Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala
Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
Alhamdulillah.. Summa
Alhamdulillah.
Semalam saya
direzekikan Allah untuk hadir ke satu konferens keusahawanan wanita. Dan kalau
kalian nak tahu, ni first time saya menghadiri konferens. Malah, satu
lagi yang bagi saya luar biasa adalah, most of the slots were in English,
although by Malay speaker! Untuk saya, sememangnya sesuatu yang
baru. Sebab, hidup saya dan persekitaran saya lebih biasa dengan suasana orang
cakap Melayu, jadi, bila kita dengar direct bahasa Inggeris without
subtitle, so dia agak, “Mmm, takpe Mardiana, cuba sahaja dengar. Bila
lagi nak ada suasana macam ni, bila lagi awak nak try something new and
mana tahu awak juga boleh used to it, one day nanti dah tak rasa janggal
dah,”
Apa yang menarik:
1. The entrepreneurs’ journey in becoming
the successful entrepreneur. MasyaAllah, mereka yang jadi speaker
untuk konferens ni semuanya ada background
dan cerita yang berlainan dalam menjalankan bisnes masing-masing sejak mula
mereka menceburkan diri dalam bisnes. Yang penting inspirational! Dan,
ramai speaker yang menekankan pada “purpose” dan “passion”.
Purpose itulah yang membuatkan mereka meneruskan perniagaan walaupun dah banyak
kali rasa nak quit sebab
jerih dan payah, dan konflik bersama rakan niaga.
2. “Mom, wife, daughter & CEO”,
Puan Ilanah, CEO of D’YANA. Antara isi yang diingati daripada
perkongsian Puan Ilanah adalah, “ada orang mengambil
masa 8 (atau 7) jam untuk mengemas rumah, lebih baik kita gunakan masa itu
untuk perkara yang lebih memberi hasil…”
“Kami sekeluarga selalu makan masakan luar kerana, biarlah masa yang ada itu
dimanfaatkan sebaiknya untuk masa
bersama anak-anak dan perkara lain (berkaitan perniagaannya) berbanding
perlu menghabiskan masa untuk masak dan mengemas dapur,” Bagi saya itu pilihannya, pengajarannya yang saya
boleh ambil, bagaimana beliau mengatur
jadual sehariannya dengan membuat pilihan yang lebih produktif.
Selain itu, perkara
yang menarik minat saya untuk medengar perkongsiannya apabila dia menyebutkan
bahawa semasa zaman sekolahnya, dia
menolong ibunya menjual jeruk di sekolah sehingga mendapat perhatian guru-guru
disebabkan pergi ke sekolah membawa beg besar-besar mengisi jeruk untuk dijual.
Pengalamannya itu membuatkan saya teringatkan zaman sekolah saya juga. Masa
saya sekolah, saya juga bersama kakak tolong mak menjual karipap di sekolah. Alangkah
indahnya bila mengingatkan kenangan
itu. Seronok sebab mendapat sambutan daripada kawan-kawan sekolah. Cerita Puan
Ilanah menarik minat saya sebab ada persamaan zaman sekolah, bermakna sepatutnya saya boleh jadi orang yang
berjaya sepertinya.
3. Bisnes dan dakwah, Dr. Aisyah a.k.a. Muharikah. Dalam kesemua speaker, kalau tidak silap saya, Dr.
Aisyah lah yang memegang paling banyak komitmen.
Antara yang saya ingat adalah beliau seorang doktor kesihatan, penulis
(pendakwah), dan founder kepada Iman
Shop dan Iman Publication. Perkara yang menjadi inspirasi saya tentang beliau
adalah tentang penulisan. Sejak
beliau sekolah lagi, beliau sudah menyediakan cerpen untuk dibacakan oleh
guru-guru sekolahnya. Dan sejak satu masa, setiap hari beliau akan pastikan
dirinya menulis. Dan, penulisan beliau disulam dengan unsur dakwah. Terbit pula
di hati saya keinginan untuk beli buku beliau untuk mengetahui style penulisan yang telah diasah sejak
usia muda (mungkin dimasukkan dalam wishlist
untuk Pesta Buku Antarabangsa 2020 nanti, insyaAllah). Lebih-lebih lagi dengan
latar belakang beliau yang mempunyai kelulusan doktor dan penglibatan dalam
dakwah.
Walaubagaimanapun,
apabila ditanya adakah beliau seorang “achiever”(sentiasa dapat apa yang
diinginkan), beliau mengakui bahawa semasa belajar dahulu, “I’m a ‘C’ student,”. Selain itu, beliau
juga ada berkongsi bahawa antara purpose utama dalam dirinya adalah
untuk menolong orang dengan kepakaran yang dia ada. Beliau juga berjaya seperti
siapa dia hari ini dengan mengikuti dan membawa “usrah”.
4. Membuat inisiatif dan menggunakan
peluang yang ada membuahkan keberhasilan. Ada salah seorang speaker pada hari tersebut menceritakan
bagaimana pengalamannya menjadi kerani
biasa pada awal kerjaya. Ada satu masa tu, semasa dia sedang membuat salinan
laporan untuk Mesyuarat Pengarah di pejabat lamanya, beliau baru terfikir untuk
mengambil kesempatan membaca laporan itu dan ternyata beliau baru sedar yang
terdapat banyak kesilapan dalam ejaan. Dengan izin orang atasannya, dia pun
membetulkan ejaan tersebut. Dan daripada usaha dan hasil pembetulan itu, beliau
dinaikkan pangkat sehingga ditawarkan
menjadi Ketua Bahagian, tetapi atas faktor lain, beliau tidak dapat
meneruskannya. Walaupun beliau mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang
di universiti luar negara, dan pernah jadi lawyer
sebelum itu, beliau tetap tidak sombong untuk bekerja pangkat kerani yang tidak
setara dengan kelayakannya.
Self-Reflection:
1. Life spirit to do better, and the best to
success in career.
Untuk menjadi orang yang lebih baik dari semasa ke semasa, kita perlukan pendorong,
semangat dan motivasi. Jadi, mudah-mudahan, dengan menghadiri program seperti
ini bukan sahaja masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya perlu melakukan amali juga supaya kehadiran
saya ke konferens itu tak menjadi sia-sia
untuk diri saya, dan menjadikan saya orang yang menzalimi diri sendiri.
2. Penggunaan
masa. Sebagai bukan ahli perniagaan, mungkin kita tak dapat
bayangkan realiti seketat manakah jadual bagi ahli perniagaan sehingga mereka
perlu membuat pilihan yang lebih bijak kerana ia juga mungkin memberi impak
kepada untung dan rugi. Sedangkan kita juga mempunyai jumlah masa yang sama
sehari-hari, iaitu 24 jam. Sayangnya, kita mempunyai jumlah jam yang sama
sehari-hari, waktu malam dan siang yang sama, tetapi, tak mampu menjadi se-produktif
mereka. Mungki terma yang sesuai digunakan adalah kita perlu “menyibukkan
diri”.
3. Need of positive environment
to always inspire you to do better, like attending conference of success people
like this. They are always looking and
moving forward and to “scale up”. Ya. Agama sendiri mengajar kita untuk
melihat orang yang lebih susah atau miskin, dengan itu kita baru boleh hadirkan
rasa syukur. Selain bersyukur, kita juga perlu sentiasa memperbaiki diri.
Caranya adalah dengan melihat orang lain yang lebih berjaya daripada kita,
terutamanya orang yang berjaya dan dalam masa yang sama dia menjaga syariat dan
akhlak sebagai hamba Allah. Dan bukan sahaja cukup dengan perkara baik yang rutin, tetapi, perkara baik itu juga
perlukan “scale up”.
4. Improve English,
perhaps.
Sekian sahaja,
wallahu’alam.
Yang membuat ulasan,
Siti Mardiana Binti
Mohd Saini
29 September - 1
Oktober 2019

No comments:
Post a Comment