Allahumma solli ‘ala
Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Tajuk Buku: “Nasihat Buat
Diri”
Penulis: Nur Mohamad Adli
Rosli (2018)
Publisher: PTS Publishing
House Sdn. Bhd.
#kembarasebuahbuku #ksb0001
Buku ini adalah sambungan
kepada buku “Nasihat Buat Hati”. Memandangkan insyaAllah buku ini bakal menjadi
buku pertama untuk #kembarasebuahbuku, dan bagi saya isi pada setiap tajuknya
perlu ditambat, saya telah membuat
nota penuh bagi keseluruh 40 nasihat yang terkandung di dalam buku ini. Nota
yang saya catatkan itu kebanyakannya adalah copy
paste sama ada bulat-bulat ataupun diringkaskan daripada buku.
Saya berharap agar saya
sendiri dapat menjaga copyright
penulis dengan menyertakan rujukan bagi buku ini pada setiap nota yang
dikongsi.
Secara keseluruhan, buku
ini sudah tentu diisi dengan 40 nasihat yang diambil daripada ceramah Habib Ali Zainal Abidin lalu disusun oleh
penulis. Nasihat yang disentuh dalam buku ini merangkumi nasihat untuk diri
sendiri dalam menjaga hati dan amal,
erti ikhlas, tanggungjawab sebagai suami, pengagihan harta dengan nilai dan
pemberian harta kita pada orang lain di sisi Allah dan tidak mendidik anak-anak
dengan keduniaan, konsep rezeki, kebergantungan kita kepada Allah dan
lain-lain lagi.
Jika anda berminat untuk
mengetahui isi buku ini secara ringkas, bolehlah hubungi saya di Facebook untuk mendapatkan siri nota bagi buku ini, insyaAllah.
Sekian sahaja.
Wallahu’alam.
Wabillahitaufik wal
hidayah.
Yang mengulas,
SMardianaMS
17 Oktober 2019
Buku Mula Dibaca – Sekitar
pertengahan September 2019 (Selepas buku “Ini Pun Allah Suka”)
Buku Akhir Dibaca dan
Dicatat – 16 Oktober 2019
No comments:
Post a Comment