it can be so difficult to spend even few minutes to check and evaluate ourselves.. walhal, Allah has give us a lot of time.. one thing to remember that the past cannot be reached back.. time is sword..
slogan cuti "manfaatkan diri dam manfaatkan org lain"
bukannya,
mudaratkan diri dan mudaratkn org lain..
may Allah guide us always and hope that we will not forget Allah even a second...
those pictures just the opening of holidays.. since my sister gave me her last handphone after she got new handphone.. Alhamdulillah.. i hope i will use it in good and right ways.. insyaAllah..
Friday, October 11, 2013
Peranan Anak Muda Pada Hari Korban
surah al-kausar, sembahyanglah kamu dan tunaikanlah ibadah korban
2.berkongsi pahala
menggembirakan hati orang
kalau korban di masjid, bawa pinggan mangkuk dr rumah
3. turut serta berkorban
niat berkorban, 1 kambing, atau 1/7 lembu
yg pastinya binatang al-an'am
#notes of Assalamualaikum@tvalhijrah 11/10/2013
by Dr. Izhar (if i'm not mistaken)
Thursday, October 10, 2013
Penipu!
Ohh... Dialah penipu,
Pandai berkata-kata,
Namun, tidak dibuatnya...
Ohh... Dialah penipu,
Azamnya bukan main tinggi,
Namun, hanya idealistik
bukannya realistik.
Dibuat pada awalnya
Ditinggal tanpa istiqamah Lillahi Taala
Kepada siapakah dia menipu?
Mampukah dia menipu pada Allah azzawajalla?
Dialah aku
Ohh.. Aku telah pun menzalimi diriku sendiri
Allah... Allah... Allah...
Semester ini sudah sampai ke pengakhirannya
Yang ku lihat,
Banyak yang sia-sia
Ohh.. itu bukan tujuanku
Yang ku ingin adalah redhaMu
Akanku mulakan langkah Baru
Hari Demi hari
Sucikan hati...
Jernihkan jiwa
Tingkatkan iman
Memperkasa peribadi Islami
Sahabat, bantulah sahabatmu..
Kejutkanlah dia saat khayal
Dek fatamorgana dunia
Penuh ujian dan kejutan
Kejutkanlah dia
Sapalah dia
Cintailah dia dengan erti cinta yang sebenar
Pimpinlah dia
Dia... Dia... Dia...
Akulah dia,
Dan engkau juga dia
Sahabat hingga ke syurga
Till jannah
"dan berpesan-pesan kepada kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
Kita sahabat, bukan???
Sunday, September 15, 2013
LAW 245 Tasks by Mr. Tuah UiTM Lendu
1. Lai Lai was a contractor engaged to do the a repair and maintenance work for a lift at Bayan Flate . He left the lift at noon with the intention of coming back after lunch to continue with his repair work. No warning sign or any kind of barricade was put at the lift to warn people that the lift was out of order. While Lai Lai was away, Ah Sien entered the lift and was badly injured when he fell down the lift shaft. Ah Sien now wishes to take legal action against Lai Lai .
Advise Ah Sien . (25 marks)
2. Nona Bedah is the president of Single Mother Association(SMA) in Kamapung Pisang. She has been holding the position for four consecutively . Wan Jelita is contesting Nona Bedah for the post in the coming presidential election. During her campaign , she wrote an article in the kampung Pisang's bulletin stating that :
" We no longer need a leader who conservative . We need a new leader who does not need any black magic to retain her position and leadership" .
Nona bedah was really upset reading the article and she want to take legal action . Advise Nona bedah. (25 marks)
3. Ariff bought a new semi detached house at Taman Desa Permai . he bought the house due to its serene surrounding and its proximity to town. Ariff's neighbour , Meon, a vocal teacher conducts vocal classes at his place every weekend . Many students have registered for his singing class. Due to the coming audition for the Akademi Penyanyi new season, Meon conducted his vocal classes everyday in the evening upon the request of his students. Ariff is very unhappy and disturbed by the noise and the music from Meon's class and he has difficulty in sleeping at night .
Ariff seeks your advise on whether he can take any legal action against Meon. Advise Ariff (25 marks)
Friday, September 13, 2013
Cinta Fitrah
Yang dimaksudkan, cinta fitrah
Cinta si Hawa kepada si Adam
Alhamdulillah, mujurlah
Setakat ini,
Cinta fitrah itu tiada siapa yang tahu
Telah ditanya pada sahabat-sahabat
Mereka tidak melihat bahawa
Hakikatnya perasaan itu telah lama bertaman di hati
Alhamdulillah, berjaya dipelihara cinta ini
Namun, Allah S.W.T. Maha Mengetahui
segalanya
Cinta suci hanya milik Ilahi
Inginku sebutkan di sini
Mengapa aku teguhkan diri
Untuk tidak tetap pada cinta fitrah itu
iaitu, tidak bertindak apa-apa ke arah merealisasikannya
"Cintakan bunga akan layu
cintakan manusia akan mati
cintakan Allah kekal abadi
itulah... cinta hakiki"
Cinta fitrah itu bisa berubah-ubah
kepada siapa jua ia terkena,
Selagi mana cinta fitrahku itu belum dihalalkan
Selagi itu ia tidak bisa aku yakini
Bukanlah aku tidak pernah khuwatir,
Seandainya tiada siapa yang ingin jadi teman hidup suatu masa nanti,
Seperti mana yang dikhuwatiri oleh pemudi universiti...
Tidak meletakkan sabar di puncak tertinggi
Lalu, diiyakan saja kepada siapa yang menghulurkan diri
Wahai...
Aku juga wanita
Yang kuat emosinya... Yang kuat prasangkaannya
Hidupku begini
Demi raih redha Ilahi
Biarlah diteruskan perjuangan ini
Biar dimantapkan peribadi Islami
"Allah dan Rasulullah s.a.w.
Mak dan Abah"
Masih belum cukup tinggi kutaruhi cinta
pada mereka
Lagikan pula aku ingin mencintai seorang lagi
"Wahai suami..."
Masya-Allah
Inginku ingatkan di sini
Buat diriku, dan buat kalian semua
Kahidupan kita bukanlah hanya di sini
Aku sebagai mahasiswi
Pengakhiran kehidupanku bukanlah hanya di universiti
Mehnah sebenar dunia sedang menanti
Jodoh itu milik Ilahi
Janganlah bersedih hati
Kerna Allah sentiasa bersama dengan orang yang mengerti
Istikharah...
Moga Allah redha...
Thursday, September 12, 2013
Aku, Wanita, dan Tudungnya
Memakai purdah, tidak pula berniqab
Atau apa jua seangkatan dengannya
Aku bukanlah jua wanita bertudung pendek
Yang cuma menjadikan terma 'menutup aurat'
sebagai sebab memakai tudung mahupun selendang
Kerna aku tahu dan faham,
'Menutup aurat' bukan sekadar itu sahaja
Padangan kasih sayangku berkata;
Moga 'mereka' membuka hati demi merebut hidayah dari-Nya
Moga mereka tahu dan faham, bahawa
Aurat itu; meliputi hampir seluruh tubuhnya
Dada, bentuk badan, warna kulitnya;
Suara, pandangan mata, jua liuk-lenggok tubuhnya
Semuanya dikira
Muslimah itu bagaimana, sebenarnya?
Bagaimana kita tafsirkan serta mengaplikasikannya,
dalam hidup kita?
Moga menjadi wanita bidadari dunia dan syurga...
Hendaknya
Sunday, September 8, 2013
PENGORBANAN SEBAGAI KETUA PROJEK (KP)
Friday, August 16, 2013
Anugerah Dekan, Hadirlah, PENTING!
Friday, August 2, 2013
"Baca Mata... Mari.. Mari.."
Ohisashiburi...
Semoga sihat Iman, dan jasamani. Dalam mengharungi perjuangan di bulan Ramadhan. Allah...
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.
Alhamdulillahi rabbil 'Alamin..
Permulaan post setelah lama tidak mengupdate dimulakan dengan tajuk 'Baca Mata'... Tajuk diambil disebabkan rasa ke'eager'an yang masih terpendam mahupun terluah sejak malam semalam. Malam terakhir pertemuan dengan sahabat-sahabat dan kakak-kakak di Masjid Al-Hikmah, UiTM Lendu, sebelum masing-masing membawa diri untuk bercuti sempena raya, yakni satu-satunya cuti panjang dalam sem ni. Kanashii...
It is very interesting to hear what people can read us only by looking our eyes. Alhamdulillah, i am grateful since i have a friend like that. I have only realize it since our meeting on last night.
Pengalaman mendengar seorang demi seorang punya personaliti (sedikit-sebanyak) sangat menyeronokkan.
Ianya bermula semasa kami sedang menjamah juadah moreh, selepas selesai Majlis Khatam Al-Quran apabila ana mendengar seorang kakak ni kata, " X, cepatlah tengok mata akak..." (X- mewakili nama sahabat yang diberi anugerah oleh Allah untuk mahir dalam baca mata)
Ana yang sedang makan dadih ni teruja lah, dalam hati, "Eh, apa diorang nak buat tuu???"
Tak lama lepas tu, ana dapat detect yang diorang tgh buat yang dikatakan 'baca mata' tu...
Apa lagi, ana tunggu turn la... "Eh... eh... kejap lagi kite tau! (sambil sengeh dan tepuk-tepuk kaki si X)"
Satu demi satu sifat yang ada pada diri ini dirungkai... Ketika mata bertentang mata... huhuu... apa pun boleh jadi...
Antara sifat-sifat yang banyak dibaca;
- seorang yang sangat menyimpan rahsia
- kalau ada masalah tak suka beritahu orang lain, unless, terdesak
Lain-lain;
- ada yang seorang yang punctual, tak suka membaca sebaliknya suka mengira, yang suka membaca pun satu, susah untuk menangis pun satu, sukakan haiwan pun satu, banyak simpan rahsia pun ada, seorang yang tegas, kalau nak yang tu, yang tu jugak dan sangat susah untuk ubah, ada yang mudah percaya cakap orang lain, dan... macam-macam lagi... entah sesiapa saja pemilik sifat-sifat ini..
cuma, ana yang mana satu ya?? hehe... secret le... Wallahu'alam..
Sangat menarik...
Yang lebih bertambah menarik, ana dapat rasakan level ukhuwah kami ni sedang boost! why not, seorang demi seorang datang sebab tertarik dengan perkhidmatan si X tu... hehe... perkhidmatan tak berbayar. Lagi satu, kita dapat kenal atau ta'aruf yang sahabat-sahabat kita ni macamana... Ana lah jadi tukang pemanggil sahabat-sahabat yang berdekatan... Promoter gitu..
"Meh.. meh.. cepat-cepat.. tunggu turn... dia boleh baca mata.. nak tak..." (siapa tak terpanggil??... ngehh..)
Topik menarik bagi kaum hawa, "Muslimin... muslimin macamana pulak???" (wah... wah.. seorang kakak tu.. hihi... sungguh-sungguh beno nak tau apa yang ada pada fikiran muslimin... agak panas juga topik ni...)
Mana tak nye... bila sebut tentang muslimin, bukan sebab kami ni 'gatal' atau 'gedik'... kami cuma nak tahu, sejauh mana kami nak tau muslimin tu baik ke tidok... sebab, Insya-Allah, bakal pasangan hidup kami juga 'Muslimin'... sedikit kata-kata peringatan atau makluman yang jadi panduan pada kami, antaranya...:
"Muslimin yang betul-betul baik (yang jaga pandangan dan kehormatan wanita);
- takkan pandang mata wanita, sekalipun memandang tubuh badan wanita
- kalau ya pun nak berkomunikasi, takkan pandang mata, tapi pandang dahi,
Manakala,
- bagi lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita (atau senang dipanggil 'couple'), sebenarnya bermakna yang depa ni tidak menghormati kehormatan atau maruah muslimat tersebut, yelah.. mengapa perlu, sedangkan dia tau yang perbuatan berdua-duaan itu boleh menjatuhkan maruah atau harga diri mereka mahupun AGAMA? fitnah... oh.. fitnah... mengapa perlu buat, kalau kita tau itu akan mengundang pada fitnah?
daripada itu,
timbullah persoalan mengenai kecenderungan untuk menjadi sebagaimana berlainan gender atau janti seperti, lelaki nak jadi perempuan dan si perempuan nak jadi lelaki, atau secara kasarnya selalu disebut, 'pondan' atau 'penkid/ tomboy'... mereka ni pula macamana???
jawapannya, "Diorang ni sama je..." haiiih... sama yang macamana tu? yelah.. actually, Allah S.W.T. dah fitrahkan mereka ni sebagai lelaki, atau sebagai perempuan... tetaplah desire atau kecenderungan mereka sebenarnya berbalik pada jantina asal mereka... Jika seorang perempuan itu fitrahnya, kuat emosi atau cemburu.. tetaplah begitu... Bukan senanglah nak lari daripada fitrah! Allah Maha Mengetahui
tapi... Wallahu'alam... pertemuan ini cuma satu diskusi ringkas... tentang insan-insan yang cenderung untuk tukar jantina, lebih baiklah kita mendoakan mereka, agar Allah limpahkan hidayah buat mereka... mereka cuma insan-insan yang belum faham atau belum diberi kefahaman.. ya... kefahaman.. mereka belum dapat rasai keindahan Islam itu.. menjadi tanggungjawab kita untuk amar makruf.. cuma, semua ini perlu dengan ILMU dan hikmah. Dan bergantung pada kemampuan kita. Perlahan-lahan, Insya-Allah, Allah bantu kita dan mereka.. kasihan.. bi'ah mereka cukup berbeza..
Akhir kalam,
"Rabbana la tuzigh qulubana, ba'da iz hadaitana, wa hablana milladu'n ka rahmah, innaka antal wahhab.."
- moga Allah tidak pesongkan hati kita daripada hidayah-Nya.. amiin.."
Wallahu'alam,
wabillahi taufiq walhidayah..
# Sahabat ana yang bergelar 'X' itu merupakan pelajar jurusan MASSCOMM. Kemahiran yang dia ada adalah antara balikan yang dia dapat dalam menghadiri kelas subjek yg berkaitan Psikologi. Influence dpd lecturernya, serta minat yang mendalam.. Alhamdulillah... Kami tumpang gembira dengan kelebihan yang dia ada, walaupun kemahiran ini barulah dikatakan basic atau permulaan dalam ilmu psikologi.
Wednesday, May 29, 2013
Berniaga, Sekarang Peduli?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sebelum ni, term 'berniaga' itu cuma sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada yang menarik perhatian pada waktu tu. Namun, sekarang dah lain. Minda ini asyik memikirkan apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai perniagaan. Alhamdulillah... Seronokjuga rasa macam ni. Teringat sahaja kata-kata Prof. Dr. Muhaya;
"Kerja itu menampung perbelanjaan hidup, manakala, perniagaan itu memberi kita keuntungan."
Fikiran juga memikirkan sunnnah Rasulullah s.a.w. (kalau tidak silap) bahawa baginda s.a.w. mengatakan 9/10 daripada 'pendapatan' datangnya daripada perniagaan. Betulkan seandainya tersalah.
Ku fikir-fikir...
Apalah yang saya boleh buat atau hasilkan supaya dapat wujudkan perniagaan?
Apa saja yang saya boleh buat, dan orang akan beli, dalam masa yang sama,bermaksud memberi manfaat kepada orang lain?
Then, jawapannya masih ______.
Menjahit
Bagi ana, produk untuk perniagaan memerlukan skill atau kemahiran seperti kerja-kerja teknikal. Sebagai contoh yang paling hampir dengan ana, adalah kemahiran menjahit. Apabila bercakap tentang diri sendiri (kejap saja..), yang ana belajar, adalah menjahit. Di mana ana lihat perkhidmatan seperti ini memang diperlukan sama ada untuk diri sendiri ataupun boleh terima tempahan. [Cuma], walaupun ana belajar menjahit, dan banyak juga yang sudah dihasilkan sebagai keperluan diri sendiri, ana masih belum dapat buat dengan 'molek' ataupun memuaskan hati. Ada sahaja yang kurang cantiknya, lebih-lebih lagi apabila bekerjasama dengan robot, iaitu mesen jahit, sesuatu yang tidak bernyawa.
Apa-apa pun Alhamdulillah, dengan apa yang ada sekarang.
Insya-Allah, apabila semua persiapan sudah ada, akan diusahakan, demi, mempraktikkan sunnah, agar raih cinta-Nya jua. Insya-Allah,akan sampai masanya. Allah knows the BEST!
Projek Cendawan
Famili ana, iaitu abang dan kakak ada juga sebut-sebut nak cuba dengan projek cendawan. Doanya agar dipermudahkan Allah S.W.T.. Menarik juga. Apa-apa pun, yang paling utama adalah ilmunya.
Fikir-fikir
Banyak sahaja yang difikirkan. Antaranya; tempahan menjahit, perkhidmatan potong rambut muslimah, elektrikal service, dan lain-lain. Namun, kekurangan, juga kekosongan ilmu untuk dipraktikkan. Hanya Allah saja tahu...
Fokus Belajar
Azamnya, sementara waktu ini, biarlah, usaha keras ana difokuskan untuk berjaya dalam studi dahulu. Penentunya, sehingga ana sudah ada kerja. Then, apabila modal sudah ada, juga kemahiran, kemampuan, dan persiapan sudah tersedia, Insya-Allah, next step akan difikirkan. Ya, Pentadbiran Awam?? heee...
Berangan sahaja.
Wabillahitaufiq walhidayah...
Saturday, May 11, 2013
Antara FIKRAH & IMAN
Friday, May 10, 2013
"Terima Pendapat Tidak Semestinya Perlu Ikut Bulat-Bulat"
Setelah ana fahami nasihat ini, ana gunakan nasihat ini dalam menerima beberapa teguran direct daripada sesiapa sahaja. Kerana pada pandangan ana, , manusia yang berkata-kata itu, kadang kala, sekadar menyampaikan mengikut interest mereka. Di mana, mereka hanya ingin menyampaikan apa yang mereka lebih cenderung atau pun, apa yang lebih senang pada penglihatan mereka. Sebagai contoh;
Wednesday, May 8, 2013
SOMBONG? Dakwah Takkan Berjaya
Apa kaitannya sifat sombong dengan dakwah?:
1. Pandang saudara kita dengan pandangan kasih sayang
2. Jangan senang-senang sahaja menafsir manusia sama ada pertama kali melihat mereka atau kali ke seterusnya.
3. Serius dalam dakwah dengan perbetulkan niat, untuk meraih redha Ilahi
4. Jadi soleh/solehah dan muslih/muslihah
Apakah tanda-tandanya?
1. Sombong
- Tidak memulakan taaruf/perkenalan atau tiada keinginan sama sekali untuk bertegur dengan insan seIslam di mana-mana sahaja berada, sama ada kenal atau tidak
..... Di manakah sunnah Rasulullah s.a.w. yang menyeru kita untuk sebarkan salam sesama saudara, sebagai hak kepada muslim yang lain?
..... Antara tanda kiamat; Muslimhanya memberi salam kepada mereka yang dikenali sahaja
- Tarik muka untuk pandang orang lain, dikecualikan seandainya mereka itu ajnabi, demi menjaga ikhtilat, dengan menjaga pandangan
- Berasa amat berat untuk lontarkan senyuman, yakni sunnah/sedekah yang paling ringan di dunia ini
..... Mengapa sampai rasa begitu?
..... Adakah sebab kita ada prasangka terhadapnya sejak awal, tanpa asbab? Walaupun, tidak ada sebab pun untuk berprasangka
- Beri sesuatu tanpa rasa beban, yakni beri dengan rasa kasih sayang, tanpa mengeluh, malah sentiasa ingat Allah
2. Serius
- Jangan biarkan sedikit masa pun niat kita tersasar
- Jaga attitude/akhlak pada semua orang; sahabat, famili, masyarakat, pemimpin, dll
- Jangan banyaksangat bergurau, sehingga timbul lagha
..... Apa sebab untuk bergurau sehingga begitu sekali, sedangkan ia tidak mendatangkan apa-apa kesan baik?
- Pastikan orang lain, yakni sesiapa sahaja tidak marasakan kita ini 100% annoying
..... Bukti perkataan yang dikeluarkan kita bukannya lagha/sia-sia daripada mengingati Allah S.W.T.
..... Pastikan ada probability untuk mereka fahami Islam daripada usaha kita itu, walaupun bukan on the spot, or it takes time. Terkesan pada masa lain pun, Alhamdulillah.
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah.