Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Muqaddimah

Sedang saya membuat karipap, kedengaran suara Umar datang ke rumah.
Bila dilihat saya tengah buat kuih, dia terus minta saya sedikit doh untuk
dibuat main. Tak cukup dengan itu, dia nak pinjam perkakas yang saya gunakan
seperti kayu uli dan penerap (acuan). Saya tak kisah kalau semua dibuat dengan
jaga kebersihan. Bila doh yang saya bagi Umar jatuh sahaja ke lantai, that's
it, no more sharing! Bukan apa, kadang-kadang kucing masuk. Tambahan pula,
lantai dapur rumah kampung pula tu kan. Saya tinggikan suara, "Umar, no!"
Bila tengok muka dia sedih kecewa tak dapat guna perkakas, saya
carilah alternatif lain. Cari kayu uli lama, dan penerap lain.
Main punya main, Umar tak puas hati. Sebab doh dia tak cukup untuk
guna penerap. Ok. Since ada doh lebih, i gave him. But still, not
very long after that, he yelled, "Macamana ni?!!" Mula
ditendang-tendang bingkai meja dan ditepuk-tepuk permukaan meja. I stared at
him and said, "Umar, Umar buat macam tu, Umar dapat ke apa yang Umar
nak?"
Dia terus lagi buat macam tu tapi bila saya ulang-ulang tanya sambil
renung mata dia, he slowed down. "Kejap, sabar boleh?" saya kata pada
dia lagi. Saya suruh dia ambil cawan berisi air yang saya gunakan sebelum itu, I
showed him step by step. Mula lah Cikna dia ni membebel, "Tulah, masa
Cikna buat karipap, Umar taknak tengok, belajar..." Saya uli semula
cebisan doh yg dah tukar warna dah sebab main dekat lantai plus guna
kayu uli lama yg berhabuk (maaflah tak sempat nak layan dia sediakan perkakas
yang betul-betul proper.. asalkan dia boleh main tanpa pertikai sudah
laa... I nak siapkan kerja I masa tuu). Then, from time to time, saya
tanya Umar, "Boleh tak?.... Jadi tak??..." He nodded,
"Boleh... Jadi..." dengan nada mengakui. I showed him, I asked him,
sebab nak dia faham... buat kerja kena sabar dan tekun, baru jadi. Saya tak
suka tengok Umar atau Fatimah Azzahra membentak-bentak bila tak dapat apa yang
mereka nakkan, sebab bagi saya gagal akhlak. Lebih-lebih lagi bila mereka buat
perangai macam tu dengan nenek atok mereka, atau mama abah mereka sendiri. Means no respect.
Tapi... Saya sedar kesalahan tu terpantul kepada kami juga yang mendidik
mereka. Kalau mereka gagal, bermakna kami yang terdahulu telah gagal dalam
mentarbiah mereka.
- "Macamana nak bagi diorang dengar cakap kita, ha?"
Ya. Soalan tu keluar daripada mulut kakak saya (akak). Masa tu kami
duduk bertiga dengan mak dekat meja dapur.
Saya mulakan point dengan kata puncanya adalah persekitaran
mereka. Mak pun mengiyakan dan ada juga menambah.
Ya. Silap kami sebab tak dapat nak pastikan kami bina persekitaran
mereka 100% mengikut yang sepatutnya. Kita tak boleh expect budak-budak
buat bila kita suruh sedangkan mereka pernah nampak kita sendiri tak buat apa
yang disuruh atau melengah-lengahkan, tak menunjukkan ia sesuatu yang penting.
Ya, point di sini adalah, didikan melalui tauladan. Mereka akan
ikut apa yg mereka lihat di depan mata kita.
Kalau yang mereka nampak kita tak berdisiplin, contohnya, ada masa tu
kita tak sempat nak kemas rumah, nak kutip apa yang tercicir di tengah-tengah
ruang rumah, mungkin pada mereka perkara itu boleh dilakukan. Sebab kita sendiri
tak tunjuk yang perkara "memastikan rumah sentisa kemas" tu in
action. Kalau betul lah nak didik, sepatutnya kena berterusan supaya
kita tunjuk bahawa itu satu kemestian atau penting untuk dilakukan. Ya, disiplin.
Perkara awal pembentukan sikap kanak-kanak.
Mak ada bagi contoh, contohnya kalaulah mak suruh kita buat
apa-apa dan kita always say, "Baik, mak!" Dan terus buat, means
kalau masa tu kita tengah tengok TV ke main handphone ke, kita serta
merta stop dan terus buat apa yg mak suruh, tak mungkinlah mereka berani
memulakan perkara yang mereka tak pernah
nampak iaitu terus leka buat apa yang tengah sedia buat. Kalau dah kita sendiri
tunjuk yang sebaliknya, jadi, mereka akan fikir, "oh... Boleh..."
lepas ni pun boleh buat macam tu. Ha... Dan itulah permulaan kepada kegagalan
mendidik when you don’t act what you say, what you taught.
Macam tulah juga bila nak ajar buat perkara sunnah. Kalau kita
sendiri makan hentam keromo, berdiri atau makan tangan kiri, takkan kita nak expect
mereka akan buat. Dan bagi saya, cara didik anak-anak ni juga selalu kena show
off pada mereka. Show off di sini means, kena selalu mention,
"Ok, tengok ni, Cikna makan guna tangan kanan. Ini tangan kanan (sambil
tunjuk)," atau bila tersilap... "Astaghfirullahal'azim, Cikna terlupa
nak baca bismillah tadi sebelum makan... Kakak, Umar, kalau lupa baca nak kena
buat macamana?" Yup. Kena mengaku silap dan tunjuk macamana nak cover
silap tu dengan cara betul.
Kalau kita terbuat salah pada mereka, contoh terlupa minta izin makan
makanan mereka, jangan buat dek je, cakaplah, "Sorry, kakak. Tadi,
Cikna makan tanpa izin," Dengan mereka kena kasi clear antara yang
betul atau salah. Walaupun yang salah tu kita sendiri yang buat. Sebab kalau
tak mereka boleh keliru. Eh, kejap kata tak boleh buat, tapi Cikna buat
je. Kena lah show off reason yang reasonable... Kalau
boleh jangan bagi mereka jawapan yang berbentuk alasan sebab nanti mereka pun
buat macam tu juga. Bermakna, depan mereka ni, kita sebenarnya kena minimize
segala keburukan kalau taknak mereka ikut. Kalau tak, janganlah tahu
salahkan mereka sahaja dan tak sedar diri sebab salah mendidik.
Yang masih belajar cara betul mendidik,
SMardianaMS
13 Oktober 2019 (Ahad)
No comments:
Post a Comment