Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad
Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas, saya sekeluarga berkesempatan
untuk pulang ke kampung halaman di Pontian, Johor. Siapa suka balik kampung?
Ok, saya pun! Especially, uniknya
kampung Pontian ni terkenal dengan jenis tanah gambut sekaligus mempengaruhi
pemandangan yang terdapat di sana. Biasanya kami akan singgah dataran yang
berdekatan dengan laut, sama ada untuk rileks-rileks, makan-makan atau bagi
budak-budak (anak buah) bermain di playground.
Pemandangan yang kami tak pernah tak jakun
adalah bila lalu jalan yang kanan kiri tu ladang nenas. Luas mata memandang.
Tapi, kalau masa tu tidur, rugi lah…atau kalau lalu jalan lain.
Apa yang tidak selesa?
Kalau anda ada baca post
sebelum ini “Pusat Pembelajaran Komuniti – Chow Kit”, saya
ada mention berkenaan suasana yang
ada di pusat komuniti telah sedikit sebanyak mengajar diri untuk adapt dengan lapangan kesukarelawanan.
Kita perlu terima keadaan tempat
yang kita pergi seadanya, bermaksud, kelengkapan yang ada di satu-satu tempat
tidaklah sentiasa indah.
Walaupun saya balik kampung bukannya bertujuan untuk buat kerja
kesukarelawanan, tetapi, kali ini saya sedar Allah mendidik saya tentang
hakikat kesukarelawanan secara tidak langsung.
Semasa kami baru sampai kampung, seperti biasa, saya perlu expect yang bila datang rumah sedara, mak akan mahukan
anak-anak perempuannya tolong di dapur,
buat apa yang patut. Jangan buat macam diri tu tetamu, duduk depan tv, main handphone
lah, buat hal sendiri, tidur dan lain-lain.
Cuma sebelum ni selalu buat macam tetamu sebab, alasannya penat berjalan jauh (heh, padahal
sepanjang perjalanan pun tidur juga). Lepastu semasa balik naik sahaja kereta
mak mesti bisik, “tadi, tak reti nak
masuk dapur. Amboi…buat macam tetamu. Malu lah mak,” (lebih kurang macam tu
lah). Lepastu, dalam hati ada lah kata, ‘alamak,
terlupa nak tolong-tolong. Ok, insyaAllah lepas ni tahu lah,’
- Hint
Sedang duduk-duduk depan tv, mak pun bagi hint untuk tolong masak kat dapur. Tak sangka pulak mak bawak
barangan mentah siap-siap dari Melaka untuk masak makanan tengahari. Masa tu
terus terfikirkan kelecehan yang
bakal dihadapi, ‘Alah, lupa bawak tudung sarung untuk tukar..nanti habislah tudung bau
dapur..baju pun tak bawak spare (sebab katanya balik hari), nanti mesti
berlengas bila masak..bla..bla..bla…’
Ada-ada sahaja! Tapi, bila teringatkan motivasi baru dalam hidup kebelakangan ni tentang “kesukarelawanan”
tu, saya cuba UBAH cara saya
berfikir. ‘Saya boleh buat, walau apa cara sekalipun, saya kena hadap jugak, saya
boleh biasakannya nanti!’ (I push
myself to enter to the uncomfortable zone) Sebab kadang tu fikir jugak, ada
je orang pakai cantik-cantik ke rumah kita masa raya haji atau mana-mana
rewang, mereka boleh je sacrifice
kecantikan tu untuk tolong memasak, sengseng lengan baju, ambil pisau, potong
bawang, duduk bersila atas tikar lantai dan buat apa yang sepatutnya. Mereka
boleh, kenapa kita tak boleh? kalau datang cantik-cantik tapi tak bagi manfaat
pun sia-sia je kan? Tak ada fungsi pun kecantikan tu (pada masa itu).
- Maintain
Keayuan
Ok, then, kalau betul lah
nak maintain
keayuan tu, insyaAllah nextime
maksudnya kena perlu lebih bersedia bila nak pergi mana-mana,
kalau perlu bawa pakaian spare untuk sebarang kemungkinan,
bawalah siap-siap. Namun, kalau tak sempat atau terlupa bawa, lepas ni dah tak
boleh jadikan alasan. You
need to just do it! Busuk ke apa, kena bersedia..hadapilah ia.
Tapi, untuk lapangan kesukarelawanan, biasanya kita akan bawa baju
cukup-cukup sebab mission pun memang dah jelas. Jadi, of course kita dah bersedia dengan list barangan keperluan
yang perlu di bawa sempat dicari atau cukup atau tidak sahaja. Jadi, janganlah
pula buat persediaan last minute.
Jadi, apa lauk yang awak masak
kat kampung tu?
Hehehe. Alang-alang tu, masa dekat kampung haritu, mak bagi job goreng sayur kobis panjang sahaja,
dengan tolong perhatikan lauk ayam masak lemak cili padi sama ada dah empuk
atau tidak. Dapdapdap, Alhamdulillah (I
love lauk ayam atau daging masak lemak cili padi!)
END UP
Alhamdulillah sebelum balik ke Melaka hari tu, ada perkara yang
membuatkan hati rasa puas hati dan syukur atas ketidakmalasan untuk memasak
pada hari itu. Semasa bersalaman dengan makcik, dia sempat ucap, “Terima kasih, tolong masakkan tadi,”
Alhamdulillah, terima kasih mak sebab ajar tolong orang kat dapur. Hehehe. Kalau
tak, mungkin ada title, “anak dara
tak reti masuk dapur,”
Mission succeded!
Sekian, terima kasih.
Yang menulis,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
7 Oktober 2019 (Sebulan lagi!)
No comments:
Post a Comment