Penulis: Heliza Helmi &
Roziyah Mahamad (2015)
Publisher: PTS Publishing
House Sd. Bhd.
Bismillahirramanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Intipati buku ini yang memberi kesan kepada saya sebagai pembaca
adalah perjuangan, syukur, sabar dan doa.
Ya, dan ringkasnya, inilah unsur yang patut ada pada diri sukarelawan,
mujahiddin, dan pendakwah. Bukanlah dikatakan “perjuangan”atau “jihad” jika
dilalui tanpa ujian, dan memerlukan kesabaran di sebaliknya. Tanpa
keempat-empat unsur ini, mungkin langkah seorang pejuang itu dengan mudah
terhenti di pertengahan jalan, dan tanpa siapa yang mengingatkan, ia akan terus
berada dalam kekosongan jiwa pada perjuangan mempertahankan agama.
Perjalanan Heliza yang dicatatkan dalam buku ini meliputi perjalanannya ke Gaza, dan diikuti
dengan misi ke Syria yang pertama. Perjalanan di Syria, beliau melalui persinggahan
di Beirut, Lubnan, sempadan antara Lubnan dan Syria, penghantaran bantuan ke
kawasan-kawasan yang terjejas akibat perang sekaligus ke Kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin di Syria. Di kem
inilah pelbagai peristiwa yang
menggentarkan berlaku, termasuklah yang diceritakan oleh pelarian di situ,
bagaimana mereka survive dengan hidup
di sana tanpa bekalan makanan dan perubatan, dan bila-bila masa sahaja serangan oleh penembak
tepat boleh terkena pada mereka.
Selain itu, buku ini juga disulam dengan hadis, ayat Al-Quran dan
kata-kata semangat yang berkaitan dengan jihad. Heliza juga banyak mengingatkan
bahawa seseorang itu tidak semestinya
perlu berjihad atau berjuang di medan perang, tetapi, jihad pada diri sendiri
untuk bangkit melakukan dakwah atau jihad melawan nafsu.
Buku ini disusun dengan diari dan dimuatkan dengan pelbagai gambar
yang diambil sepanjang kembara Heliza untuk misi sukarelawan beliau di Syria yang pertama. Alhamdulillah,
sampai juga gambar-gambar itu kepada pembaca buku ini atas rahmat dan kuasa Allah kerana berdasarkan perjalanan mereka, pernah
sekali mereka ditahan tentera dan semua kamera dan telefon bimbit diperiksa,
tetapi, yang tentera itu dapat lihat hanya gambar mereka semasa sesi pengagihan
makanan, manakala bukti kekejaman
mereka dihijabkan daripada penglihatan mereka.
Berdasarkan gamba-gambar yang dimuatkan, saya kagum dengan
Heliza kerana istiqamah beliau dalam
menjaga auratnya. Perkara ini
memberi muhasabah dan motivasi kepada diri saya agar saya dan para pembaca yang
juga melihat perkara yang sama untuk mencontohi ketaatan beliau pada syariat Allah
walaupun dalam keadaan darurat.
Selain ibrah daripada buku ini, saya juga tertarik dengan cara
penyusuan penulisan atau design di
dalam buku ini. Mungkin tugasan editor buku ini yang boleh mendapat kredit di
sini kerana beliau menghighlightkan ayat-ayat penting di dalam buku ini dan
mudah untuk kita rujuk semula. Good job,
and compliment for the team!
Semoga Allah merahmati, memberi kesihatan dan kesabaran yang
berterusan kepada Heliza Helmi dan juga para mujahidin agama Allah.
Kenapa anda kena baca buku ini:
Kalau anda nak fahamkan apa
yang dirasai oleh sukarelawan di negara perang/bergolak, semangat, ujian dan
kebergantungan pada Allah semata-mata, anda lah yang kena cari dan baca buku
ini.
Kalau anda nak jawapan
kepada “negara sendiri pun tak selesai diperjuangkan,” pun boleh baca buku ni,
sebab Heliza menerima soalan sebegitu juga.
Selain itu, anda juga dapat merasakan dan menghayati semangat pejuang syahid yang langsung tidak gentar dengan kekuatan musuh.
“Jihad bukan hanya perlu
memegang senjata. Jihad punya banyak cara. Niatkan jihad dalam setiap apa
sahaja yang kita lakukan. Niatkan perjalanan kita ini sebagai jihad. Sekiranya
di sana nanti kita terkorban, doakan kematian kita itu sebagai jihad. Itu yang
paling utama.” – Hajah Hasimah, Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.
“Setiap langkah kita bergantung
pada niat. Melalui niat, Allah s.w.t. akan beri kekuatan yang tidak kita
jangka.” – Heliza Helmi & Roziyah Mahamad, 2015.
“Hidup tanpa matlamat umpama burung yang terbang tanpa sayap yang
kuat. Pastinya burung tadi mudah jatuh, bukan? Begitu juga dalam perjuangan kita membantu agama. Perlu jelas.
Dalam niat membantu, kita perlu lebih jelas dan mempunyai strategi yang tersusun.
Perjuangan dengan emosi hanya membawa kepada kemusnahan.” – Heliza Helmi
& Roziyah Mahamad, 2015.
Imam Syafie berpesan, "Bermusafirlah kerana air yang bertakung itu akan rosak."
Sekian sahaja.
Diulas oleh,
SMardianaMS
17 Oktober 2019
Buku Mula Dibaca – 13 Oktober 2019
Buku Selesai Dibaca – 17 Oktober 2019
No comments:
Post a Comment