Tuesday, October 22, 2019

#KSB Tidak Semudah Itu


Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ála Muhammad wa’ala ali Muhammad.

(Siang hari)

Hari ni sepatutnya saya nak on progress untuk membership form #KSB, tapi end-up, saya buat membership untuk #Mendekatimu.

Seperti biasa, saya berasa eager dan rasa macam tak ada masalah untuk create form tu memandangkan saya terjumpa form kaji selidik yang pernah dibuat semasa degree dulu. Sehinggalah form tu dah nak siap, tinggal nak sempurnakannya sahaja, Allah datangkan satu dilema kepada saya. Oh no!

- ‘Pos barang’

Salah satu rancangan saya untuk menjayakan #KSB ini adalah dengan membuat penghantaran secara pos kepada target pembaca. MasyaAllah, namun, perancangan menjadi musnah apabila mendapat tahu angan-angan saya tu tidak realistik. Saya baru sedar yang tidak ada perkhidmatan pos barang (parcel) selain Pos Laju oleh Pos Malaysia. Saya baru berangan untuk hanya melabur sedikit kos membeli beberapa setem untuk sebuah buku asalkan buku itu sampai kepada target walaupun memakan masa seminggu. Saya baru tahu yang setem hanya untuk surat sahaja. Asalnya saya teringat yang dulu saya pernah kirimkan sebuah buku tulis sekolah kepada kawan saya dari Melaka ke Johor Bahru menggunakan kaedah setem dan ia sampai ke tangannya, sekitar tahun 2007. Namun saya barulah menyedari itu adalah 12 tahun lepas.

Sekarang ini, bila tahu minimum timbangan dan cas adalah sekitar RM8, itu bukan dalam bajet dan kira-kira saya. Sebab RM8 itu kadang kala boleh dapat buku yang baru, kanapa saya kena bagi yang 2nd hand? Hmm.. Jadi, apa lagi alternatif yang saya guna, yang cut cost tetapi sampai kepada pembaca #KSB seterusnya?

- Apa core bagi #Mendekatimu sebenarnya?

Bila di hati saya semakin rancak nak promote kepada orang ramai untuk join #Mendekatimu, tiba-tiba rasa ragu-ragu muncul bertubi-tubi dalam diri.
“Apa yang awak buat ni?”
“Orang lain buat page ajak kebaikan, dyorang ada hujah, guna ilmu… Awak guna apa? Monolog semata-mata? Mana awak tahu Allah terima apa yang awak fikirkan?”
“Apa yang orang lain dapat bila like page awak?”
“Tak ramai pun yang pandang page awak, tak ada orang respon pun.. Tak ada makna,”

---
- SOLUSI -
(Malam pun tiba)

- Kekuatan buat diri

Ya Allah, ya. Saya hampir down bila keraguan itu muncul. Tapi, Alhamdulillah. Allah takdirkan sekejap tadi tertengok video live Prof Dr. Muhaya. Jarang post dia muncul dekat wall fb saya, tapi, kuasa Allah. Allah bagi apa yang saya perlukan. Prof pesan, “kata-kata negatif tu semua datang daripada syaitan,” MasyaAllah, saya baru sedar kewujudan musuh ketat anak Adam ini. Syukur Allah tunjukkan jalan u-turn kepada keraguan pada apa yang saya cuba usahakan ini. InsyaAllah.

Prof pesan bila rasa down, cepat-cepat zikir “La hawla wala quwwata illa billah,” InsyaAllah moga Allah bukakan jalan kekuatan ini seluas-luasnya.

Petang tadi saya sempat cari berkenaan potongan ayat Al-Quran “fastabiqul khairat,” tetapi belum sempat membacanya on the spot. Jadi, saya tambat di sini untuk bacaan mendatang, insyaAllah. Saya cari sebab nak lawan keraguan yang tiba-tiba serang saya siang hari tadi. Sebab saya sayang page #MendekatiMu itu yang saya bangunkan sekian lama lebih kurang 5 tahun walaupun tidaklah seaktif mana.

Saya juga selalu ingat bila rasa nak give up akan sesuatu yang asalnya saya niat baek punya, dengan bisik pada diri satu kata-kata yang diambil daripada bacaan saya sebelum ini, “Bila kamu rasa mahu berhenti, ingat semula saat kamu mulakan,” (when you want to quit, remember the time you start)

- Variasikan Pelan Tindakan

Jadi, Alhamdulillah solusi bagi dilema kedua saya dah jumpa sebentar tadi. Manakala, solusi bagi dilema pertama saya masih fikirkan. Barangkali saya perlu senaraikan lagi Plan A, Plan B, Plan C dan seterusnya untuk dipilih mana yang lebih sesuai dengan kemampuan dan keadaan, insyaAllah.

---

- MEMBERSHIP #Mendekatimu

Dalam kesempatan di sini, saya selitkan Membership Form untuk #Mendekatimu untuk anda isikan. Harap sudi!

Sekian sahaja, wabillahitaufiq wal hidayah.

Yang mencoret,
SMardianaMS
22 Oktober 2019
#KSB - 16 hari lagi!

Monday, October 21, 2019

#KembaraSebuahBuku Mengorak Langkah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.


"Nervous"
Itulah satu-satunya perkataan yang menggambarkan gemuruh di jiwa saat saya mengambil keputusan untuk post banner tema untuk projek saya kali ni di page Facebook : Mendekatimu dan Siti Mardiana Mohd Saini.

Saya risau andai langkah saya rebah di perjalanan, sebelum sampai pada tarikh kemuncak 7 November 2019. Banyak lagi yang belum settle bila dilihat checklist dalam paperwork. Ya. Saya gerak sendiri lagi. Saya tak tahu siapa yang akan berminat untuk sertai. Jadi, saya assume bahawa #KSB ini adalah perjuangan kecil (nafsi) saya untuk agama. Perjuangan tanpa jemaah, seorang diri. Ya. Kecil. Tak semua orang mempunyai pemikiran seperti saya, atau menyokongnya, yang memandangnya sebagai satu perjuangan atau dakwah. Kalau bukan kerana Allah, saya mungkin tak setekad ini. Saya harap usaha ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya nak buktikan pada diri sendiri bahawa saya mampu buat dakwah ikut kemampuan saya sendiri. Saya tak mampu untuk keluar jauh mencari jemaah untuk perjuangan ini, mungkin belum masanya. Tapi, saya pasti bahawa pasti ada yang saya boleh lakukan demi agama.

Saya bersedia andai usaha #KSB saya ini gagal, saya anggap ia sebagai eksperimen hidup saya. Setiap eksperimen itu pasti ada inferensnya. Saya akan perbaiki untuk langkah perjuangan yang mendatang, insyaAllah.

Tentang "networking", ya. Dalam pada saya sedang membangunkan projek #KSB ini, yang banyak mula terlintas di fikiran ini adalah bagaimana saya melebarkan "networking" saya terutamanya apabila melihat seorang rakan saya yang sangat hebat mengenainya. Saya ambil itu sebagai sesuatu yang baru yang saya perlu explore dan expand. Sebab, saya nampak keperluannya dalam dakwah bilamana di corong radio juga membisikkan perkara sama. Hal itu menimbulkan tekanan dalam diri saya untuk berusaha ke arahnya, InsyaAllah akan saya cuba perlahan-lahan dengan harapan bantuan daripada Allah s.w.t..


Dicoret oleh,
SMardianaMS
21 Oktober 2019

Diari Teman Mengaji : Yang Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbil 'alamin.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

(Kelas : 19 - 20 September 2019)


Muqaddimah

Alhamdulillah, minggu ni merupakan minggu pertama Allah rezekikan saya untuk pertemuan dengan teman mengaji, saya berikan nama samaran Kak El.

Ya. Saya perlu sentiasa perbetulkan niat agar post ini saya wujudkan bukan untuk menunjuk-nunjuk, dipuji, atau kerana manusia. Saya cuma nak kongsi rasa keindahan semasa kita belajar ilmu Allah dengan matlamat untuk perbaiki diri kerana-Nya. Ya. Betulkan niat sekali lagi sekarang! (atau saya berani menzalimi diri saya sendiri di akhirat nanti)

Sebab, nak dijadikan cerita, sekarang ni saya dalam tempoh memulakan bacaan sebuah novel mengenai perjalanan seorang hamba Allah ni sepanjang beliau belajar di sebuah pondok di Indonesia iaitu novel berjudul "Opera Di Gontor". Saya terinspirasi bahawa, adakalanya cerita kita mungkin dapat beri kebahagiaan dan pengetahuan kepada orang yang membacanya.

- 'Buka mulut besar-besar' - ketepikan rasa malu!

Ya. Selalunya bila pergi kelas tajwid, ustaz-ustazah akan suruh membaca dengan buka mulut besar-besar supaya makhraj/huruf yang disebut itu jelas dan betul. Selain itu, supaya suara lebih kuat, tidaklah bila dengar tu seolah-olah mengemam. Tapi, bukanlah bermaksud 'nga-nga' mulut semacam sahaja, ia bergantung kepada huruf yang dibaca itu lah.

Ya. Sememangnya agak malu, sebab selain menangkap suara yang didengar, teman mengaji juga akan memerhatikan mulut kita untuk pastikan kedudukan makhraj yang disebut itu kena pada tempatnya. Masa tulah mulut nak muncung ke, terbuka ke, senget ke, kita tengok. Malu... Tapi, bila kita dah niatkan atau tekad untuk perbaiki bacaan, kita akan tutup mata saja pada perasaan malu itu, sebab yang lebih utama adalah belajar.

Mungkin, rasa malu itu boleh dikurangkan dengan melihat siapa yang menjadi teman mengaji itu atau kata lain guru yg perbetulkan bacaan kita itu dan juga persekitaran. Kadang, kalau kita perempuan, ustaz yang ajar, memang lebih tinggi rasa malu, terutamanya di dalam kelas yang dihadiri oleh ramai orang tak kiralah campur lelaki perempuan atau tidak.

Untuk kami, kami memilih belajar secara privacy di rumah Kak El. Jadi, lebih selesa dan rasa janggal itu boleh lah diatasi.

- Tajwid

Makhraj huruf : Untuk sesetengah makhraj huruf, lebih mudah difahami dengan melihat cermin iaitu melihat bagaimana sebenarnya cara kita sebutkan satu-satu huruf itu. Bagaimana bezanya cara kita sebut yang dikatakan salah, dan bagaimana pula cara yang guru sebutkan yg dikatakan betul. Lihat mulut kedua-duanya.

Manakala untuk huruf yang makhrajnya terletak di bahagian tekak (iaitu huruf izhar halqi), lebih mudah difahami dengan kita merasai sendiri getaran huruf berkenaan dengan meletakkan jari pada halqum. Sebagai contoh, huruf 'ain dan huruf hamzah. Bunyi yang hampir sama, tetapi makhraj yang berbeza.

Selain itu, kami juga ada menggunakan sedikit pendekatan kaedah al-baghdadi (kalau tidak silap) untuk kelancaran sebutan makhraj huruf. Sebagai contoh huruf nun "na ni nu nan na ni nanna...."

Tempoh harakat : saya berkongsi dengan Kak El tentang penekanan pada tempoh harakat (Kak El selalu tersasul sebut 'rakaat'). Terutamanya, pada huruf dengung nun mati dan mim mati, dan juga hukum wajibul ghunnah.

Dalam kelas di surau berdekatan, ustaz selalu ingatkan bahawa hukum wajibul ghunnah disebabkan ianya wajib dengung, dengungnya perlu dibunyikan sebanyak 2 harakat hingga ke 3 harakat atas penekanan pada hukumnya yg wajib dengung itu.

Kak El juga mengiyakan bila saya mengatakan bahawa tempoh harakat yang digunakan untuk setiap ayat perlulah konsisten. Jika laju, maka kena laju sepanjang ayat, begitu juga sebaliknya. Kak El kata dia juga pernah dengar sebelum semasa pengajian sebelum-sebelum ini.

Sifat huruf : Saya juga berkongsi dengan Kak El apa yang saya pelajari daripada ustaz mengenai perbezaan sifat huruf yang utk permulaan ini saya cuma sebut sebagai lembut, ringan, keras, tebal atau berangin. Untuk nama yang spesifik, saya perlu tunggu buku tajwid yang digunakan di surau supaya tidak salah. InsyaAllah.

Selain daripada elemen tajwid di atas yang juga sempat disentuh adalah qalqalah.

- Persoalan yang timbul - KIV untuk ditanya kepada ustaz

1. Apa hukum bila dulu kita pernah hafal satu surah, lepastu harini kita lupa? Dosakah?
2. Apa hukumnya bila kita dalam proses belajar ngaji, dalam masa yang sama, kita nak amalkan hafazan secara santai pada waktu tertentu contohnya di dalam kereta sambil driving (tanpa buka al-Quran dan teliti tajwid satu per satu) yang mungkin ada pelanggaran hukum tajwid. Dosakah?
3. Apa hukumnya kalau kita dalam proses belajar ngaji dan dalam masa yang sama kita nak kejar khatam al-Quran? Cadangan saya, baca sahaja secara sendirian (kerana waktu bertadarus yang terhad), bila ada jumpa bacaan yang luarbiasa ditandakan dan bila bertemu semula baru sama-sama bincang dan diperbetulkan. Boleh kah?

(Jawapan oleh Ustaz Zaidi, Imam 1 Masjid Al-Sultan Abdullah, Masjid Tanah)

- Perancangan dan matlamat - harapan

Untuk memastikan kelas ngaji kami bersasar dan insyaAllah diharapkan agar istiqamah, kami merangka perancangan mengikut keinginan Kak El dan juga cadangan daripada saya.
Matlamat utama kami, nak pastikan Kak El dapat khatam al-Quran untuk pertama kali diiringi dengan panduan tajwid yang dipelajari sepanjang pengkhataman.
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami untuk memperbaiki bacaan al-Quran, dan kurniakan kami istiqamah pada jalan mendekati-Nya.

- Surah-surah amalan Kak El

Saya kagum dengan Kak El kerana walaupun dia sering mengatakan bahawa dia tidak pernah khatam al-Quran, tetapi dia cuba sedaya upaya untuk tak tinggal beberapa surah amalan harian.

Jika surah-surah itu tak sempat dibaca pada waktu yang disarankan, dia akan  menggantikannya pada malam hari dengan merangkumkan kesemuanya. MasyaAllah...

Antara surah amalan Kak El adalah:

1. Surah Al-Mulk - Selepas Isya'
2. Surah Al-Waqiah - Lepas Asar
3. Surah Ad-Dukhan atau Surah Al-Hasyr - Pagi & Petang
4. Surah As-Sajdah - Selepas Isya'
5. Surah Ar-Rahman
6. Surah Yasin
Subhanallah.

---

Sekian sahaja coretan ini.


Yang mencatat agar tidak lupa,
SMardianaMS
20 - 21 Oktober 2019

Friday, October 18, 2019

Kisah Klinik 2 : Sejambak Bunga

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Al kisah semalam...

'Alamak... ada apa pulak bro tu bawak sejambak bunga ke arah saya...' terlintas di hati.

Tak sempat nak berangan yang bunga tu orang bagi kat kita, sampai je bro tu kat meja, "kak.. tumpang tanya kak. Akak kenal ke nama ni?" tanya si penghantar bunga sambil menunjukkan kad ucapan bersaiz kecil yang melekat pada pangkal jambangan bunga.

'alahai...jangan nak perasanlah!' ujarku semula di dalam hati. Alhamdulillah, syukurlah orang lain tak 'membahan' saya nak kata yang saya 'perasan'. Mujur saya seorang yang syok sendiri tanpa orang lain sedar walaupun hanya beberapa saat peristiwa tu berlaku. Kikiki.

Dekat belakang, sebelum tahu pemilik bunga tu bukan saya, mereka ada juga sebut, "adik kita dapat bunga laa!" kata seorang abang tu. Disambut dengan seyuman beberapa orang yang berada keliling dia. Bila saya tanya mereka, "emm, si fulan ni dekat mana ea?!" terus bertukar airmuka mereka. Sebab, lain yang disangkakan.

Bertuah si penerima bunga. Kami expected bunga itu dikirimkan daripada isterinya tercinta. Ulangtahun perkahwinan, barangkali. Sebab sebelum ini, kami pernah dapat donut atau muffin comel yang juga dikirimkan kepadanya secara kejutan sempena ulangtahun kelahirannya. Sweet saja! Moga berterusan ke jannah!

Inilah dia. Kerja di klinik, sudah jadi trending order online dan delivery. Menyenangkan! Sebab masing-masing mempunyai masa terhad untuk keluar untuk berkhidmat kepada orang awam (menjalankan tugasan).

Dicoret oleh,
SMardianaMS
18 Oktober 2019

Thursday, October 17, 2019

Review Buku #Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria

Tajuk Buku: “#Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria
Penulis: Heliza Helmi & Roziyah Mahamad (2015)
Publisher: PTS Publishing House Sd. Bhd.


Bismillahirramanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Intipati buku ini yang memberi kesan kepada saya sebagai pembaca adalah perjuangan, syukur, sabar dan doa. Ya, dan ringkasnya, inilah unsur yang patut ada pada diri sukarelawan, mujahiddin, dan pendakwah. Bukanlah dikatakan “perjuangan”atau “jihad” jika dilalui tanpa ujian, dan memerlukan kesabaran di sebaliknya. Tanpa keempat-empat unsur ini, mungkin langkah seorang pejuang itu dengan mudah terhenti di pertengahan jalan, dan tanpa siapa yang mengingatkan, ia akan terus berada dalam kekosongan jiwa pada perjuangan mempertahankan agama.

Perjalanan Heliza yang dicatatkan dalam buku ini meliputi perjalanannya ke Gaza, dan diikuti dengan misi ke Syria yang pertama. Perjalanan di Syria, beliau melalui persinggahan di Beirut, Lubnan, sempadan antara Lubnan dan Syria, penghantaran bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat perang sekaligus ke Kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin di Syria. Di kem inilah pelbagai peristiwa yang menggentarkan berlaku, termasuklah yang diceritakan oleh pelarian di situ, bagaimana mereka survive dengan hidup di sana tanpa bekalan makanan dan perubatan, dan bila-bila masa sahaja serangan oleh penembak tepat boleh terkena pada mereka.

Selain itu, buku ini juga disulam dengan hadis, ayat Al-Quran dan kata-kata semangat yang berkaitan dengan jihad. Heliza juga banyak mengingatkan bahawa seseorang itu tidak semestinya perlu berjihad atau berjuang di medan perang, tetapi, jihad pada diri sendiri untuk bangkit melakukan dakwah atau jihad melawan nafsu.

Buku ini disusun dengan diari dan dimuatkan dengan pelbagai gambar yang diambil sepanjang kembara Heliza untuk misi sukarelawan beliau di Syria yang pertama. Alhamdulillah, sampai juga gambar-gambar itu kepada pembaca buku ini atas rahmat dan kuasa Allah kerana berdasarkan perjalanan mereka, pernah sekali mereka ditahan tentera dan semua kamera dan telefon bimbit diperiksa, tetapi, yang tentera itu dapat lihat hanya gambar mereka semasa sesi pengagihan makanan, manakala bukti kekejaman mereka dihijabkan daripada penglihatan mereka.

Berdasarkan gamba-gambar yang dimuatkan, saya kagum dengan Heliza kerana istiqamah beliau dalam menjaga auratnya. Perkara ini memberi muhasabah dan motivasi kepada diri saya agar saya dan para pembaca yang juga melihat perkara yang sama untuk mencontohi ketaatan beliau pada syariat Allah walaupun dalam keadaan darurat.

Selain ibrah daripada buku ini, saya juga tertarik dengan cara penyusuan penulisan atau design di dalam buku ini. Mungkin tugasan editor buku ini yang boleh mendapat kredit di sini kerana beliau menghighlightkan ayat-ayat penting di dalam buku ini dan mudah untuk kita rujuk semula. Good job, and compliment for the team!

Semoga Allah merahmati, memberi kesihatan dan kesabaran yang berterusan kepada Heliza Helmi dan juga para mujahidin agama Allah.

Kenapa anda kena baca buku ini:
Kalau anda nak fahamkan apa yang dirasai oleh sukarelawan di negara perang/bergolak, semangat, ujian dan kebergantungan pada Allah semata-mata, anda lah yang kena cari dan baca buku ini.
Kalau anda nak jawapan kepada “negara sendiri pun tak selesai diperjuangkan,” pun boleh baca buku ni, sebab Heliza menerima soalan sebegitu juga.
Selain itu, anda juga dapat merasakan dan menghayati semangat pejuang syahid yang langsung tidak gentar dengan kekuatan musuh.

“Jihad bukan hanya perlu memegang senjata. Jihad punya banyak cara. Niatkan jihad dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan. Niatkan perjalanan kita ini sebagai jihad. Sekiranya di sana nanti kita terkorban, doakan kematian kita itu sebagai jihad. Itu yang paling utama.” – Hajah Hasimah, Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

“Setiap langkah kita bergantung pada niat. Melalui niat, Allah s.w.t. akan beri kekuatan yang tidak kita jangka.” – Heliza Helmi & Roziyah Mahamad, 2015.

“Hidup tanpa matlamat umpama burung yang terbang tanpa sayap yang kuat. Pastinya burung tadi mudah jatuh, bukan? Begitu juga dalam perjuangan kita membantu agama. Perlu jelas. Dalam niat membantu, kita perlu lebih jelas dan mempunyai strategi yang tersusun. Perjuangan dengan emosi hanya membawa kepada kemusnahan.” – Heliza Helmi & Roziyah Mahamad, 2015.

Imam Syafie berpesan, "Bermusafirlah kerana air yang bertakung itu akan rosak."

Sekian sahaja.


Diulas oleh,
SMardianaMS
17 Oktober 2019

Buku Mula Dibaca – 13 Oktober 2019
Buku Selesai Dibaca – 17 Oktober 2019

Review Buku Nasihat Buat Diri

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Tajuk Buku: “Nasihat Buat Diri”
Penulis: Nur Mohamad Adli Rosli (2018)
Publisher: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
#kembarasebuahbuku #ksb0001

Buku ini adalah sambungan kepada buku “Nasihat Buat Hati”. Memandangkan insyaAllah buku ini bakal menjadi buku pertama untuk #kembarasebuahbuku, dan bagi saya isi pada setiap tajuknya perlu ditambat, saya telah membuat nota penuh bagi keseluruh 40 nasihat yang terkandung di dalam buku ini. Nota yang saya catatkan itu kebanyakannya adalah copy paste sama ada bulat-bulat ataupun diringkaskan daripada buku.

Saya berharap agar saya sendiri dapat menjaga copyright penulis dengan menyertakan rujukan bagi buku ini pada setiap nota yang dikongsi.

Secara keseluruhan, buku ini sudah tentu diisi dengan 40 nasihat yang diambil daripada ceramah Habib Ali Zainal Abidin lalu disusun oleh penulis. Nasihat yang disentuh dalam buku ini merangkumi nasihat untuk diri sendiri dalam menjaga hati dan amal, erti ikhlas, tanggungjawab sebagai suami, pengagihan harta dengan nilai dan pemberian harta kita pada orang lain di sisi Allah dan tidak mendidik anak-anak dengan keduniaan, konsep rezeki, kebergantungan kita kepada Allah dan lain-lain lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi buku ini secara ringkas, bolehlah hubungi saya di Facebook untuk mendapatkan siri nota bagi buku ini, insyaAllah.

Sekian sahaja. Wallahu’alam.
Wabillahitaufik wal hidayah.

Yang mengulas,
SMardianaMS
17 Oktober 2019

Buku Mula Dibaca – Sekitar pertengahan September 2019 (Selepas buku “Ini Pun Allah Suka”)
Buku Akhir Dibaca dan Dicatat – 16 Oktober 2019

Kisah Klinik 1 : Anak Angkat


Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Hari ni saya ada terima seorang patient*, seorang ibu yang ingin mendaftarkan anaknya untuk tujuan appointment (buku biru atau merah). Bila diminta dokumen pengenalan, barulah diketahui bahawa anak yang didaftarkan itu sebenarnya anak angkat. Dokumen yang dilampirkan termasuklah dokumen pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa anak itu telah lulus dan sah diambil sebagai anak angkat untuk si ibu angkat tadi.

Sambil saya mendaftarkan butiran anaknya, saya mengambil kesempatan untuk bertanya secara berbisik*, “Puan, lama tak proses nak ambil anak ni? Berapa lama puan? Dari tahun bila?” Si ibu pun menjawab, “ya Allah, lama dik,” dengan nada meluahkan perasaan. “Makcik ambil dia dah lama, dari tahun 2017 lagi, dik. Sampailah harini Alhamdulillah dapat jugak dia dik,”

Saya: Dari mana puan jumpa, ambil dia untuk dijadikan anak angkat?
Makcik: Makcik ambil dia dari HKL lagi.

Kemudian, makcik itu mula membuka ceritanya, “Sebenarnya cerita dia macam ni dik. Makcik ni sebenarnya dulu jual nasi lemak. Jadi, ada seorang perempuan ni selalu datang beli nasi lemak dekat kedai makcik. Satu hari tu, dia mengandung. Tapi, dia sebut yang dia nak kahwin.”

Saya: Oh.. Dia  mengandung sebelum kahwin la ni?,,
Makcik: Ya, dik…
**Maaf makcik, saya tak dapat dengar cerita makcik yang panjang-panjang sebab tengah menjalankan tugas. Jadi, penceritaan makcik tu terputus, sebab saya perlu merujuk kepada Jururawat Masyarakat (JM) berkaitan kesnya, dan setelah selesai saya perlu memanggil patient seterusnya pula. Setelah selesai daftar, saya pun menghadap makcik itu semula dan senyum bersedia nak beritahu yang anaknya sudah selesai didaftarkan. Terkejut saya sebab baru saya perasan yang mata makcik itu sudah merah, bergenang dan ada kesan air mata yang dikesat.

Makcik: Menangis makcik dik… Makcik teringatkan nak dapatkan dia ni, susah…
Saya: (senyum empati) Takpe makcik…besar pahala makcik ni.
Makcik: Ya betullah dik..

Kemudian, saya terpaksa memberitahu makcik itu bahawa anaknya telah selesai didaftarkan, dan menyuruhnya ke kaunter atas untuk meneruskan appointment tersebut. Makcik itu mengucapkan terima kasih, dan syukurnya. Lalu, perlahan-lahan saya perhatikan makcik tu bangun dan angkut beberapa beg yang dibawa bersama. Kasihan makcik tu, tabahnya dia.

IBRAH KISAH

Daripada kisah makcik ni, saya sedar yang proses ambil anak angkat ni memang tidak mudah dan memakan masa. Lebih-lebih lagi, bila mana anak itu asalnya berstatus “bukan warganegara” manakala ibu angkat itu adalah warganegara. Untuk pihak kami, ia melibatkan soal jawab berkaitan bayaran kerana warga asing mempunyai cas tertentu untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik kami. Tidak terkecuali juga untuk meneliti setiap butiran yang ada pada dokumen pengenalan diri mereka seperti tarikh luput visa atau passport.

Saya sempat tanya makcik tu sama ada dia ada anak sendiri atau tidak. Jawapannya, dia ada anak sendiri. Subhanallah, mulia makcik ni. Sanggup dia susahkan diri untuk menyara seorang anak yang bukan darah dagingnya, sedangkan kehidupannya tidaklah mewah, dan dia sendiri ada anak yang telah ditumpahkan kasih sayang sebagai ibu kandung. Inilah fikiran kita orang biasa, payah. Tapi, yang direbut orang seperti makcik ini adalah ganjaran pahala di sebalik amalan kebajikan yang diusahakannya melalui sifat ihsan dia terhadap seorang perempuan (yang tak dikenali) yang memerlukan bantuannya.

Ya. Dalam ucapan makcik ni sebenarnya dia banyak kali ucap kalimah “Allah” cuma saya tak ingat part mana dan sebutan yang betul apa. Yang penting, dapat dilihat bahawa makcik ni betul-betul letak kebergantungan urusannya dekat Allah, dan Alhamdulillah hari ini dia berjaya daftarkan anaknya dengan bayaran seringgit, bermakna anaknya itu sudah bertaraf warganegara atas nama anak angkat kepada ibu bapa yang warganegara. Sebelum ini, bayangkan berapa kali dia datang daftarkan anaknya kena cas minimum RM40 (pendaftaran) bagi warga asing. Tapi, dia tetap gigih uruskan dan tak berputus asa. Saya tak nampak makcik itu seperti mengeluh atau merungut, cuma makcik tu mungkin meluahkan rasa lega dan syukurnya sebab satu beban yang dia tanggung selama dalam 2 tahun dah pun berakhir. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Glosari (*):
1. patient - sesiapa yang terlibat dalam pendaftaran saya panggil patient. Tak kiralah kalau yang sakit tu si anak, jadi si ibu yang mendaftarkan itu juga saya atau kami panggil sebagai patient.
2. berbisik – nada perlahan

Sekian sahaja. Wallahu’alam.

Dicoret oleh,
SMardianaMS
Seorang kerani biasa

15 Oktober 2019

Wednesday, October 16, 2019

Semangat Berjuang

Ku Impikan - Rabithah

"Untuk sekian waktu
Ku impi bertemu mu
Ikut jejakmu dan menuruti seruanmu
Mengerumuni Safa, melihatmu menyeru
Percaya pada Yang Satu

Untuk sekian waktu
Ku impi dekat denganmu
Melindungi, membenarkan katamu itu
Menjadi saksi perjalanan sucimu
Tiada tercapai dek logis sang angkuh

Kerna sungguh ku rindukan kasih
yang tiada tandingnya

Ku mengimpikan
untuk ku bertemu denganmu
Kucup wajahmu
Ku impikan
di sisiku adanya dirimu

صلوا عليك يا رسول الله

Untuk sekian waktu
Ku impi ku disisimu
Menanti kehadiranmu, bersorak untukmu
Di tanah perginya diri sucimu
طلع البدر علينا

Untuk sekian waktu
Ku impi berjuang denganmu
Melindungimu, buktikan kesetiaanku
Siri tempur tegakkan ajaranmu
Bersama pertahankanmu

Kerna sungguh ku rindukan kasih
yang tiada tandingnya!

Ku mengimpikan
untuk ku bertemu denganmu
Kucup wajahmu
Ku impikan
di sisiku adanya dirimu

صلوا عليك يا رسول الله

Untuk sekian waktu
Ku impi dekat denganmu
Mendengarkan kata terakhirmu

Kata terakhirmu

Ku mengimpikan
untuk ku bertemu denganmu
Kucup wajahmu
Ku impikan
di sisiku adanya dirimu

صلوا عليك يا

يا رسول الله يا حبيب الله
صلوا عليك يا رسول

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Ku mengimpikan

صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم"

---

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Sejak 3 hari lepas saya membaca buku #Diari Seorang Mujahidah yang ditulis oleh Heliza Helmi dan seorang sahabatnya. Subhanallah, gigih dan beraninya mereka yang menyertai misi kemanusiaan di negara yang bergolak dengan peperangan.

Sejak baca buku tu, diri saya lebih faham erti syukur dan juga perjuangan. Semangat saya pada perjuangan pun mula membuak-buak. Walaupun saya sedar, kemampuan saya untuk berjuang tidaklah terbuka dan besar mana. Tapi, saya pasti kalau kebaikan itu ada umpama sekecil zarah, perjuangan juga begitu, ada nilaiannya di sisi Allah s.w.t..

Cuma saya selalu takut dan berharap pada Allah agar tetapkan hati saya dalam agama-Nya. Sebab, saya percaya dunia ini tempat diuji, jadi saya risau ujian yang datang mempunyai potensi untuk mengikis iman di dada dan tidak mampu saya tanggung. "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha," (sehingga akhir ayat, Surah Al-Baqarah, 2:286)

Moga Allah mudahkan urusan dakwah setiap hamba yang berusaha memperjuangkannya, insyaAllah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (2:286)

Sedikit kata semangat oleh diri kepada diri,
"Kalau hari ni berjuang, esok pun kena berjuang, hari-hari berjuang!" (15 oktober 2019)

Yang menulis,
SMardianaMS
16 Oktober 2019

Tuesday, October 15, 2019

Budak Dengar Cakap


Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Muqaddimah

Ini Abdullah Umar, anak buah saya., umur 4 tahun. Dia masih tak sihat hari ni, selsema. Pagi tadi mak bagi kepada saya untuk buat karipap, inti telah lebih awal mak siapkan.

Sedang saya membuat karipap, kedengaran suara Umar datang ke rumah. Bila dilihat saya tengah buat kuih, dia terus minta saya sedikit doh untuk dibuat main. Tak cukup dengan itu, dia nak pinjam perkakas yang saya gunakan seperti kayu uli dan penerap (acuan). Saya tak kisah kalau semua dibuat dengan jaga kebersihan. Bila doh yang saya bagi Umar jatuh sahaja ke lantai, that's it, no more sharing! Bukan apa, kadang-kadang kucing masuk. Tambahan pula, lantai dapur rumah kampung pula tu kan. Saya tinggikan suara, "Umar, no!"

Bila tengok muka dia sedih kecewa tak dapat guna perkakas, saya carilah alternatif lain. Cari kayu uli lama, dan penerap lain.

Main punya main, Umar tak puas hati. Sebab doh dia tak cukup untuk guna penerap. Ok. Since ada doh lebih, i gave him. But still, not very long after that, he yelled, "Macamana ni?!!" Mula ditendang-tendang bingkai meja dan ditepuk-tepuk permukaan meja. I stared at him and said, "Umar, Umar buat macam tu, Umar dapat ke apa yang Umar nak?"

Dia terus lagi buat macam tu tapi bila saya ulang-ulang tanya sambil renung mata dia, he slowed down. "Kejap, sabar boleh?" saya kata pada dia lagi. Saya suruh dia ambil cawan berisi air yang saya gunakan sebelum itu, I showed him step by step. Mula lah Cikna dia ni membebel, "Tulah, masa Cikna buat karipap, Umar taknak tengok, belajar..." Saya uli semula cebisan doh yg dah tukar warna dah sebab main dekat lantai plus guna kayu uli lama yg berhabuk (maaflah tak sempat nak layan dia sediakan perkakas yang betul-betul proper.. asalkan dia boleh main tanpa pertikai sudah laa... I nak siapkan kerja I masa tuu). Then, from time to time, saya tanya Umar, "Boleh tak?.... Jadi tak??..." He nodded, "Boleh... Jadi..." dengan nada mengakui. I showed him, I asked him, sebab nak dia faham... buat kerja kena sabar dan tekun, baru jadi. Saya tak suka tengok Umar atau Fatimah Azzahra membentak-bentak bila tak dapat apa yang mereka nakkan, sebab bagi saya gagal akhlak. Lebih-lebih lagi bila mereka buat perangai macam tu dengan nenek atok mereka, atau mama abah  mereka sendiri. Means no respect. Tapi... Saya sedar kesalahan tu terpantul kepada kami juga yang mendidik mereka. Kalau mereka gagal, bermakna kami yang terdahulu telah gagal dalam mentarbiah mereka.

- "Macamana nak bagi diorang dengar cakap kita, ha?"

Ya. Soalan tu keluar daripada mulut kakak saya (akak). Masa tu kami duduk bertiga dengan mak dekat meja dapur.

Saya mulakan point dengan kata puncanya adalah persekitaran mereka. Mak pun mengiyakan dan ada juga menambah.

Ya. Silap kami sebab tak dapat nak pastikan kami bina persekitaran mereka 100% mengikut yang sepatutnya. Kita tak boleh expect budak-budak buat bila kita suruh sedangkan mereka pernah nampak kita sendiri tak buat apa yang disuruh atau melengah-lengahkan, tak menunjukkan ia sesuatu yang penting. Ya, point di sini adalah, didikan melalui tauladan. Mereka akan ikut apa yg mereka lihat di depan mata kita.

Kalau yang mereka nampak kita tak berdisiplin, contohnya, ada masa tu kita tak sempat nak kemas rumah, nak kutip apa yang tercicir di tengah-tengah ruang rumah, mungkin pada mereka perkara itu boleh dilakukan. Sebab kita sendiri tak tunjuk yang perkara "memastikan rumah sentisa kemas" tu in action. Kalau betul lah nak didik, sepatutnya kena berterusan supaya kita tunjuk bahawa itu satu kemestian atau penting untuk dilakukan. Ya, disiplin. Perkara awal pembentukan sikap kanak-kanak.

Mak ada bagi contoh, contohnya kalaulah mak suruh kita buat apa-apa dan kita always say, "Baik, mak!" Dan terus buat, means kalau masa tu kita tengah tengok TV ke main handphone ke, kita serta merta stop dan terus buat apa yg mak suruh, tak mungkinlah mereka berani memulakan perkara yang  mereka tak pernah nampak iaitu terus leka buat apa yang tengah sedia buat. Kalau dah kita sendiri tunjuk yang sebaliknya, jadi, mereka akan fikir, "oh... Boleh..." lepas ni pun boleh buat macam tu. Ha... Dan itulah permulaan kepada kegagalan mendidik when you don’t act what you say, what you taught.

Macam tulah juga bila nak ajar buat perkara sunnah. Kalau kita sendiri makan hentam keromo, berdiri atau makan tangan kiri, takkan kita nak expect mereka akan buat. Dan bagi saya, cara didik anak-anak ni juga selalu kena show off pada mereka. Show off di sini means, kena selalu mention, "Ok, tengok ni, Cikna makan guna tangan kanan. Ini tangan kanan (sambil tunjuk)," atau bila tersilap... "Astaghfirullahal'azim, Cikna terlupa nak baca bismillah tadi sebelum makan... Kakak, Umar, kalau lupa baca nak kena buat macamana?" Yup. Kena mengaku silap dan tunjuk macamana nak cover silap tu dengan cara betul.

Kalau kita terbuat salah pada mereka, contoh terlupa minta izin makan makanan mereka, jangan buat dek je, cakaplah, "Sorry, kakak. Tadi, Cikna makan tanpa izin," Dengan mereka kena kasi clear antara yang betul atau salah. Walaupun yang salah tu kita sendiri yang buat. Sebab kalau tak mereka boleh keliru. Eh, kejap kata tak boleh buat, tapi Cikna buat je. Kena lah show off reason yang reasonable... Kalau boleh jangan bagi mereka jawapan yang berbentuk alasan sebab nanti mereka pun buat macam tu juga. Bermakna, depan mereka ni, kita sebenarnya kena minimize segala keburukan kalau taknak mereka ikut. Kalau tak, janganlah tahu salahkan mereka sahaja dan tak sedar diri sebab salah mendidik.

Yang masih belajar cara betul mendidik,
SMardianaMS
13 Oktober 2019 (Ahad)

Catatan Tilawah 8 & 10 Oktober 2019

Catatan tilawah 8 oktober 2019

Surah al-Ma'arij ayat 19-35 (ajaran Islam bertujuan mengatasi sifat buruk yg ada pada manusia);
- Ayat 24: " dan org yg dlm hartanya tersedia bahagian (hak) yg tertentu."
- Ayat 25: " bagi org (miskin) yg meminta dan yg tidak meminta."


---


Catatan tilawah 10 oktober 2019

Tengok & baca terjemahan:
1. Surah Nuh, 71 (ada pasal hujan lebat - ayat 11)
2. Surah al-Muzzammil,73. Ayat 20 (petunjuk bg muslimin)
3. Surah al-Muddasir ayat 1-10 (petunjuk dlm berdakwah)
4. Surah al-Insan, 76. Ayat 5-22 (ganjaran utk org yg melakukan kebaikan)

Semangat Yang Hilang - Rabithah

"Kelmarin pedih luka hatiku
Bak ditusuk sembilu bicara perilaku
Hampa ku dijauhi, seruku tiada erti
Ku menangis terlalu sakit

Sedari ku langkahkan kakiku
Untuk mula memikul beban dakwahmu
Mereka bagai memusuhku, tak terima seruanku
Sungguh sia-sia jerih payahku

Deritaku dihantui rasa sesal kecewaku ini
Semangatku hilang tiada mampu tuk ku jejaki
Namun ku masih yakini
Bantuan-Mu itu pasti akan hadir

Tika beradu hati memutuskan
Mundur menyerah tau langkah ku teruskan
Membisik hati kecilku
Mara berjuang terus maju
Bangkitku menjauhi silamku
Berdiriku demi hadirnya ruh baru

Deritaku dihantui rasa sesal kecewaku ini
Semangatku hilang tiada mampu tuk ku jejaki

Namun ku masih yakini
Bantuan-Mu itu pasti akan hadir
Bukan milikku hati yang ku seru

Bukan kudratku kurnia petunjuk hidayah-Mu
Akhirnya kepada-Mu ku sandarkan
Kau pemilik jiwa jua hidayah
Tuhan, bimbinglah diriku
Deritaku dihantui rasa sesal kecewaku ini
Semangatku hilang tiada mampu tuk ku jejaki

Namun ku masih yakini
Bantuan-Mu itu pasti akan hadir

Tuhan bimbinglah diriku tuk kekal di jalan juang-Mu
Kembalikan semangatku
Tetap semula berdiri teguh

Kerna ku masih yakini
Bantuan-Mu itu pasti
Nyata sirah nabi-Mu bukti perjuangan ini

Kerna ku masih yakini
Bantuan-Mu itu pasti
Nyata sirah nabi-Mu bukti perjuangan"

---

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Yup, seperti selalu. Lagu Rabithah terpilih menjadi halwa telinga saya kerana terasa kena pada diri.

Lagu-lagu mereka yang banyak bertemakan dakwah terutamanya mengkhususkan pada individu. Dilema yg dihadapi, bisikan yg hadir saat meneruskan langkah mahupun ada rasa mahu putus asa dalam perjuangan dakwah walaupun hanya mampu melakukan usaha yg kecil dan sendirian.

Terima kasih Tarbiah Sentap!

Masih peminat setia Rabithah,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
15 Oktober 2019

Nafas Baru Untuk Blog 2019

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Alhamdulillah, selesai sedikit sebanyak mengemas blog. Baju yang lama sudah ditukar baru.



Before




After


- Ya, tak banyak pun beza. Saya main warna sahaja. Takpa... InsyaAllah sedikit sebanyak mencukupi untuk membekalkan semangat baru untuk memeriahkan blog ni.



Yang mengemaskini,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
14 - 15 Oktober 2019

Belajar Tidak Selesa

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad


Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas, saya sekeluarga berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Pontian, Johor. Siapa suka balik kampung? Ok, saya pun! Especially, uniknya kampung Pontian ni terkenal dengan jenis tanah gambut sekaligus mempengaruhi pemandangan yang terdapat di sana. Biasanya kami akan singgah dataran yang berdekatan dengan laut, sama ada untuk rileks-rileks, makan-makan atau bagi budak-budak (anak buah) bermain di playground. Pemandangan yang kami tak pernah tak jakun adalah bila lalu jalan yang kanan kiri tu ladang nenas. Luas mata memandang. Tapi, kalau masa tu tidur, rugi lah…atau kalau lalu jalan lain.

Apa yang tidak selesa?

Kalau anda ada baca post sebelum ini Pusat Pembelajaran Komuniti – Chow Kit”, saya ada mention berkenaan suasana yang ada di pusat komuniti telah sedikit sebanyak mengajar diri untuk adapt dengan lapangan kesukarelawanan. Kita perlu terima keadaan tempat yang kita pergi seadanya, bermaksud, kelengkapan yang ada di satu-satu tempat tidaklah sentiasa indah.

Walaupun saya balik kampung bukannya bertujuan untuk buat kerja kesukarelawanan, tetapi, kali ini saya sedar Allah mendidik saya tentang hakikat kesukarelawanan secara tidak langsung.

Semasa kami baru sampai kampung, seperti biasa, saya perlu expect yang bila datang rumah sedara, mak akan mahukan anak-anak perempuannya tolong di dapur, buat apa yang patut. Jangan buat macam diri tu tetamu, duduk depan tv, main handphone lah, buat hal sendiri, tidur dan lain-lain.

Cuma sebelum ni selalu buat macam tetamu sebab, alasannya penat berjalan jauh (heh, padahal sepanjang perjalanan pun tidur juga). Lepastu semasa balik naik sahaja kereta mak mesti bisik, “tadi, tak reti nak masuk dapur. Amboi…buat macam tetamu. Malu lah mak,” (lebih kurang macam tu lah). Lepastu, dalam hati ada lah kata, ‘alamak, terlupa nak tolong-tolong. Ok, insyaAllah lepas ni tahu lah,’

 - Hint

Sedang duduk-duduk depan tv, mak pun bagi hint untuk tolong masak kat dapur. Tak sangka pulak mak bawak barangan mentah siap-siap dari Melaka untuk masak makanan tengahari. Masa tu terus terfikirkan kelecehan yang bakal dihadapi, ‘Alah, lupa bawak tudung sarung untuk tukar..nanti habislah tudung bau dapur..baju pun tak bawak spare (sebab katanya balik hari), nanti mesti berlengas bila masak..bla..bla..bla…’

Ada-ada sahaja! Tapi, bila teringatkan motivasi baru dalam hidup kebelakangan ni tentang “kesukarelawanan” tu, saya cuba UBAH cara saya berfikir. ‘Saya boleh buat, walau apa cara sekalipun, saya kena hadap jugak, saya boleh biasakannya nanti!’ (I push myself to enter to the uncomfortable zone) Sebab kadang tu fikir jugak, ada je orang pakai cantik-cantik ke rumah kita masa raya haji atau mana-mana rewang, mereka boleh je sacrifice kecantikan tu untuk tolong memasak, sengseng lengan baju, ambil pisau, potong bawang, duduk bersila atas tikar lantai dan buat apa yang sepatutnya. Mereka boleh, kenapa kita tak boleh? kalau datang cantik-cantik tapi tak bagi manfaat pun sia-sia je kan? Tak ada fungsi pun kecantikan tu (pada masa itu).

 - Maintain Keayuan

Ok, then, kalau betul lah nak maintain keayuan tu, insyaAllah nextime maksudnya kena perlu lebih bersedia bila nak pergi mana-mana, kalau perlu bawa pakaian spare untuk sebarang kemungkinan, bawalah siap-siap. Namun, kalau tak sempat atau terlupa bawa, lepas ni dah tak boleh jadikan alasan. You need to just do it! Busuk ke apa, kena bersedia..hadapilah ia.

Tapi, untuk lapangan kesukarelawanan, biasanya kita akan bawa baju cukup-cukup sebab mission pun memang dah jelas. Jadi, of course kita dah bersedia dengan list barangan keperluan yang perlu di bawa sempat dicari atau cukup atau tidak sahaja. Jadi, janganlah pula buat persediaan last minute.

Jadi, apa lauk yang awak masak kat kampung tu?

Hehehe. Alang-alang tu, masa dekat kampung haritu, mak bagi job goreng sayur kobis panjang sahaja, dengan tolong perhatikan lauk ayam masak lemak cili padi sama ada dah empuk atau tidak. Dapdapdap, Alhamdulillah (I love lauk ayam atau daging masak lemak cili padi!)

END UP

Alhamdulillah sebelum balik ke Melaka hari tu, ada perkara yang membuatkan hati rasa puas hati dan syukur atas ketidakmalasan untuk memasak pada hari itu. Semasa bersalaman dengan makcik, dia sempat ucap, “Terima kasih, tolong masakkan tadi,” Alhamdulillah, terima kasih mak sebab ajar tolong orang kat dapur. Hehehe. Kalau tak, mungkin ada title, “anak dara tak reti masuk dapur,”


Mission succeded!

Sekian, terima kasih.

Yang menulis,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
7 Oktober 2019 (Sebulan lagi!)

Wednesday, October 2, 2019

Pusat Pembelajaran Komuniti – Chow Kit

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Minggu lepas, saya dan seorang kawan bernama Fatimah telah berkunjung ke Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit selama dua malam berturut-turut. Matlamat kami untuk mengajar ngaji dan mempelajari proses pembuatan satu jenis kraftangan.

Untuk saya, inilah kali pertama saya bersama-sama dengan “orang gelandangan”. Untuk makluman, target masyarakat bagi pusat komuniti ini adalah orang gelandangan khususnya bagi kawasan Chow Kit. Kalian boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan pusat komuniti ini dengan membuat carian di Google kerana ada beberapa media akhbar yang telah menulis mengenainya.

Dalam pada ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke pusat ini, ini adalah kali ke tiga untuk Fatimah. Fatimah ibarat menjadi Pegawai Penerangan untuk saya sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Banyak cerita yang dikongsi mengenai orang-orang gelandangan yang pada asalnya dikongsi oleh salah seorang daripada orang gelandangan di situ, iaitu lebih mesra dipanggil Shasha (bukan panggilan sebenar).

Pendidikan & Kerjaya Orang Gelandangan

Sudah tentu, kehidupan orang gelandangan bukanlah senang berbanding kita. Terutamanya dalam menghadapi penerimaan masyarakat luar mereka. Masyarakat luar di sini termasuklah majikan dan sekolah kerajaan. Seperti yang kita ketahui, orang gelandangan termasuklah orang yang mempunyai pendidikan tinggi seperti ijazah dan PHD tetapi menjadi sedemikian kerana pernah gagal dalam sesuatu yang dilakukannya, orang yg pernah mempunyai syarikat tetapi jatuh muflis dan hal yg demikian membuatkan seluruh harta henda mereka dirampas, penagih dadah, miskin bandar, dan lain-lain jika ada. Status kehidupan semasa mereka menjadi punca mereka terus berada dalam kelompok gelandangan kerana bagi mereka tiada pilihan lain.

Untuk sektor pekerjaan, majikan mungkin memeriksa nama mereka jika berada dalam senarai hitam negara, dan kemungkinan untuk majikan mengambil pekerja di bawah pengaruh dadah adalah tipis disebabkan bimbang jika pekerja berkenaan lari atau tidak dapat melaksanakan tugas dengan komited. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan, orang yang di bawah pengaruh dadah tertentu, apabila dia mengambil dadah berkenaan, mereka akan lebih fokus dan bersungguh-sungguh melebihi keupayaan orang biasa.

Kita dapat lihat, sebenarnya orang gelandangan juga tetap mempunyai keinginan yang sama seperti orang biasa. Mereka mahu ada pekerjaan tertentu dan layak untuk belajar di sekolah-sekolah. Memandangkan persekitaran yang tidak dapat menerima mereka, mereka tiada pilihan melainkan terus dalam kelompok itu.

Pada pendapat saya, dengan wujudnya Pusat Pembelajaran Komuniti seperti ini, ia mampu membuka peluang kepada orang gelandangan untuk mengubah diri dan masa depan mereka. Mengikut akhbar tertentu, pembukaan pusat ini mendapat sambutan yang baik daripada beberapa NGO untuk membantu mereka. Antara program yang diusahakan di pusat ini adalah kelas mengaji (Iqra’dan Al-Quran), dan kelas-kelas kemahiran terutamanya untuk ibu-ibu gelandangan. Anak-anak dapat menerima ilmu dengan percuma begitu juga para ibu dapat menerima ilmu kemahiran tanpa mebayar apa-apa, dan mereka boleh gunakan kemahiran itu untuk menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada kerja yang diberi oleh majikan di luar sana.

Kita juga dapat lihat bahawa usaha untuk “mengubah nasib” mereka wajar disertai oleh masyarakat dan pihak berkuasa. Masyarakat boleh membantu mereka dengan memberi sumbangan tenaga dan ilmu. Kelas mengaji yang dijalankan bergantung kepada availability guru dan sukarelawan (yang tidak tetap). Jadi, jika semakin ramai sukarelawan yang hadir, insyaAllah, itu lebih baik.

Makanan untuk Orang Gelandangan

Pada malam kedua kunjungan ke pusat komuniti ini, Fatimah telah menawarkan kepada Shasha untuk ditumpang ke rumahnya bersama tiga orang anaknya (yang paling besar berumur 7 tahun). Shasha memaklumkan bahawa mereka akan “ambil nasi” di suatu tempat berdekatan. Oleh itu, serta merta kami juga ingin mengikutinya ke sana. Dan, itulah kali pertama juga saya dapat melihat dengan dekat bagaimana penyumbang makanan datang mengangihkan makanan yang dibawa. Saya sempat lihat menu salah satu sumbangan itu adalah nasi lemak yang dibungkus dalam bekas polisterin (saiz burger). Shasha kata, “macam nilah kitorang,” Shasha bercerita bahawa setiap malam pasti ada orang yang menghantar makanan, cuma mungkin berbeza waktu ikut hari. Dan, ada masa tu, “kadang-kadang sampai jadi pembaziran dekat sini,”disebabkan terlalu ramai yang menyumbang pada satu-satu masa. Di sana, dapat dilihat mereka menjamu makanan yang diambil di atas hamparan tikar terutamanya yang berkeluarga, dan ada juga yang duduk di kaki lima bangunan.

Kebetulan, malam itu, ada sepersatuan pelajar UIAM yang sedang membuat program dengan orang gelandangan juga. Kami sempat menemubual dengan salah seorang daripada mereka untuk mengetahui tentang program yang mereka sedang jalankan. Kalau tidak silap itu kali ketiga program yang mereka jalankan melibatkan orang gelandangan di lokasi yang berbeza-beza. Ada juga antara program persatuan yang mereka pernah jalankan selain bersama orang gelandangan adalah program “street dakwah” di tempat yang mesra pelancong asing.

Sepanjang melihat pengagihan makanan di situ, saya memikirkan bagaimanalah hakikat dan realiti mereka untuk menerima kehidupan mereka seadanya, sedangkan kita hidup tidak sesusah mereka. Bagaimana mereka tabah membesarkan anak-anak dalam ruang persekitaran seperti itu tetapi mereka tidak berputus asa.

Meneladani Dakwah Rasulullah s.a.w.

Dengan melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan mereka (walaupun sekejap), saya teringatkan bagaimana dakwah Rasulullah s.a.w. pada permulaan Islam disebarkan. Rasulullah s.a.w. berperanan mengeluarkan kejahilan kaum musyrikin Mekah kepada beriman dengan Allah. Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. menyebarkan dakwah dengan hikmah dengan melalui satu per satu sifat dan karakter kaum Musyrikin Mekah yang jahil. Kejahilan mereka meliputi minum arak, sembah berhala, bergaul dengan wanita dan sebagainya.

Jika hendak dibandingkan dengan topik ini, memanglah tidak serupa dengan zaman Rasulullah s.a.w tetapi ada persamaan. Iaitu, orang-orang ini memerlukan para guru dan pendakwah (semua Muslim bertanggungjawab melakukan dakwah) untuk mereka mempelajari Islam dengan mendalam. Mungkin anak-anak mereka masih boleh untuk dihantar ke sekolah yang termampu, tetapi, untuk ibu bapa itu sendiri mereka perlukan dorongan, motivasi dan ilmu dalam menelusuri kehidupan sebagai ibu bapa dan manusia dengan sebaiknya. Jadi, menjadi peranan kita dan para asatizah untuk datang kepada mereka bagi menyampaikan Islam dan Iman.

Adapt dan Approach

Apabila mendekati orang gelandangan, apa yang saya dapati, mereka mempunyai perwatakan yang agak kasar contohnya mereka bercakap dengan nada tinggi dan menekan. Semasa pertama kali mendengar cara mereka berkomunikasi, saya agak terkejut. Saya terlupa untuk bersedia mengenai itu. Malam kedua, saya boleh bersedia, cuma masih dalam proses adapting. Pada malam kedua, kami sampai ke pusat ini semasa maghrib, jadi, kami perlu menunaikan solat fardhu terdahulu sebelum meneruskan misi mempelajari kraftangan. Saya perlu belajar untuk solat dalam keadaan yang bising kerana pusat itu dimeriahkan dengan suara kanak-kanak bermain, menjerit, dan dalam masa yang sama kedengaran suara orang dewasa sedang belajar mengaji.

Ya. Untuk makluman, di pusat ini, terdapat ruang solat yang besar cuma ia adalah terbuka dan hanya diselindung dengan papan pemisah, manakala pada satu sisi, hanyalah dinding kaca menghadap luar iaitu koridor. Telekung ada disediakan, tetapi kebanyakannya bersaiz untuk kanak-kanak. Dan, ya. Tiada ruang pemisah antara lelaki dan perempuan, means universal. Bagi wanita yang terbiasa untuk membuka sebahagian pakaian atau tudung untuk memastikan kebersihan semasa mendirikan solat, kita perlu belajar membiasakan diri dengannya. Namun begitu, aurat tetap masih perlu dijaga.

Semasa mengajar ngaji pula, mereka bergilir (mengikut availability sukarelawan yang ada). Ada yang bersedia untuk mengaji, ada juga yang dipaksa untuk belajar ngaji oleh ibu atau bapa mereka, dan ada juga yang kita dah tahu dah next turn adalah dia, tapi bila sampai masa mereka, tiba-tiba hilang entah ke mana, yang ditinggalkan hanya fail assessment yang berisi kitab iqra’ dan helaian pencapaian harian. Puaslah kita yang belum berapa kenal nama dan muka adik-adik ni nak mencari tapi mereka lari mengelak, sehinggalah dengar ibu mereka menjerit memanggil mereka untuk ngaji. Kadang tu ada juga rasa lucu sebab nak menghadapi karenah kanak-kanak yang suka bermain. Dalam hati dah rasa, “Macamana nak panggil dyorang ni? Nak kena panggil kuat-kuat (nak mengatasi keriuhan semasa) ke, nak kena kejar dyorang ke, atau tunggu sahaja sambil sengih?”

Alhamdulillah, mujur ada seorang ustazah hulur duit kertas RM1 untuk setiap seorang dengan syarat hanya diberi apabila mereka selesai baca. Sampailah dekat seorang adik ni. Dia baca agak lancar, dan sudah ke Iqra’ 4, dan dia mampu mencelah mengajar kawannya yang kurang reti sebut huruf tertentu. Bila turn dia habis satu muka surat, dia kata, “Dah, taknak baca lagi,” Saya pun tanya, “Betul ni, taknak baca lagi, dah cukup?” Dia mengangguk. Tapi, bila dia tahu ada balance lagi sehelai RM1 sebab tiada turn sesiapa selepas itu, dia kata dia nak duit itu. Lalu, saya memberi syarat dia kena tambah lagi satu muka surat. Dia bersetuju dan berjaya membaca sehingga habis muka surat lagi satu itu. Alhamdulillah. Pelbagai teknik untuk memikat mereka untuk mengaji. Senyum sahaja untuk cuba memahami mereka.

Kesukarelawanan

Selepas malam pertama saya mengunjungi pusat komuniti ini, pelbagai perkara yang muncul dekat fikiran saya terutamanya sepanjang konferens yang saya hadir pada keesokan harinya. Semua kebanyakannya berkaitan hala tuju pusat ini. Sebelum sempat membuat kajian mengenai pusat ini, antara persoalan yang hadir di benak fikiran adalah:

1. Siapakah yang menguruskan pusat ini?
2. Apa carta organisasi pusat ini?
3. Apa program yang dikendalikan di pusat ini sepanjang seminggu, adakah bersasar, berjadual dan tetap, atau berubah-ubah?
4. SOP (mungkin agak keterlaluan, tapi, ia hanya lintasan fikiran)
5. Adakah pendaftaran nama dan butiran bagi setiap ahli komuniti? Jika ada, siapa yang menguruskannya?
6. Buka dan tutup pusat ini, siapa yang menjaganya?
7. Adakah terdapat modul untuk kanak-kanak dan ibu-ibu yang menghadiri ke pusat ini?
8. Bagaimana jika saya ingin merancang atau mangadakan program kecilan dengan kanak-kanak ini?
9. Jika ada NGO yang engaged dengan pusat ini, adalah rekod senarai mereka dan program yang pusat ini telah terlibat?
10. Ada lagi yang lain-lain.

Kemudian, saya mula teringat kursus induksi sukarelawan yang saya pernah hadiri pada bulan Februari yang lepas, dianjurkan oleh Misi 7. Dalam kursus itu, bro Hairul telah menerangkan satu per satu fasa yang diambil oleh persatuan itu apabila mereka pergi ke satu-satu tempat untuk memberikan bantuan secara sistematik dan bertempoh tetapi berterusan. Fasa tersebut termasuklah fasa penilaian. Jadi, jika saya tidak dapat bergerak secara persatuan, mungkin saya boleh membuat pemerhatian secara individual dan mengikut kemampuan. Cuma, saya berharap agar saya dapat membuat usaha yang berterusan kerana usaha saya juga bergantung kepada Fatimah, kerana kami pergi ke pusat ini bersama-sama, dengan saya menumpang keretanya. Tanpa dia, usaha dan perancangan saya mungkin tergendala kerana lokasi pusat itu agak jauh dari rumah dan kebiasaannya kami pergi pada waktu malam, tidak sesuai untuk pergi dan balik menaiki kenderaan awam.

Urban Poverty

Selain itu, saya juga teringatkan subjek yang saya pernah pelajari semasa di universiti dahulu iaitu subjek “Urban Development” Seperti yang saya ada sebut sebelum ini, salah satu punca gelandangan adalah disebabkan “miskin bandar” Saya arasa bersyukur sangat sebab saya pernah ambil subjek itu, dan hari ini akhirnya ia berkait sedikit sebanyak dengan apa yang saya sedang depani ini. Jadi, saya bolehlah rujuk kembali nota yang ada. Sekarang, belum lagi. Kerana notanya disimpan di kampung.

Selain yang termaktub secara teori dalam subjek itu, mungkin saya dapat mencari idea based on apa yang saya pernah pelajari itu, dengan menggunakan keyword yang mungkin berkaitan di Google, InsyaAllah.

---

Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian saya yang bagi saya sangat panjang tapi menyeronokkan.
Terima kasih kerana membaca.

Yang bekongsi,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
30 September - 2 Oktober 2019